Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah. Petang ni. Akhirnya tiba yang ditunggu-tunggu. Penyabar sungguh aku ni kan. Hahaha. Gi awal. Sebab hari tu doktor dah pesan. Datang biar awal. Nanti nak nunggu pendaftaran kat kaunter B tu makan masa sikit. Memang betul tu. Hehehe. Dekat dekat setengah jam jugak nunggu. Nak nak pulak bila nombor kita paling lain. Rasa cam tak kena ja bila nombor pangkal 1 tak panggil panggil. Asyik asyik pangkal 3, pangkal 6. Sekali dah panggil, lega rasanya. Hahaha.

Dah setel pendaftaran. Gerak ke fisio. Ada dua orang depan aku. Alamak. Sekali terus panggil nama aku. Aik.. Rupanya ada pertindanan la pulops. Adesss... Dah drag sikit masa. Takpe la. Lagi pun aci ni awal sikit pada aku. So. Aku punya turn a bit lewat dari masa ditetapkan. Takpe. Tunggu je. Kena layan jap Nenek kedah telepon. Ni semua gara-gara aku post kat FB pasal "lepaking @HSA". Padan muko den. Hahaha.

Sekali masuk. Petugas check dulu condition. Tanya apa yang aku buat selepas jumpa doktor. Satu satu aku cerita. Sebab aku dah jumpa lebih kurang 3 doktor berbeza sebelum ni. Jadi apa amalan aku jap gini jap gitu. So, dia dengar dulu apa aku buat dan nasihatkan semula. First of all, aku kena hentikan terus rendam on icy water. Tukar terus warm water. Then dia sambung observe kaki. And lastly... masalah tulang dia sebut, bukan otot. Masalah terhasil daripada kesan kasut dan cara penggunaan kaki. Dia kata ni problem, dia akan sentiasa on off. Lebihkan kalsium dan senaman yang dia akan ajar. Huhuhu. Pastu letak apa mender pelekat ntah. Dia naikkan. Terus rasa ditarik tarik. Perghhh... So. Lepak la aku tak reti nak buat apa dah sambil rasa jap seronok, jap sakit sikit. Hehehe.

Setel kat situ, sambung lagi. Tapi sesi lain pulak. Mari bersenam. Hehehe. Pasni kena la amal mender ni. Pastu duduk lagi bersama petugas. Aku ingatkan dah takde apa dah la. Sebab ayat awal dia tadi cam boleh setel dah la kot macam aci sebelum aku ni. Sekali dah bukak buku kat sini. Next appointment ... 22 Jun. Hahahaha. Sebulan lagi tu. Kita tunggu next sesi.

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
yeahhh.. dah tiba hari nyer

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
datang awal. lepas solat je terus gerak

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
makan tengahari pun kat sini

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
lepaking untuk daftar

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
lepaking untuk sesi

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
lepaking yang lepak tul

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah
nexttt!!!

Sesi Fisioterapi siri 1 @Mahmoodiah

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam