Catatan

Sharing is power!!!

Imej
Sharing is power? Pelik? Jarang dengar? Memang la.. Pasal ni ayat aku sendiri. Orang selalu cakap knowledge is power. Apa kess.. Memang la knowledge is power, tapi kalau tak share ngan orang lain, apa yang dapek. Sekelumit habuk pun tarak beb. So, apa pun bagi aku sharing is power. Cori aaa cikgu BI, dari dulu sampai la, aku memang suka-suki jer wat motto ikut suka hati kepala hotak aku jer.. Hehehehe.. :) :) :) Sharing is power ps : curik gambo ni dari ucu , gambo aku basuh keter ngan iqa lam ujan. hehehe.. ada ka patut dia kata kami buang tebiat. Keter bawah porch apa.. apa kess..

Ada apa dengan letupan bunga api ni?

Imej
Malam tadi memang terkejut gak memulanya. Sapa tak terkejut dengar bunyi letupan kan. Memula sekali dua. Sapa lak tembak menembak ni. Pastu berlanjutan lagi. Jam masa tu kul 9 malam. Ish.. ni mesti ada orang main bunga api ni. Terus aku buka pintu. Betul. Kat luar langit Gelang Patah memang dah cerah dengan letupan bunga api. Pergghhh.. Iqa lari keluar. Nenek dia lari keluar. Cantik la nek.. Tapi iqa takut. Macam perang dah bunyinya. Geak gempita bunyi dia. Sian kat adik sebenarnya. Baru dapat tido kejap. Bunga api ni berterusan sampai dah dekat dekat jam 12 malam. Ingatkan dah berenti la. Sekali... seiringan dengan mulanya nightline kat TV3, bunyi yang lagi menggila kedengaran. Peerrgghhh.. Ada apa ni.. Borak nyer borak dengan rakan-rakan maya, rupanya malam ni malam kesembilan. Hari penting jugak yang dinamakan Hari menyembah Maharaja Jed. Wow.. kira sembah maharaja syurga la ni. Kalau baca citer journey to the west mesti tahu maharaja jed ni. Selain dari itu, hari ni jugak hari tahu

Inaz masih muntah-muntah

Imej
Risau betul la dengan Inaz. Semalam jer dah memang aku tak tido malam dibuatnya. 3 kali muntah teruk. Pagi tadi muntah lagi dalam 2-3 kali lagi. Sebelum gi klinik pun masih boleh muntah lagi. Sampai jer ke klinik, tengok aikk.. kosong jer. Alamak bang, doktor baru jer kuar lunch. Adehh.. Leh pulak sampai doktor lak kuar. Gi klinik puteri. Sib baik doktor ada. Dia masukkan ubat demam dengan muntah ikut bontot adik. Adik memang dah tak nak dah masa dia nak masukkan ubat muntah tu. Tapi last-last leh jugak. Pastu doktor kasi adik mc dua hari, hari rabu baru naik sekolah. Sekali masa tunggu nak ambik ubat, adik boleh loya nak muntah lagi. Adooii.. Aku terus lari keluar klinik jer. Pasal tu la tempat paling cepat aku leh pergi. Adik muntah kat longkang luar. Siann adik. Sebelum sampai rumah mama lak muntah. Dah jadi acara berganti-ganti. Balik jer terus bagi makan ubat. Pun muntah. Makan bubur, pun muntah. Pas bagi makan ubat angin adik tidur. Tapi pastu muntah lagi. Malamnya dia terbangun,

Kucin-kucin iqa yang gangster...

Imej
Kucin-kucin iqa ni memang gangster-gangster orangnya. Mana taknya. Berani mati woo... Setakat gaduh atas bumbung keter aku, tidur atas tayar kereta yang tengah dipanaskan; perkara biasa jer bagi deme ni. Huih.. Sungguh tulang besi urat dawai. Tu lum kira tido kat enjin keter lagi tu. Dah jadi rutin lak, lepas aku panaskan enjin sebelum gi kerja tu; mesti aku curah air kat bawah keter. Pasal gangster-gangster ni takut air jer. Kalau setakat syuh syuh tu.. Ek eleh.. pandang sebelah mata jer diaorang ni. Ni pagi ni nak bawak inaz gi klinik. Masa kuar nak panaskan enjin tu dah kena mengadap gangster-gangster nih dulu. Kata gangster, menyusu mama teleng dia lagi. Cheeiitt podah.. Aku suruh ketepi wat bodowww jeer. Last-last kena angkat tiga-tiga ekor sekali taruk dalam. Dah sedia kotak tempat lepak pun tak reti-reti kaa.. Haiyooo... :: Klik untuk cerita penuh :: Tengok tu... wat derkk jer.. Yang ibu dia lak yang perasan.. yang geng gangster tu wat tak tau jer.. Muka bengkerk memasing pasal

Reinstall Netbook HP110-1006TU

Imej
Bagi tadi terbangun sebab adik nak muntah lagi. Sekali masa dukung balik adik ke katil terperasan lak laptop mini mama ni asyik terlekat kat recovery jer. Sudah.. Apasal lak ni. Aku pun ingat-ingat balik apa yang aku dah buat. Semalam sebelum aku terlelap tu, aku memang scan virus. Maybe banyak fail windows yang dah terdelete nih.. Adoiii.. Semalam aku perasan fail Media Player kena virus, tu yang aku scan. Maybe aku terset semua delete jer kot. Aku terus sambung dvd kat netbook tu. Letak CD winXP.. Try recovery console dulu. Tak jalan jugak. Memang dah kong la ni folder windows nih. Last-last kena la install balik windows ni. Aku taknak format pasal dia ada satu partition jer. Format maknanya habih semua fail kena delete.. :: Klik untuk cerita penuh :: So bermula la episod menginstall semula windows xp ke netbook mama ni. Ni lepas dah settle aku install windows. Memula masuk laman web hp. Cari driver untuk wifi dulu. Check bebetul no siri korang.. Aku nyer netbook ni hp110-1006tu. Ant

Ada apa dengan Inaz?

Imej
Apasal ni..? Inaz dari tadi asyik muntah jer. Keracunan makanan ke? Demam ke? Rasa ada sikit-sikit panas tu. Pelik la camni. Dah tak dapat nak tido dah ni. Sian Inaz. Ni dah kali yang ketiga dah ni. Memula tadi dia dah tido dah. Lam kul 11, tetiba Iqa menjerit. Mama, mama, adik muntah.. Bior betul. Aku tengok tangan dia.. memang dia muntah. Tapi macam takde jer. Sekali bukak lampu. Penuh kat toto. Kepala, satu badan penuh ngan muntah dia. Angkat dia bawak ke bilik air. Mandikan. Toto ambik yang baru. Dia sambung tido. Sekali jam 2, dia bangun lagi dan muntah lagi. Sama cam tadi. Terus mandikan, tukar baju. Toto dah abis. Semua tido atas katil. Adik ni kalau muntah lagi tak tahu la aku. Dah dua toto, dua kali tukar baju.. Sekali jam 3, leh dia bangun nak muntah lagi.. Terus bawak dia lari ke bilik air.. Ni yang terus tak leh tido ni. Takut-takut dia nak muntah lagi.. Cian adik..

Melaram di petang Sabtu

Imej
Hari ni ada kenduri kat rumah cik Ros. Jiran nenek Wi kat Tun Aminah sana nu. Iqa ngan adik dari pagi lompat ke hulu, lompat ke hilir, lari sana, lari sini. Tak sabar-sabar nak jalan gi kenduri. Mama, mama nak gi kenduri tak? Tak.. Mama tak larat ni. Alaa.. Mama memang dah hampir hari dah ni. Tambah lak ngan sakit yang tak berapa nak kebah lagi ni. Melepek jer hari-hari. Sian mama. Akhirnya Iqa ngan adik jer yang pergi ngan atuk dan nenek. Aku? Kena la tunggu kat rumah. Takkan nak tinggal mama sengsorang kat rumah kan. Memang dedua sukanya bukan main lagi. Sebelum gi, mama suruh diaorang posing dulu. Nanti leh atuk ngan nenek kedah nengok lam internet. Apalagi. Si Iqa ni kalau posing ngan adik dia memang la dia pun sama naik. Ntah apa sebab pun tak tau la.. Enjoice.. :: Klik untuk cerita penuh :: Iqa bawak moto jer boleh bah.. Ingat iqa takleh bawak ka.. Tak nampak ada clutch sebelah kiri tu, abah pun tak lepas keluar laman rumah lagi tau.. Bila abah nak pandai bawak moto ni bah.. kata

Review : My Name is Khan

Imej
Wowww.. Itu jer ayat aku bila citer ni dah habis. Memang best. Aku tak pernah lagi tengok cerita hindustan dengan penuh khusyuk. Dan.. yang paling best.. tarak joget-joget lambak.. Aku bagi 10/10 untuk cerita ini. Cerita ni berkenaan Rizvan Khan, seorang yang dilahirkan dengan masalah Autisme, lam citer ni dikhususkan sebagai Sindrom Asperger. So, paham-paham la orang autisme camner kan. Dia lam dunia dia yang sendiri. Dia tak pandai cakap bohong dan sentiasa pegang ayat mak dia. Ada dua benda yang mak dia terapkan untuk dia. First, dalam dunia ni hanya ada dua jenis manusia jer, manusia baik dan manusia jahat dan yang kedua bila dah berjanji tak leh bohong. Lepas mak dia mati adik dia bawak dia ke Amerika untuk hidup dengan gembira, sebab tu la apa yang dia janji ngan mak dia. :: Klik untuk cerita penuh :: Di Amerika dia berkenalan dengan Mandiri, dan jatuh cinta dengan dia. Pastu diaorang berkahwin walaupun adik dia menentang pasal berlainan agama. Dia Islam, bini dia Hindu. Dan lagi

Tukar Graphic Card jadi fan..

Imej
Baca tajuk entri ni macam ye ye jer.. Takkan tukar graphic Card leh jadi fan lak kot? Sebenarnya semalam ucu sesaja dok godak balik pc lama aku yang kena petir itu hari. Waaaa.. Pakai graphic card Nvidia laa.. La, dah guna lama pun tak sedo ke? Bengong tul la. Kalau orang tukar masuk pc baru boleh tak? Try la, kalau boleh, boleh la.. PC lama tu dah lama aku beli. Tahun 2002 dulu. Tahun lebas baru kena petir. Tensen giler masa tu. Aku beli mahal tu. Masa tu la. Beli body jer dah dekat-dekat 2k lebih. Mana taknya. Fully customized la kengkononnya. Sekali kena petir aku beli body baru yang hampir 100% built-in. Hahaha.. Tak sampai 1k pun. Hampeh tul aku ni. Maybe tensen sangat kot. So, bermula la episod memasukkan sparepart yang power dari pc lama ke yang baru tu.. :: Klik untuk cerita penuh :: Meh kita buka pc baru ni. Sekali tarik kuar dari dalam meja. Ya Allah... berdebu beb.. Padahal baru jer lagi.. Dengan belakang, dengan depan; semua debu seinchi tu.. hiyeeee...!!! Ni ler kad grafik

Login Facebook dapat RM100??!?

Imej
Bender ni dah mula menular dengan hebatnya kat facebook sekarang ni. Risau lak nengokkan. Pelikkan. Yang paling best tu ayat dia yang tak tahan tu. Login Facebook dapat RM100. Habis kalau aku login 10 kali sehari bukan patut aku dapat RM1 000 ka? Dari sehari ke sehari makin ramai lak tu pengikut. Takkan tak terpikir kot? Mana ada duit mudah dalam dunia ni. Ini siap login jer dapat duit. Takke pembohong besau namanya tu. Dahla tu, dengan RM100 boleh dapat berkali ganda pulangannya tu. Bengong tul. Yang kaya sebenarnya sapa yang berjaya menawan hati mangsanya. Sebab? Duit akan masuk terus ke akaun si beruntung tadi tu. Yang mangsanya?? Pikir jer la sendiri.. :: Klik untuk cerita penuh :: Kekadang aku rasa pelik dengan orang-orang kita ni terutamanya. Walau dah kena berpuluh kali pun, mana nak menjerat leher sendiri lagi. Pelik.. Sebab masih tak sedar-sedar. Mana ada dapat duit senang-senang. Mesti ada usaha. Yup.. Usaha.. Antara yang ditulis lam laman-laman web pro ni itulah dia. Usaha j