Catatan

Lightsphere Chrome Dome

Imej
Benda ni dah lama dah ada. Aku nengok lam bideo Gary Fong. Cuma bebaru ni bila ucu beli bateri AAA untuk trigger Phottic dia, aku tumpang sekaki la beli Chrome Dome ni. Bukannya apa, sesaja nak cukupkan RM50 kan. Dari aku balik tadi aku letak jer dia kat atas Lightsphere aku. Tak larat la nak buat apa-apa. Tetambah aku dah minum ubat batuk lak tu memang layan tido la. Malam ni baru aku ada masa nak test dia. Aku wat setting biasa-biasa jer untuk amik gambo mender. Tapi memang aku tak setting bebetul sangat pun. Just sekadar nak tengok beza dia jer. Apature taruk 5.6 Shutter taruk 1/250 Iso taruk 400 Flash kasik off shoe, taruk lightsphere Setting flash pada kamera TTL jer Memula bukak penutup biasa lightsphere. Gantikan Chrome dome kat situ Mari kita menembak. Cuba nengok apa la beza pakai chrome dome ngan lightsphere sahaja. Lightsphere sahaja Lightsphere + chrome dome Nampak betulla. Dia memang double the power. Cahaya di belakang nampak lebih dari tanpa chrome dome. Kira boleh la.

Outstation. Again??!?

Imej
Hai.. Tak sampai seminggu, outstation lagi. Kali ni 3 hari kat Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang untuk ambik gambar program Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan. Esok pepagi dah nak kumpul kat Pusat Kokurikulum sebelum bergerak ke Resort. Dengarnya wakil Sarawak dah sampai dah pun lam kul 4 petang tadi. Tak kisah la. Esok baru mula kerja. Kalau tak hapdet lam masa terdekat maknanya aku tak dapat online ler yer... ps: Yang bestnya.. banyak lagi kerja yang masih aku lum selesai.. dari sistem DOS, bab AKS; hinggalah ke layout blog aku ni. Korang tak perasan ke betapa peliknye aku nyer layout sekarang ni. Bab sidebar tu la.. Bengong tul

Taman Merdeka Johor

Imej
Hari ni kaau ikut nak gi Tebrau City nengok wayang, tapi atuk dah kasi la pulak DVD Transformer 2, so tunggu minggu depan jer la for Ice Age 3. Pastu mama terus suggest pi makan kat JB Katering. So, apa tunggu lagi; off we go to Taman Merdeka... Dalam kereta, iqa senyap jer. Adik dia siap terlelap lagi. Sampai jer Taman Merdeka terus Iqa meluru keluar. Pening kepala rupanya. Nak muntah la tu. Pastu kitaorang terus jer pergi JB Katering sebelah tu jer. Boleh tahan la. Harga yang diberi RM12 sorang. Iqa kena RM7 jer. Adik free. So, makan jer ler selagi mampu kan. Aku makan nasi beriani jer, pastu makan rojak, pastu makan mee rebus, pastu makan kuih, pastu makan ayam, pastu perabis ais krim iqa ngan adik yang tak abis. Pas makan terus mama ajak masuk taman merdeka. Kitaorang asyik dok nengok dari luar jer. Hari ni memng nak masuk dalam. Nak nengok apa yang ada kan. Rupanya banyak jugak benda lam ni. Dan aku baru tahu sebab apa dinamakan Taman Merdeka. Dalam ni dibuat tempat-tempat khas u

Pepagi lagi dah main

Imej
Abah! Abah! Bangun la. Tengok apa mainan baru adik atuk belikan. Pet pot, pet pot. Mainan dia bunyi. Atuk baru belikan adik mainan itik. Siap boleh bunyi bila tekan-tekan kat dalam. Dah la tu, siap jelir lidah lagi. Iqa lak tak habis-habis ngan congkak dia. Penat tu nak layan... Yang best masa ni bateri flash aku dah abesshhh.. Bateri imedion baru jer aku charge. Hahahahaha

Data Operasi SBP v1.0

Imej
Haa.. Akhirnya siap gak buat DOS ni. Pakai excel jer. Guru ngan enrolmen dah settle, cuma masih perlu buat pilot kat beberapa SBP untuk kesahihan data. AKS masih perlu aku halusi norma dia. Takpe, slow-slow la. Balik lam kul 11.40 malam gak. Dan sekali lagi aku meredah jalan sunyi Gelang Patah untuk pulang. Esok aku enjoyyyy...

Here come my new rechargeable batteries

Imej
Lama tul aku pakai bateri Maha Powerex. Dari tahun 2005. Last-last bebaru ni masa charge dia detect 2 bijik dah rosak. Camno. Amik gambo kawin pakai bateri biasa ajer la. Aku beli lam 6 set 4-4 bijik bateri. Hari ni baru sampai order aku dari Shashinki. Tapi Maha dah takde untuk AA, terpakso la den boli Imedeon ni. Satu set 4 biji dia juai RM50, aku beli 3 set share ngan Cha; dapat lam RM135. OK la tu. Harap-harap sepower Maha la jugak. Aminnn... Tapi nanti lepas balik dari wat data DOS baru aku nak belek. Sekarang aku nak numpu buat data DOS dulu..

Hari Terbuka SKTTA

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang Tempat : Kelas Hari terbuka SKTTA merupakan hari bertemu pelanggan dan pengambilan buku rekod pelajar. Ibu bapa akan ke kelas anak masing-masing untuk mengambil keputusan dan berbincang berkenaan anaknya dengan guru kelas masing-masing.

Jualan Amal Badan Kebajikan

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 9.50 - 12.00 pagi Tempat : Kantin Sekolah Bertempat di kantin; dengan mengambil kesempatan atas Hari Terbuka, Badan Kebajikan SKTTA telah menganjurkan satu jualan amal bertempat di Kantin Sekolah. Antara yang terlibat di dalam jualan ini adalah Badan Kebajikan dan Badan Bilik Guru.

Mutiara Harapan

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Mutiara Harapan merupakan satu majlis untuk memberitahu ibu bapa secara rasmi bahawa anaknya merupakan calon harapan 5A sekolah. Majlis ini juga merupakan satu platform perbincangan diantara ibu bapa terlibat dengan guru dan pentadbir SKTTA mengenai anak-anak terpilih ini.

2 kejutan besar dunia hiburan hari ini

Imej
Terkejut gak dengar berita pagi tadi. Tapi berita masa tu pun masih banyak was-wasnya. Dalam kul 10 pagi baru berita tu disahkan benar. 2 bintang yang memang besar dan gah namanya meninggal dunia hari ni. Michael Jackson, 50 tahun meninggal dunia atas masalah jantung manakala Farrah Fawcett, 62 tahun meninggal disebabkan barah. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com