DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0


DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) akan menganjurkan Design Competition sempena Design Summit 3.0 yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember ini.

DDEC dalam satu kenyataan pada hari ini berkata Design Competition adalah khusus untuk menggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif, kreatif dan asli dalam bidang reka bentuk produk dan reka bentuk pembungkusan.

Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu Profesional, siswazah Universiti dan kolej serta pelajar Sekolah Menengah.

Menurut kenyataan tersebut, untuk menyertai pertandingan ini, setiap kategori peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM100 (Profesional), RM50 (Universiti/Kolej) dan RM10 (pelajar Sekolah Menengah).

Antara hadiah menarik yang bakal dimenangi adalah iMac berukuran 27 inci, iPad Mini dan Retina Display.

Para pemenang akan diadili berdasarkan idea-idea yang original, inovasi produk, kreativiti, fungsi reka bentuk dan ciri-ciri tambah nilai seperti penggunaan teknologi yang baik, eksplorasi bahan dengan kreatif, faktor persekitaran yang baik (reka bentuk mesra alam) dan banyak lagi.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta dikehendaki memuat turun Kit Design Competition daripada www.ddec.my. Salinan Kit Design Competition juga diterima.

Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum menghantar karya seni. Bukti pembayaran hendaklah disertakan bersama karya seni. Penyertaan boleh dihantar melalui pos atau penyerahan sendiri ke pejabat Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) atau melalui e-mel.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web DDEC atau e-melkan pertanyaan ke enquiry@ddec.my, dengan merujuk kepada Design Summit 3.0 - Design Competition.

-- BERNAMA



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam