Catatan

Sistem semakan online Penempatan Kluster Kecemerlangan Pendidikan/Sekolah Kawalan/KRK/KAA sekolah menengah daerah Johor Bahru 2011

Imej
Dah setel jugak akhirnya sistem ni.. yihuuu Perghhh!!! Memang berasap tul buat sistem nih. Satunya pasal tempoh masa yang sangat singkat, bagi aku la. Aku buat enjin nih satu hari, yakni semalam. Hani ni nunggukan data raw dari unit sekolah untuk diimport masuk ke table yang dah sedia aku buat. Yang berasap pasal semua dah menuding ke aku.. Hahahaha.. tak pernah lagi dapat perasaan cenggini. Ye lah kan. Ibu bapa mana yang tak eager nak tau pasal penempatan anak depa untuk tahun depan kan. Masalah aku, data perlu dimurnikan dulu berkali-kali, bukannya apa; nanti dah naik ada data bengong la pulak. haaa.. sapa nak menjawab kan. Tu yang berasap tu. Tengah dok teliti data satu satu, ada ajer parent yang call tanya pasal semak online. Tak kisah la, yang penting dah setel kan. Harap-harap sistem ok hendaknya. Yang tambah berasap lagi, masa dah setel murnikan data dah jam 4.30 petang. Walau aku memang berhasrat nak balik lambat hari ni; tapi line internet lak bengong kat opis. Bengkerk t

Mato den sakit bonar nih

Imej
Hahaha.. Dah bengkak ada sikit busar + sikit nanah dah kelopak mata aku nih.. Tengok tangan kanan aku pegang apa.. Haaa.. Tu la kamera yang selalu aku pakai kalau jengjalan biasa. Cap ayam ajer.. Pagi ni bangun.. Sakit lagi. ye la kan. Ingat makan ubat tu terus baik ka. Mana ada. Tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha sesuatu kan. Harap nanah kat mata aku nanti cepat masak pastu leh ler aku gumbira tanpa perlu pergi jumpa doktor tu lagi kan. Ingat lagi apa yang doktor tu cakap.. potong sikit saja tau.. Aku tak nak kena potong walau sikit kalau boleh la. Sebelum kerja belasah pisang dua bijik dulu. Kasi kejap sikit perut. Tapi tu orang lain punya perut la. Kalau perut aku terbalik. Lagi makan, lagi cepat lapar. Tu yang aku tak suka makan pagi. Nanti tak lama lagi aku mesti kena makan lagi kan. Drive pagi ni macam biasa. Tensen lagi pasal kena drive dengan mata kanan separuh tertutup. Sampai ppd aku amik gambo ni kat cermin pandang belakang tu. Pergghhh.. lagi besar dari semalam. N

Piala Suzuki : Semi Final Indonesia Filifina

Imej
Gambar dicilok dari Velasrizal Studio. Tumpang kopi aaa.. Tak banyak sangat nak cerita. Just hapdet keputusan ja. Ni sapa yang menang ni akan bertemu dengan team Malaysia nanti kat Final.. Cewahh cakap gaya yakin ja kan.. Harap harap Malaysia main dengan power masa kat Hanoi nanti kan. Baru boleh masuk Final maaa.. Apa pun balik ke keputusan perlawanan malam ni.. Keputusan Indonesia 1 - 0 Filifina. Cukupla tu sebijik ja dari Cristian Gonzales minit 32 kan. Kita nantikan pulak perlawanan malaysia di hanoi 18 Disember nih.. Malaysia Bolehh!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Penat sangat gamaknya

Imej
Kasi panas dulu sama ini besi *_* Boleh la pulak aku terlelap. Lelap yang aku tak nak. Tu yang tak puas hati tuh. Bukan kejap lak tu. Sampai dah nak kul 8 baru aku terjaga. Bengong tul. Maybe sebab aku penat sangat? Maybe sebab faktor cuaca dengan hujan yang turun menyirami bumi dengan gumbira kat luar sejak dari aku balik kije tadi lagi? Maybe sebab aku dah telan ubat tadi, tu pun belum telan ubat super ngantuk tu lagi tuh? Tak kisah la. Yang penting aku memang dah terlelap pun. Dan banyak kije yang terbengkalai. Bengkerk beb.. Marah pun ada nih.. OK. Memula kena besi baju dulu. Besi? Iron sama tak ngan besi? Pasal kita kata iron ekk? Aku pun tak paham. Pastu mama dok bising ngan bebudak nih, dok buat kek la pulak kat dapur. Mentang mentang cuti sekolah lagi kan. Belasah ajer la. Nanti aku jugak yang sental kek tu sampai licin jugak kan. Belen buttercup ituhari pun banyak lagi, ada separuh beldi lagi kan. Belasah ajer la kasi abis. Nak simpan buat apa kan.. Lagi satu aku nak ik

Moh ke Spital

Imej
Ni ler bender yang aku dapat tadi nih masa kat spital kat mahmoodiah tu Bangun ja pagi tadi, lain macam la pulak aku rasa. Apasal lak nih. Sebelah mata aku cam tak leh bukak nih. Alamek.. Problem nih. Dah tu dah janji la pulak nak buat sistem baru pagi nih. Last last mandi, bersiap dan terus drive ke tempat kije. Tapi memang rasa lain macam betul drive ngan mata kanan separuh ja terbukak. Masuk opis terus aku mula setelkan sistem semak penempatan nih. Setel enjin ja. Data dari iskandar nanti. dua tiga kali tunjuk kat bos, rasanya dah ngam. Tinggal nak tunggu data ja lagi. Tunggu punya tunggu, aku rasa memang lama lagi nih. Terus mintak permisi nak gi spital. Belasah ajer la. Mata pun dah mula sakit dah nih. Lam 11.30 aku kuar ke spital. Aku harap memang tak lama la, dan aku dapat apa yang aku nak. 11.55 dah setel pendaftaran, 12.03 dah setel checkup semua, 12.13 setel semua termasuk amik ubat. Pergghhh.. Memang agak mantap jugak sistem baru nombor kat spital nih.. Doktor kata da

Sistem baru lagi..!

Imej
Sistem semakan penempatan la pulak naik Hari ni naik lagi satu sistem. Kali ni sistem semakan penempatan pelajar ke sekolah kluster / kawalan segala tu la, secara online jugak. Tapi masih belum ada isi lagi ya. Kang ada pulak yang duk menerai key-in data kat sini. Ni enjin dulu aku siapkan dan dah up pun. Yang ada cuma dua data testing. Esok insyaAllah semua data sebenar akan naik. Tungguuuu.. Sistem ni boleh dicapai di url http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk khusus dibangunkan untuk menyemak penempatan ke sekolah sekolah Kluster Kecemerlangan Pendidikan, Sekolah Kawalan, KRK dan KAA di daerah Johor Bahru sahaja noo.. Lain daerah, lain negeri.. kena tanya PPD masing masing lah ye.. Semoga dengan adanya sistem ni, penyemakan penempatan menjadi semakin mudah. Enjoice...Sharing is power!!!

Piala Suzuki : Semi Final Malaysia Vietnam

Imej
Sumber pencilokan gambar: Pen Merah Pen Biru Malam ni memang team malaysia main dengan bagus. Puas hati gak nengok. Separuh masa pertama memang banyak asakan ja dari kedua-dua pihak. Tapi nampak permainan vietnam lebih bahaya dari malaysia. Separuh masa kedua, memang dah mula malaysia bermain garang. Gol pertama dalam minit ke 60++ oleh Safee. Aku pun tak tengok sangat masa dia. Yang aku tau. Gol. Minit keberapa apa nak kisah kan. Pastu mula la sesi main gaduh gaduh. Biasa la.. Dah start stress kan. Lam minit 75++ sebijik lagi gol malaysia dapat. Safee lagi yang boh. Memang terer la hang.. Tengah dok layan syok syok mak pulak call pasal masalah sistem. Layan.. Sambil nengok bola, sambil nengok sistem.. Dah setel dah pun.. Tak kisah.. Bola tetap bola, sistem tetap sistem.. dedua boleh jalan sekali nyer.. Dari dulu orang selalu gelar aku multitasking.. boleh buat banyak kije serentak.. Key sambung balik pasal bola.. Malaysia kena terus bertahan dan score lagi.. Pasai nak bawak

Back to normal

Imej
Dah balik ke asal balik dah. Lepas seminggu yang penuh dengan kesibukan, kenduri dan hapdet blog gaya merempit; hari ni dah mula start kerja balik. Walaupun ambik cuti 5 hari ja, aku rasa macam dah terlalu banyak pulak kerja tertinggal. Maklum la, kerja pejabat; makin ditinggal, makin berlambak. Semalam aku gi daftar inaz ke nuri nusa perintis. Mak aih.. yuran semua dah naik.. nak buat camner kan. Sekali nak gi beli buku iqa, tak bukak lagi la pulak. 22 haribulan nanti baru start jual buku. Tak kisah lah. Yang penting singgah makan dulu. Belasah ajer la apa yang ada. Itu cerita semalam. Hari ni penuh dengan kesibukan balik. Ada audit la pulak hari ni. 5 fail aku kena amik. Tak kisah sangat pasal memang aku jaga sendiri fail aku tu. Lam tengahari dapat emel pasal anugerah inovasi johor la pulak. alhamdulillah.. Guru Data dapat kat JB, web rendah menengah bandar habis JB sapu jugak.. luar bandar ja sayang sikit. Maybe pasal aku tak menekan sangat yang kat luar bandar nih.. Takpa.. t

Just because it's time to go

Imej
Lepas ja habis majlis kenduri Asyraf, kami semua pakat berkemas untuk balik. Mak dengan abah terkejut jugak. Padahal memang dah bagitau awal-awal lagi yang kami akan bertolak balik lepas kenduri asyraf habis. Maybe banyak yang terlepas pandang dek kerana kesibukan kenduri tu kan. So, duk tak duk lam kul 8 jugak kami baru bertolak. Dan memang betul cam asri kata, kereta malam ni agak pack la. Nampak sangat ramai warga kota yang pulang ke kampung sama cam kami semua ni. Sampai ke Bangi lam kul 1 pagi dah lajak dekat dengan 2 pagi dah pun. Malas la pulak nak keluarkan bantal dan toto yang si inaz dah 'siram' tu. Biar la dulu. Masuk ja borak lebih kurang sambil makan beger, tu ja yang ada masa aku berenti kat r&r yang sebelum bangi tu. Pastu terus tak sedar diri. Pagi tu lok leh lok leh lam kul 10 pagi baru betul betul semua full of energy. Siap diri semua, makan, sempat lak tu sidai dulu bantal bantal dan segala yang kena siram semalam; kul 12 terus jalan balik ke gelang p