Catatan

Seharian dengan kamera

Imej
Boleh tahan gak pagi ni. Macam-macam ada. Memula Kak Yah panggil aku suruh tengokkan alat sukat suhu yang baru dibeli. Godak-godak. OK. Semua dah leh pakai. Pastu bawak semua bebudak masuk lam dewan check sorang-sorang. Kalau ikut manual, kalau demam warna lampu dia jadi merah. Asik-asik hijau, menyampah aku. Ke alat ni yang rosak. Aku tak puas hati. Aku tanya bebudak, sapa demam angkat tangan. Ramainya yang angkat tangan. Aku gi pegang dahi sorang-sorang, demam ke hapa. Sampai sorang budak pompuan ni aku senyum. Ha, jumpa jugak sorang. Aku terus bawak dia potong Q, check. Sah, tukau merah. Jadi alat ni tak rosak la kan. Pastu aku gi check pulak bahan-bahan yang patut diguna untuk hapgred fiber optik kat sekolah aku. OK. Cuma nak tunggu kontraktor jer sampai. Sesambil tu mata meliar dok nengok bebudak yang nak gi RIMUP. Ambik gambo diaorang sekeping dua. Lam kul 10, kontraktor sampai. Aku bawak diaorang usha semua tempat yang akan dihapgred. Tanda mana yang nak dipasang. Settle semua.

Stray cats

Imej
Pagi tadi masa keluar umah nak idupkan enjin keter, hidung aku dah terbau something. Kucing mana lak wat projek ni. Sesambil mata aku dok melilau cari kat mana la kucing ni muntah lak ni, telinga aku tetiba terdengar bunyi anak kucing mengiau. Ler sapa lak yang beranak ni. Setau aku kucing aku takde yang mengandung pun. Sekali check, ini dah kucin remaja nih. Sapa lak yang buang kat sini lak ni. Mulut aku terus membebel. Last-last atuk bagitau. Semalam masa balik, kat area skudai sana tu; dia ternampak orang buang anak kucing ni betul-betul tepi jalan. Pasal kesian dan takut-takut semua mati kucing jer (katak mati katak la kan) atuk angkut wak balik sumer sekali. Tu ler alkisahnyer. Mentang-mentang la semua hitong-hitong, semua dibuang. Hampes tul makhluk yang buang kucin-kucin ni.

Iqa juara lagi

Imej
Tahun ni sekolah mama buat Hari Kokurikulum lagi. Tapi kali ni abah tak dapat join pasal bawak bebudak dia gi Scout JB X. Pertandingan mula jam 8.30 pagi, tapi mama tak perasan. Iqa masuk lam pukul 9.30 pagi. Sib baik sempat Iqa kaler sampai siap. Teacher tu pun bagi Iqa masa tambahan 10 minit. Alhamdulillah, Iqa menang nombor satu lagi. Seronoknya.

Ucu's YPJ 12th Convocation

Imej
Congrat untuk Ucu. Hari ni Ucu dapat scroll dia. Iqa, adik, mama dan abah sumer tak dapat ikut. Iqa sama adik sama mama pergi sekolah mama. Ada hari kantin. Iqa nyanyi dan masuk pertandingan kaler. Iqa dapat nombor satu. Abah gi bawak bebudak pengakap dia. Apapun.. Tahniah pada Ucu.. >> see more pic

Majlis pelancaran Scout JBX

Imej
Pagi ni kena bawak budak ke Taman Merdeka. Ala.. yang sebelah JB Katering tu. Ada pelancaran Scout JBX ler pulak. Kira ni scout tahap extreme ler ni. Sesampai jer, semua da berkumpul tengah padang. Cam biasa terus keluar kamera. Sapa tak kenal aku cam bini aku cakap. Kalau takde kamera sebelah, tu bukan aku ler tu. Bodoh-bodoh kamera henpon pun jadi. Lepak borak-borak ngan Tajul. Pastu majlis mula. Kira OK ler. Masalahnya.. aku tak larat nak nulis la pulak. Tengok jer ler foto montaj ni.. Foto Montaj

Influenza A (H1N1)

