Catatan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 8

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 8. Kalau diikutkan, hari ni adalah hari last untuk PKP. Setelah dipertimbangkan PM telah mengambil langkah mengisytiharkan tambahan sehingga 9 Jun dengan bersyarat. Graf dah makin nampak ok dah ni. Memang langkah yang baik dan sekarang tanggungjawab tu adalah tanggungjawab kita bersama untuk berdisiplin dalam menghadapi norma baharu dalam memastikan pandemik ini dapat dikawal. OK. So, minggu ni memang banyak perkara yang kami buat dalam keadaan norma baharu. Tadarus diselesaikan secara VC. Mesyuarat dijalankan secara VC. Sampaikan majlis pengarah pun VC juga. Yang pasti, banyak perkara perlu dilihat semula terutama dari segi kemampuan dan liputan teknologi yang masih belum meluas. aku sendiri berada di kawasan pinggir liputan. Masak jugak la. Time ok, ok lah. Tu pun kejap paginya ok. Kejap tengah hari yang ok. Pening weh. Penutup  minggu 8 ni adalah big boss bergerak ke bahagian. Genap setahun sebagai pengarah. Teri

TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Imej
TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

Selamat Hari Wesak 2020

Imej
Selamat Hari Wesak 2020 khususnya pada semua pengunjung blog yang beragama Buddha. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7. Dalam diam kita dah masuk ke minggu ke-7. 49 hari dah kita duduk rumah. Minggu ni bermula perubahan drastik di mana PKP mula dilonggarkan, kita ke arah cara hidup yang lebih baik dalam memastikan rantaian tetap dapat diputuskan. Normal Baharu memang memberikan cabaran pada kita semua terutama dari segi sikap dan disiplin. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula mengambil tempat. Aku antara yang tersenarai untuk mula bekerja pada awal PKPB ni. Cabaran betul. Selama ni aku duduk dalam zon hijau dan kini aku kena bergerak keluar ke zon kuning. Pagi tu dah terkena. Blok penghalang masih belum diangkat menyebabkan aku terpaksa cari jalan alternatif ke opis. Alhamdulillah. Semuanya OK. Masa balik dah clear dah semua penghalang ni. Sebelum PKPB tu mama aku bawa keluar. Bagi dia pengalaman berada diluar setelah sekian lama duduk rumah. Memang kekok sikit la kan. Takpe. Kita akan move on dengan cara baharu ni.

SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Imej
SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB). Soalan lazim berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 MEI 2020 yang boleh dimuat turun melalui pautan  https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2020/se02052020.pdf 1. Apakah tujuan surat edaran ini dikeluarkan? Surat edaran ini disediakan sebagai prinsip panduan (guiding principle) untuk Ketua Jabatan menyediakan garis panduan operasi pejabat yang khusus dan sejajar dengan fungsi dan tugasan jabatan masing-masing dengan mengambilkira keperluan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan memadankan keperluan petugas-petugas menyampaikan perkhidmatan samada di lokasi atau secara maya. Walau apa pun, penyediaaan garis panduan yang khusus ini perlu mengambilkira saranan YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, antaranya, keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu, penggiliran pekerja dan galakan pelaksanaan mesyuarat secara maya. 2. S

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH  1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB? Tidak, semua sekolah masih ditutup.  2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah? Sekurang-kurangnya dua  (2) minggu sebelum sekolah dibuka. B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH  3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB? Boleh, jika ada keperluan. 4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?  Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah. 5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB? Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa. 6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?  Guru hendaklah memohon melal

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Imej
GERAN KHAS PRIHATIN (GKP). Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, dan masih aktif menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro semasa permohonan dibuat seperti berikut: - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Pem

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 7 Mac 2020. Isi semula on 1 Mei 2020. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM37.37 for 286.6 km melibatkan 29.895 l minyak. PKP punya cerita. Sekadar panaskan enjin dan keluar cari barang keperluan sekali seminggu.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2020. Banyak kelainan untuk kita tahun ini terutama mendepani cabaran budaya kerja norma baharu. Tak dinafikan banyak lagi usaha perlu ditingkatkan terutama daripada segi jurang digital yang masih belum menyeluruh. All the best to all. --- terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hari Keputeraan Sebenar Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Imej
Hari Keputeraan Sebenar Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Daulat Tuanku. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience