PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ

Dari Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (HR Bukhari No: 614) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat di masjid:

a.  Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid

b.  Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam (tidak solat sendirian)

2.  Beruntung mereka yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid. Semoga orang yang lebih jauh jarak rumahnya lebih semangat untuk ke masjid kerana pahalanya lebih besar dibandingkan dengan orang yang rumahnya dekat dan mudah untuk ke masjid.

3.  Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).

4.  Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya – sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli jamaah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
10hb Sept  2017
19hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam