Catatan

Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Imej
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam (Tabung) untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Tabung yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia ini menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjaga dan menyelenggara bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Sumbangan kepada Tabung layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pe

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. Hari ni last day deme berempat kat SPMICT. Ada sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di JPN Johor. Kami kami aje. Aku pun masuk lambat sebab terlibat dengan mesyuarat sektor perancangan. Maybe majlis last aku bersama SPMICT. Good luck pada semua! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor

Imej
Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor. Alhamdulillah. Semua dah dapat berkumpul bersama dalam satu sektor yang baharu. Memang berat tanggungjawab yang diberikan. Semoga semuanya akan dapat bekerjasama dalam memastikan pelaksanaan kefungsian yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar. InsyaAllah.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Masuk dua sekali. Kengkonon nak buat testing 10 liter 97 dan 95 ada beza tak memandangkan aku pengguna biasa bandar. Tapi. Masuk ja kempen #BMF terus malas nak teruskan. Last isi 22 Ogos. Isi semula on 2 September 2019. Shell Jalan Tun Razak. RM25.18, 10 liter bawak ke 121.5 km. Pastu terus isi penuh kat Petronas Nusa Perintis. Isi semula on 5 September 2019. Tapi. Rasanya macam tak berbaloi la pulak 97 tadi. Mau 4 kali isi kalau ikut kebiasaan pemanduan aku. Sangat tak berbaloi. Kuasa pun cam sama ja dengan 95.

Moving Forward

Imej
Moving Forward. Minggu ni dihabiskan untuk setting tempat baharu. Sesambil menyemak fungsi dan tugas baharu. Semua dah berubah. First time sejak kerja berubah keluar dari IT. Hope for the best. Banyak perkara perlu disemak dan diubah.

Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school. Jap ja kan cuti merdeka ni.

Melestarikan sekolah dengan Digital Maker Hub (DMH)

Imej
Melestarikan sekolah dengan Digital Maker Hub (DMH). Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk membangunkan Digital Maker Hub (DMH) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Anda boleh melayari http://portal.moe.edu.my/ untuk membuat permohonan bermula 1 September hingga 20 September 2019 . Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mydigitalmaker.com/digital-maker-hubs --- #mydigitalmaker #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Meronda Kulai

Imej
Meronda Kulai. Hadir ke majlis en Azhar kat Senai Utama. Memang meriah. Tahniah dapat menantu. Hensem bertanjak. Dah lajak sini langsung lajak ke JPO. Meronda sama sempena merdeka. Aku meronda kerusi ja. Sempat layan kebudaks tapau belon. Balik singgah Tajri. Sesekali makan kat luar sesama. Yummy.

Salam Maal Hijrah 1441H : Doa Akhir dan Awal Tahun

Imej
Salam Maal Hijrah 1441H : Doa Akhir dan Awal Tahun. Semoga Allah menerima doa kita semua. ~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~  (Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)  Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai

Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019. Seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai di Tadika. Daftar kehadiran dan dapat nombor. 007 tau. Nombor maktab mama dulu ni. Semua murid berkumpul dulu sementara menunggu program bermula. Program dimulakan dengan nyanyian dan upacara menaikkan bendera. Selepas selesai ucapan daripada pengerusi tadika dan perasmi, semua bergerak ke tempat pelepasan. Semua murid akan berlari ditemani penjaga. Ici akan berlari dengan Iqa. Dapat nombor 11 tau. Bukan main-main ni walau iqa cakap banyak kali jatuh masa lari tadi. Hehehe. Selepas makan sarapan yang disediakan semua bergerak pulang.