Catatan

Samsung Servis Centre, Taman Molek : Akhir riwayat abam galaxy

Imej
Samsung Servis Centre, Taman Molek : Akhir riwayat abam galaxy. Semalam gi Samsung. Ngantor kamera galaxy yang tokleh on tu. Isi borang. Bayar RM35 sebab dah takde waranti. Jam 4.00 petang dapat call dari Samsung. Masalah mainboard. Harga RM650. Perlu dihantar ke HQ untuk proses ni. Just tanya berbaloi atau tidak untuk aku proceed. Dengar pandangan sambil dok menerawang kepala hotak. At last aku tak proceed lah. Esok aku kena gi amik semula lah kamera aku tu. Huhuhu. Dah sampai jugak hayat dia. Aku beli September 2013. Maknanya hampir 5 tahun hayat dia bersama dengan aku jugak ye. Tadi gi amik semula. Huhuhu. Nampaknya kena cari ganti baharu dengan harga mainboard dia tu. Hehehe.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180807 Room Makeover

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180807 Room Makeover. Hari Ahad hari dah penuh meja aku dengan monitor. Semalam pagi rasa macam nak ubahsuai habis la bilik ni. Aku tau setel aje susunan awal untuk perabot dalam bilik. Ukur, adjust. Setel. Susun based on apa yang aku ada dulu. A bit kekok untuk awalnya. Hari ni ubahsuai semula susunan peralatan ict dalam bilik. Ngam. Tengok la esok pulak. Tapi rasanya macam dah ok kot. Tinggal nak beli extention power cable ngan USB hub dan extention lagi. Layan aje ler.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180804 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180804 Progress. Dah makin rancak dah. Sempat lepak bersihkan penapis air outdoor.

Iqa @UTM

Imej
Iqa @UTM. Ni minggu lepas punya cerita. Kem untuk murid PT3. Minggu ni dah mula trial sejak Isnin semalam. Good luck! All the best and be the best for iqa and friend.

Sekolah Tun Fatimah : 20180804 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180804 Lawatan Hujung Minggu. Boleh pulak minggu ni dia sibuk nak makan ayam gunting. Dah pakat melilau kat UDA. Dan apa lagi. Beli lebih pada tu. Dengan Teh ais meleleh la, kuih keria gula melaka la, sotong king la, hot dog la. Kami yang lelebih pulak. Sebenanrnya minggu ni outing. Tapi iqa nak fokus on study memandangkan minggu depan dah trial PT3. Good luck iqa. All the best and be the best!

Lopaq Chempel : 20180804 Melepak

Imej
Lopaq Chempel : 20180804 Melepak. Layan aje ler si Lopaq ni.Penakut nombor satu. Yang dia tau, main dengan abam dia si Phatah Gebooz.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180804 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180804 Progress. Syiling sudah naik.

Kempen Internet Gemilang Digi

Imej
Kempen Internet Gemilang Digi. Lambat sikit nulis pasal aku pun lambat sikit dapat mesej ni. Actually memang dah tau pasal kempen ni. Internet tanpa had dari 12 tengah malam sehingga 12 tengah hari, setiap hari selama 61 hari sehingga 30 September 2018. Cuma kena faham limitation yang digi kenakan ya. Yang pertama, of coz hanya pengguna principal yang dapat kemudahan ini dan tidak boleh dikongsi. Tidak boleh guna peer-to-peer download atau hotspot. Kalau buat, tetap data akan ditolak. Apapun. Pakai ajelah apa yang orang dah bagi kan. Sambil lam kepala nak ubah lebih sikit pelan data pada line supplementary yang lain. Nak tahu lebih boleh rujuk pautan ni : https://new.digi.com.my/cs/Satellite/Page/tnc/default/internet-gemilang

LEP 2.0 Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018

Imej
LEP 2.0 Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan bagi mengikuti Program LEP2.0. Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018. Program ini akan berlangsung selama 28 hari mulai 18 November 2018 hingga 15 Disember 2018 di Jepun. Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred 48-56 dalam bidang Pengurusan yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan program tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan JPA. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan.  Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan

Adobe Symposium 2018 : The Digital Experiences Conference

Imej
Adobe Symposium 2018 : The Digital Experiences Conference. Memang menarik sangat ni. Percuma live stream pada 15 Ogos nanti. Morning Keynote mula jam 7.30 pagi oleh Adobe President & CEO, Shantanu Narayen, David Godsman, Chief Digital Officer The Coca-Cola Company, Ronni Kahn dari OzHarvest, Vince Frost dari Frost*collective, Cindy Gallop dari Marketing Maven, Tim Urban TED speaker. Creative Keynote pula jam 11.45 pagi oleh Bryan Lamkin, EVP & GM, Digital Media, Karen Alsop dari Photographic Digital Artist, Prue Jones dari Fjord, Cisco Guzman, Victoria Nece, Jeanette Matthews, Paul Burnett dari Adobe, Erica Ford dari Buck, Georgia Hill dan James Vittore. Aku? Masa yang sama terlibat dengan Konvensyen Pengurusan Data Kebangsaan. Kena pilih salah satu kan. Apa pun, just share bagi yang berminat boleh daftar di pautan berikut : https://adobe.regoready.com/symposium-live-stream?sdid=XXTQH3HW&mv=display --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