Catatan

Home Sweet Home Renovation : 20180414 The Next Phase Begins

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180414 The Next Phase Begins. Hmmm. Habis kenangan. 18 tahun kot duduk kat sini kan. Sempat meronda snap kenangan semua.

Sekolah Tun Fatimah : 20180413 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180413 Lawatan Hujung Minggu. Kejap aje hari ni. Hantar barang. A little cit cat. Balik untuk sambung proses rumah.

My first mobile gadget : HP Jornada 540

Imej
My first mobile gadget : HP Jornada 540. Ni permulaan pada gadget mobile aku. Sepertimana yang korang tahu. Harga gadget dulu bukan macam la ni. Masa ni aku pakai Nokia 3310 kot. Eh. Dah pakai Sony Ericson K700i gamaknya. 2005. Masa ni baru ada PDA yang color. Sebelum tu semua hitam putih aje. Sakan wooo masa memula beli. Semua dalam ni je. Tolak tepi semua henpon kot. Kekeke. Siap sync dengan PC tau. Hahaha. Sync dulu pakai kabel la. Bukan macam la ni. Semua cloud base. Yang tak best. Beberapa bulan lepas beli O2 terus keluar. Wahlaoweiii. Yang lain pulak semua pakai ARM prosessor. Masak. Semua aplikasi terus berubah. Jornada ni pakai SH3 aje. Apa yang ada aje ler. Sesekali turun low yat cari aplikasi untuk SH3 yang pastinya amat limited. Apa yang best. Sampai aku pindah Johor masih berkuasa. Tu yang nampak ada logo next sekolah aku tu.

All out pagi Jumaat

Imej
All out pagi Jumaat. Pagi ni total kosongkan rumah lama. Perghhh... Boleh tahan la. Nanti ada beberapa barang akan aku let go. Mau? Hantar angah ke kelas tambahan dan ambil semula. Sempat beli goreng pisang gitu.

Pelan Khas Unifi Mobile Guru : My Pek Jasa ZTE Blade A521 handphone

Imej
Pelan Khas Unifi Mobile Guru : My Pek Jasa ZTE Blade A521 handphone. Tetiba tadi masa tengah sibuk-sibuk buat bideo tu tetiba ada nombor lain sikit masuk. Kami nak hantar bungkusan encik ni. Sekali ada masalah dengan alamat rumah aku dan kebetulan dia nak by hand sendiri pada aku selaku penerima. Hantar opis aje boleh? Boleh boleh katanya. So. Masa lunch tadi sampai la henpon Jasa aku ni. Alhamdulillah and terima kasih pada TM kerana termasuk jugak nama aku dalam senarai penerima. Macam aku cakap ituhari. Sebulan diaorang proses untuk agihan handphone ni. Tahniah la pada semua yang menerima. Anda pendaftar terawal yang bertuah. Maybe mustakim pun akan dapat around this week jugak kot. KS tak puas hati tul tadi. Kekeke. Ala puan. Enpon murah jer. Yang pasti. Awal awal dah kena lenjan lepas laptop aku overheat tadi. Sib baik sempat transfer. Segala converter semua keluar la. Layannn...

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180412 Sudut EKSA on Hari EKSA Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180412 Sudut EKSA on Hari EKSA Zon 7. Hari ni baru sambung semula. Maknanya dah 4 bulan kami dok buat benda alah ni. Hahaha. Orang lain buat seminggu dua aje. Kami. Sampai 4 bulan. Mana taknya. Seminggu sekali je. Tu pun kalau dapat luangkan masa la kan. Datang kerja. Sarap pun dah lupa. Tumpu SAPS dan EMIS. Setel ja gi masukkan karpet ke surau jap. Lepak bersihkan sekali. Pastu baru dapat la tumpu kejap. Baru aje dapat setelkan bawah dah mula kena tengok gerakan massa punya adhoc projek. Masak. Terus tinggal aje. Penumpuan terus ke sana. Sib baik laptop tak overheat masa buat video. Yang tak best. Masa up ke media sosial, masa tu la nak overheat! Dah 30% hokeyyy! Apapun. Banyak jugak dapat dibuat EKSA Zon 7 hari ni. siap makcik bawang tu.

Calar Beruang

Imej
Calar Beruang. Alamak! Sekali balik semalam boleh pulak tercalar kening ni. Kononnya hebat. Nak caj henfon dalam gelap. Maybe masih tak biasa dengan susunan baharu. Masa membongkok untuk caj dah terhantuk dengan agak kuat kat bucu lemari. Sakit tul. Raba dua tiga kali. Masih tak perasan. Sekali tersapu dengan lengan baju. Ehhh.. Darah. Adesss... Boleh tahan jugak ni mama kata. Terus sapu ubat gamat aje. Haiishh. Nak jadi Waja Timur ke gapo ni.

Hari Guru 2018 Johor : #JohorSayangCikgu the Project Begins

Imej
Hari Guru 2018 Johor : #JohorSayangCikgu the Project Begins. Banyak benda buat hari ni untuk projek berkaitan design dan multimedia aje. Belasah abis. Dari wallpaper. Sambung Storyline. Setelkan design. Merayau keluar cari subjek. Memang layan la. Korams semua marvelous la. #JohorSayangCikgu!

Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA TENTERA Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. POLIS Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. PETUGAS MEDIA Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing. PETUGAS PILIHAN RAYA Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-p

20180411 Jem @ Lebuhraya Pesisir Pantai

Imej
20180411 Jem @ Lebuhraya Pesisir Pantai. Sesambil memandu dengar info trafik ERA. Sejak dulu memang aku dengar ERA sebab ni aje. Sekali sampai depan masjid Sungai Danga katanya ada jem depan Angsana. Bertabahlah. Sekali. Sampai kat jambatan pertama, tetiba jadi slow jugak. Tengok line merah kat maps. Ada sikit. Alhamdulillah, Tak panjang. Maybe aku antara yang sampai awal. Kenderaan terlibat pun masih ada. Sampai opis. Masih banyak kosong. Rupanya jalan skudai memang jem teruk.