PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA Sesi 3/2018


PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA Sesi 3/2018. Permohonan bagi Bantuan Pendaftaran ke IPT INSENTIF HARAPAN SISWA Sesi 3 / 2018 kini telah dibuka bermula (26 Ogos - 16 September 2018). Sila klik link berikut untuk membuat permohonan : http://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

LANGKAH 1 : Daftar Pra Permohonan  KLIK SINI
LANGKAH 2 : Muat turun borang permohonan   KLIK SINI
LANGKAH 3 : Muat turun borang pengesahan pendapatan ibubapa KLIK SINI

SYARAT AM PERMOHONAN

1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
2. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar);
3. Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga;
4. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima);
5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
6. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya




---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam