LEP 2.0 Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018


LEP 2.0 Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan bagi mengikuti Program LEP2.0. Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018. Program ini akan berlangsung selama 28 hari mulai 18 November 2018 hingga 15 Disember 2018 di Jepun.

Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred 48-56 dalam bidang Pengurusan yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan program tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan JPA. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan.  Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada. Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi  setiap keperluan yang dinyatakan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan online bagi LEP 2.0 Leadership Development Programme for Middle Management Level (Managers) 2018 dibuka bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos 2018 bagi yang berminat. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM;
  2. Borang Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C);
  3. JICA Application Form;
  4. Salinan Keputusan TOEFL/TOEIC/IELTS/Ujian Bahasa Inggeris yang diiktiraf (sekiranya ada); dan
  5. Salinan Senarai Tugas.

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2018 (Isnin) jam 5.00 petang seperti berikut:

Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)

   Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
   Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
   Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan)
   Aras 4, Blok E12, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62604 Putrajaya
   u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
   E-mel: sakinah.abas@moe.gov.my/paridah.ali@moe.gov.my
   Tel: 03-8884 7931/03-8884 7947
   Faks: 03-88847925

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

    Bahagian Pendidikan Guru
    Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan)
    Aras 3, Blok E13, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    u.p.: Encik Ahmad Saifuldin bin Makkah
    E-mel: saifuldin.makkah@moe.gov.my
    Tel: 03-8884 1067
    Faks: 03-8884 1222

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam