PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Pembeza Antara Iman Dan Kufur


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Pembeza Antara Iman Dan Kufur

عَنْ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاة

Dari Abu Sufyan dia berkata, saya mendengar Jabir berkata, "Saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat'." (HR Muslim No: 116) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama. Sebaliknya orang yang meninggalkan solat, dia telah meruntuhkan agamanya.

2.  Solat menjadi pemisah antara seorang Mukmin dengan orang yang melakukan syirik dan kufur

3.  Allah mencampakkan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ke dalam neraka Saqar. Firman Allah:

مَا سَلَكَكُمْ فِيْ سَقَرَ ، قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ المُصَلِّينَ

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.” (Al-Mudatsir: 42-43)

4.  Menurut Imam An-Nawawi - orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir dan telah terkeluar dari Islam.

5.  Jika seseorang meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengiiktiikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafie menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh (hukum hudud) selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan

Ayuh jagalah solat kita. Bezakanlah muslim kita dengan pelaku syirik dan kufur.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
20hb Sept  2017
29hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam