Influenza A (H1N1)



Pening aku pagi ni. Banyaknya budak demam. Bila tanya kenapa datang juga. Jawabnya mak suruh. Mak dia ni tak baca surat khabar ka? Tak tengok TV ka? Kan dah cakap kalau ada tanda-tanda jangan datang sekolah. Kang tak pepasal lagi ramai yang kena. Pening-pening. Pagi tadi jer dah hantar lam 4 orang. Balik semula ke sekolah. Check makmal, borak-borak jap ngan orang Jabatan dah sapai masa nak bukak Pusat Akses. Sekali lalu pejabat GB panggil. Haiih.. Ada lagi 4. Yang sorang ni memang teruk tul batuk dan demamnya. Ish ish ish. Sekali tanya siap ada MC lagi. Apasal yang ko datang sekolah ni. Susah tul la.

Lepas jer hantar bebudak ni balik, orang Jabatan lak kenen-kenen aku. Haii.. Sibuk nampak. Teruk ker. Tak aah. Biasa-biasa jer. Dengor kawasan ni dah dua orang kena. Ye ke. Hish. Mintak simpang la..

Apa tanda-tanda kena jangkitan ni.

Simptom-simptom Influenza A (H1N1)

1. Demam dengan suhu mencapai 38 darjah celcius
2. Batuk
3. Selsema
4. Sakit tekak
5. Sakit badan
6. Pening kepala
7. Muntah-muntah

Kalau dah ada simptom camni, dok jer la kat rumah tu. Tak yah gi memana. Gi spital atau dok menyendiri lam rumah jer. Yang dok kuar cari pasal lagi kenapa. Pastu pakai topeng muka. Bukannya kita nak kata pakai tu boleh tak kena, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk mengelakkan H1N1 ni kan..

Check laman web rasmi H1N1

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Ulasan

nurain rodze berkata…
na wt cm ne klu dah mak yg suruh g skola?
huhuhuhuh.
nurain rodze berkata…
na wt cm ne klu dah mak yg suruh g skola?
huhuhuhuh.

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP