Catatan

Penjualan buku sesi 2015 @ SK Taman Nusa Perintis

Imej
Penjualan buku sesi 2015 @ SK Taman Nusa Perintis. Setel ja sarap, terus ke SK Taman Nusa Perintis. Nak setelkan semua keperluan kebudaks ni sebelum naik. Tu yang aku amik cuti ni. Kalau tak bila lagi kan. Dah nak buat camner. Bukak nya hari bekerja aje. Dah la sebelah pagi aje. Orang masih tak berapa ramai. Kira OK la kan. Nunggu dah nak dekat nak bukak nanti ie minggu depan. Harus la berpusing pusing barisannya. Alhamdulillah. Setel.

Jalan jalan cari makan @ Warung Jamaliah Taman Nusa Perintis

Imej
Jalan jalan cari makan @ Warung Jamaliah Taman Nusa Perintis. Ni kisah itu hari. Setel ja daftar Ziqri di tadika baru kami cari sarap. Lepak aje kat warung jamaliah ni. Hampir semua yang kebudaks nak ada kat sini. Iqa ngan roti tampal dia, inaz ngan mihun soto sama ziqri, dan aku; nasi goreng kampung ayam goreng. Layannnzzz..

Selamat menyambut Hari Krismas

Imej
Selamat menyambut Hari Krismas pada semua rakan dan pelayar blog yang beragama Kristian. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015

Imej
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps . Sistem ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Semua urusan pengemaskinian maklumat berkaitan sekolah hendaklah dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, guru dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Guru – eOperasi, dan murid dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Murid – APDM. Surat siaran dan garis panduan dalam diperolehi melalui URL berikut http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001196.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015

Imej
HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015 Tawaran baru Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 dan tamat pada atau sebelum 30 Mac 2015 . Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut: Warganegara Malaysia Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan L

Sesi Pendaftaran 2015 Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis Ziqri

Imej
Sesi Pendaftaran 2015 Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis Ziqri. Tadi pagi kami pakat gi tadika untuk sesi pendaftaran ziqri bagi tahun depan. Ziqri dah suka sangat dengan cikgu cikgu dan kengkawan dia. Setel. Pasni nak gi sarap dan setelkan kakak kakak dia pulak

Jalan jalan cari pasal di 100 Doraemon Secret Gadget Expo @ JB City Square

Imej
Jalan jalan cari pasal di 100 Doraemon Secret Gadget Expo @ JB City Square. Pagi tadi ambik sikit masa untuk bawak kebudaks ni jenjalan. Setel ja kat tadika ziqri dan pembelian buku iqa dan inaz terus shoot ke City Square. Ni kali kedua aku gi sini, dan masuk la. Tiket masuk adalah RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kebudaks. So, the first one of coz la aku tak masuk sebab aku rasa langsung tak berbaloi untuk masuk. Then. Kenapa aku masuk pulak untuk kali kedua? First of all adalah sebab aku rasa bersalah itu hari dan aku langsung tak bawa kebudaks ni jenjalan mana cuti akhir tahun ni. Sebab kedua adalah disebabkan ... kebudaks masuk free sampai 4 Januari ni. So. Aku just bayar RM25 untuk diri aku dan all the kebudaks are free to enter. OK ler tu. Kira Tuhan dah bantu banyak aku dari segi nak masuk aje. Hehehe. So. We all masuk and.. bla bla bla. Memang a bit tak berbaloi. Ayat aku dulu pasal rugi masuk is totally true. Just masuk tengok satu ruang legar yang luas ngan deretan 100

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015 . Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut: A1M Kuala Lumpur - SMK Victoria, Kuala Lumpur (lelaki sahaja) - SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur (lelaki sahaja) - SMK St John, Kuala Lumpur (lelaki sahaja) - SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur (lelaki sahaja) A1M Johor - SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor (perempuan sahaja) A1M Sabah - Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah (lelaki & perempuan) A1M Sarawak - Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak (lelaki & perempuan) SYARA

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

Imej
SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 akan dibuka mulai 23 Disember 2014 (Selasa) hingga 6 Januari 2015 (Selasa) . Sila layari url berikut untuk semakan : http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/semakansbpt1_2015 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Takwim untuk 2015

Imej
TAKWIM UNTUK 2015. Berikut dilampirkan dokumen yang telah dikemaskini untuk perancangan kita di tahun 2015. Muaturun takwim persekolahan melalui url berikut : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/takwim%20penggal%20persekolahan%20tahun%202015%20Final(1).pdf Cuti dan hari kelepasan am melalui url berikut : http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2015_merged.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!