Imej
Pening aku pagi ni. Banyaknya budak demam. Bila tanya kenapa datang juga. Jawabnya mak suruh. Mak dia ni tak baca surat khabar ka? Tak tengok TV ka? Kan dah cakap kalau ada tanda-tanda jangan datang sekolah. Kang tak pepasal lagi ramai yang kena. Pening-pening. Pagi tadi jer dah hantar lam 4 orang. Balik semula ke sekolah. Check makmal, borak-borak jap ngan orang Jabatan dah sapai masa nak bukak Pusat Akses. Sekali lalu pejabat GB panggil. Haiih.. Ada lagi 4. Yang sorang ni memang teruk tul batuk dan demamnya. Ish ish ish. Sekali tanya siap ada MC lagi. Apasal yang ko datang sekolah ni. Susah tul la. Lepas jer hantar bebudak ni balik, orang Jabatan lak kenen-kenen aku. Haii.. Sibuk nampak. Teruk ker. Tak aah. Biasa-biasa jer. Dengor kawasan ni dah dua orang kena. Ye ke. Hish. Mintak simpang la.. Apa tanda-tanda kena jangkitan ni. Simptom-simptom Influenza A (H1N1) 1. Demam dengan suhu mencapai 38 darjah celcius 2. Batuk 3. Selsema 4. Sakit tekak 5. Sakit badan 6. Pening kepala 7. Munta

GI Joe

Imej
Hmmmmm.. Memang cool tul la tengok gazet GI Joe kat TV tiap-tiap hari. Yang aku tak tahan sebenornya watak ni. Snake Eyes. Dari memula katun GI Joe dulu lagi memang tengok pasal ada watak dia jer.. Sooo coool. Tapi ntahlah kan. Cammana la rupa citer ni. Jangan jadi macam lelain citer yang berasal dari katun dah la. Dah bertong-tong caci maki aku untuk citer Transformer 2, Dragonball, etc. Sumer cam hampeh. Ni pun ada gaya-gaya hampeh gak nampaknya. Cuma Snake Eyes tetap menjadi pojaan hatikuuuu.. (sila ikut gaya Ajis Seniman Bujang Lapok) Mari tengok cammana rupa snake eyes jaman dedulu.. Ni masa memula dulu dia kuar. Lelama memang dia diubah penampilan ala-ala imejnya sekarang ni. Yang paling aku suka masa dia wat crossover Transformer ngan GI Joe. Masa tu memang mantop tul watak Snake Eyes.

Preventive precaution - H1N1

Imej
Waaa.. Apa sudah jadi.. Semua sudah jadi ninja ka? Manyak terel ooo.. Masing-masing masih tak leh pandang muka memasing. Pantang tengok, ketawa; toleh kanan, ketawa lagi. Bukan apa masih tak biasa lagi. Lama-lama OK la kan. Yang bestnya, aku pun kena pakai jugak. Hahaha Foto montaj

Kereta tersadai??

Imej
Kereta tersadai?? Apa tindakan korang kalau korang nampak kereta tersadai jer kat tepi jalan. Tepi hutan lak tu. Dah la tu, dah dekat dua minggu dah. Aku pagi tadi suruh jer mama amik kan gambo masa kita bypass keter tu. Tapi blur abis la. Cuma aku ingat tul nombor plat dia JAL 905. Kereta ni tersadai dekat jalan berselekoh selepas kebun orkid lima kedai. Pelik tul.. Apa patut buat ye..?

Testing Maha Powerex MH-C801D

Imej
Kelakarkan. Aku dah beli bende ni dua kali. Dua-dua ngan shashinki. Maha Powerex MH-C801D. Yang powernya, dia caj bateri 1 jam jer. Kalau pakai soft caj 2 jam. Macamana aku dah beli dua tapi dua-dua bukan kat aku. Pasal, satu aku beli untuk cyber brigade KUSESS dulu. Satu lagi ni untuk team aku kat JB. So, bukan untuk personal la. Aku nyer dah lama dah. Dari tahun 2004 lagi. Kicik saja, cuma dia ada charger kereta. Itu aje lebihnya.. Klik cerita penuh untuk tengok upacara pecah pelastik. Aku siap test untuk bateri powerex aku lagi. OK lak bateri ni. Hari tu cam dah kong 2. Pelik-pelik. Kan tak pasal-pasal aku kena beli Imedeon ni.. Foto montaj