Catatan

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah

Imej
Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah. Petang ni. Akhirnya tiba yang ditunggu-tunggu. Penyabar sungguh aku ni kan. Hahaha. Gi awal. Sebab hari tu doktor dah pesan. Datang biar awal. Nanti nak nunggu pendaftaran kat kaunter B tu makan masa sikit. Memang betul tu. Hehehe. Dekat dekat setengah jam jugak nunggu. Nak nak pulak bila nombor kita paling lain. Rasa cam tak kena ja bila nombor pangkal 1 tak panggil panggil. Asyik asyik pangkal 3, pangkal 6. Sekali dah panggil, lega rasanya. Hahaha. Dah setel pendaftaran. Gerak ke fisio. Ada dua orang depan aku. Alamak. Sekali terus panggil nama aku. Aik.. Rupanya ada pertindanan la pulops. Adesss... Dah drag sikit masa. Takpe la. Lagi pun aci ni awal sikit pada aku. So. Aku punya turn a bit lewat dari masa ditetapkan. Takpe. Tunggu je. Kena layan jap Nenek kedah telepon. Ni semua gara-gara aku post kat FB pasal "lepaking @HSA". Padan muko den. Hahaha. Sekali masuk. Petugas check dulu condition. Tanya apa yang aku buat selepas ju

Slow down on designing project

Imej
Slow down on designing project. Dengan masa yang agak meruncing, kerja vectorising ni kena dislowdownkan buat seketika. Alang alang dok guna selalu, terus vectorisekan aje. Lebih kena apa yang kita nak. Apapun. Man man. Ada dua benda yang perlu dikejar buat seketika waktu ini. Dah tenang sikit baru boleh beri tumpuan penuh semula. Kalau nak tumpu penuh, banyak masa akan habis untuk kat sini. Better agih kepada yang lebih meruncing terlebih dahulu.

Pengetua atau guru boleh rotan pelajar mulai 2017

Imej
Pengetua atau guru boleh rotan pelajar mulai 2017. Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hu­­kuman tersebut ba­gaimanapun tidak di­benarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik. Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017. Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah. “Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi. “Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disi

Ready to distribute

Imej
Ready to distribute. Yeaahhh! Dah setel printing kad hari guru yang diurus Adha. Esok kad dah boleh mula gerak ke setiap daerah. Selamat Hari Guru pada semua! Terima Kasih, Cikgu!

Taklimat Pra Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2008 JPN Johor 2016

Imej
Taklimat Pra Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2008 JPN Johor 2016. Sebelah petangnya di SJQ pula. Ada sesi taklimat sebelum sesi pra audit bermula mulai esok. ICT, kami dapat 19 Mei. Boleh tahan jugak la. Masa suntuk. Hope for the best.

Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 2016 JPN Johor

Imej
Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 2016 JPN Johor. Join taklimat ni pagi ni di Dewan Seminar JPN Johor. Ada penambahbaikan. Penilaian setengah tahun dah nak mula ni. All the best! Surat arahan, bahan-bahan rujukan, manual boleh dimuaturun melalui pautan berikut : https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html

Johor Berkemajuan

Imej
Johor Berkemajuan. Peluang untuk dapatkan tiket sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2016 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC, di Stadium Shah Alam, Sabtu, 14hb Mei ini. Khas untuk anak Johor! Mari sertai cabaran ‘Johor Berkemajuan’. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN: 1.Muat naik gambar kreatif beridentitikan negeri Johor di laman media sosial anda (FB, Instagram dan Twitter) beserta salah satu slogan berkaitan Johor Berkemajuan, seperti berikut: ➢ Apa erti Johor Berkemajuan kepada diri anda? ATAU ➢ Bangsa Johor perlu menyokong Johor Berkemajuan kerana? ATAU ➢ Apakah ciri-ciri Bangsa Johor yang berkemajuan?. Sila hashtag: @muafakatjohor ‪#‎muafakatjohor‬ di setiap penyertaan anda. 2. Print screen gambar dan slogan yang dimuatnaik di FB, Instagram dan Twitter anda, dan emailkan kepada jdtcup@gmail.com Sila letakkan subjek email: Johor Berkemajuan dan butiran peribadi seperti berikut: ➢ Nama ➢ No. Kad Pengenalan ➢ Alamat Rumah / Daerah ➢ No. Telefon ➢ Pil

Pasaraya Everjoy First Sightseeing

Imej
Pasaraya Everjoy First Sightseeing. Sesaja ronda sini malam ni. Ada beberapa benda nak kena beli. Quite cheap la kata mama. Aku lepak lam kereta aje. Letaknya kawasan kedai baharu area SMK Taman Nusajaya.

Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu Sekolah Kebangsaan Taman Scientex Pasir Gudang

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu Sekolah Kebangsaan Taman Scientex Pasir Gudang. Pagi tadi ke Taman Scientex bersama Kairul. Meeting buka sekolah baharu. Singgah di PPD untuk ambik adi sekali. Langsung ke sekolah. Terus meeting. Jangka beroperasi jun ni. Harap semua berjalan lancar. Murid lebih 1k dari kawasan berkenaan. Habis ja, luangkan sikit masa meronda. Nengok nengok keadaan sekolah.

Sultan Johor Pandu Trak Mack Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei

Imej
Sultan Johor Pandu Trak Mack Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke seluruh negeri ini dengan memandu trak Mack menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata kembara kali ke-19 merentasi 10 daerah melibatkan laluan sejauh 842 kilometer itu akan turut diiringi dua trak Mack lain, dua bas, 35 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson serta 10 pacuan empat roda. “Sultan Ibrahim yang diiringi kerabat diraja, pemimpin negeri dan ketua jabatan akan memulakan perjalanan dari Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu pada 14 Mei (Sabtu) dan berakhir di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan, Lebuh Raya Penyuaraian Timur (EDL), di sini, pada 17 Mei (Selasa),” katanya pada majlis prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi, semalam. Berangkat ke majlis itu, Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Su