Catatan

GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM DAN APLIKASI ONLINE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERIKUTAN KERJA-KERJA MIGRASI KE PUSAT DATA ENSTEK

Imej
GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM DAN APLIKASI ONLINE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERIKUTAN KERJA-KERJA MIGRASI KE PUSAT DATA ENSTEK Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke sistem dan aplikasi seperti berikut di seluruh negara akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja pemindahan pengehosan (hosting) ke Pusat Data Enstek yang akan dilaksanakan pada 8 Mei 2015 (Jumaat), 5.00 petang hingga 11 Mei April 2015 (Isnin), 6.00 pagi. EProfil Sistem Pengurusan Dokumen Rasmi (ePendora) Aplikasi Pengurusan Bantuan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Dashboard Prestasi KPM Data Prestasi Asrama Harian (DPAH) Sistem Maklumat Guru - Modul Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Sistem Maklumat Guru - Modul Pertukaran Guru (eGTukar) Sistem Pengurusan Sekolah - EMIS PortalSistem Maklumat Pengurusan Pendidikan PortalSistem Maklumat Pengurusan Pendidikan - TOT Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir) Sistem Maklumat Guru - Modul Data Operasi (eOperasi) Sistem Maklumat Guru — Modul S

Rumah terbalik upside down art gallery

Imej
Rumah terbalik upside down art gallery. Sesaja dok browse through FB, terjumpa la pulops pasal rumah terbalik kat PD nih. Cambest pun ada kan. Rumah Terbalik Port Dickson pertama di Negeri Sembilan, kini dibuka untuk orang ramai. Tapi apasal ahad tutup ekkss... bukan hari tu yang paling ramai orang ke... Alamat : No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan (berhampiran Ostrich Park & Politeknik Port Dickson) Waktu beroperasi : 10pagi - 9mlm Isnin hingga Sabtu. Harga tiket : Dengan Mykad Dewasa - RM 15, Kanak-kanak - RM 10 (bawah 12 tahun) Tanpa MyKad Dewasa- RM 20, Kanak-kanak - RM 15 (bawah 12 tahun)

Hari UNESCO Malaysia 2015

Imej
Hari UNESCO Malaysia 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Hari UNESCO Malaysia 2015 akan diraikan pada 22-24 Mei 2015 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dari pukul 10:00 pagi sehingga 10:00 malam. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Nahas DUKE: Dua pemandu Myvi mengaku tidak bersalah

Imej
Nahas DUKE: Dua pemandu Myvi mengaku tidak bersalah Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. Tertuduh, pembantu pengurus restoran ,Siti Noor Aini Mohd Said ,35 dan juruteknik, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas tuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada Fairuz Nizam Husain, 35; Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuh raya DUKE Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta di sini, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman pen

Cadangan penambahbaikan VLE-Frog

Imej
Cadangan penambahbaikan VLE-Frog Salam 1Malaysia, KPM sedang mendapatkan pandangan dan cadangan guru-guru yang pernah menggunakan VLE-Frog berkaitan penambahbaikan yang difikirkan sesuai supaya VLE-Frog mudah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasrat KPM ialah mewujudkan VLE-Frog yang diminati semua guru dan murid. KPM berharap tuan dan puan akan berbesar hati untuk memberi maklum balas dan pandangan seikhlas yang mungkin demi kebaikan bersama. Tuan puan dimohon untuk menyatakan nama, dan sekolah masing-masing. Tuan puan juga dijemput untuk mengulas isu/ruang penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Kerjasama tuan puan semua untuk mengelakkan daripada menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan ke atas isu/ruang penambahbaikan yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan lain. Sekian terima kasih Sila layari pautan berikut untuk berkongsi pandangan anda :  https://goo.gl/CG6WUO Via Blogger PC Edisen Enjoice...Shar

PRK Permatang Pauh : PKR menang dengan majoriti 8,841 undi

Imej
PRK Permatang Pauh : PKR menang dengan majoriti 8,841 undi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 30,316 undi Suhaimi Sabudin (BN) 21,475 undi Azman Shah Othman (PRM) 101 undi Salleh Isahak (Bebas) 367 undi Jumlah pengundi 53,145 undi Rosak 843 8841 majoriti 74% keluar mengundi Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL

Imej
SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL. Terbaca satu post yang agak menarik dari  https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad . Kongsi untuk pemahaman bersama yok. "Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya. Boleh doktor komen?" PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk. 1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan. 2.PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam. 3. PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut. 4.PNADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasiha

A simple quater year SPMICT JPNJ birthday celebration

Imej
A simple quater year SPMICT JPNJ birthday celebration. Simple simple sebijik kek bos kasi tadi. Hepi belated besday.

PERMOHONAN PEMBIAYAAN MYBRAIN15 KEPADA PENJAWAT AWAM

Imej
PERMOHONAN PEMBIAYAAN MYBRAIN15 KEPADA PENJAWAT AWAM Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Permohonan MyBrain15 Penjawat Awam dibuka mulai 5 Mei 2015 hingga 31 Julai 2015. Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Keterangan lanjut, layari  https://biasiswa.moe.

Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji

Imej
Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji JOHOR BAHARU, 7 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. "Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan CBP terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di sini Khamis. Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan CBP ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat. Pelaksanaan CBP yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda. Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam t