Catatan

Geng the movie - Pengembaraan Bermula | A simple review by me

Imej
Geng the movie - Pengembaraan Bermula oleh Les' Copaque Apa-apapun tahniah kerana berjaya menjadikan filem animasi pertama terbitan tempatan ini menjadi tarikan kepada semua. Memang betul-betul nyer tarikan kerana setelah hampir 10 tahun aku tak pergi pawagam, aku leh pergi ke TGV bersama seisi keluarga lagi. Cerita berkisar lebih kepada Rajoo, Badrul dan Lim serta pertemuan mereka dengan Oopet. Kisah bermula pasal Badrul ngan Lim yang nak balik kampung pasal nak makan durian. Semasa menunggu durian tetiba durian yang jatuh hilang. Dan di sinilah ceritanya bermula. Perkembangan cerita memang menarik. Timbulnya Oopet dan perkaitan hantu durian. Cerita dia simple, boleh kata terpaku gak ler mengikuti jalan cerita; walaupun aku dah boleh agak sikit-sikit jalan cerita dia, sapa yang jadi bandit n what so ever. Bini aku pun asik dok tanya aku. Aku pulak dok cerita macam aku dah tengok lak cerita ni. Pelik gak kan. Watak Upin dan Ipin cuma tempelan jer. Kat situ yang jadi sedih sikit tu

TGV Tebrau City

Imej
Iqa ngan adik dok sibuk sangat nak tengok upin dan ipin kat wayang. So hari ni aku bawak jer diaorang gi Jusco Tebrau City. Aku dah booking awal-awal semalam. 3 seat dewasa 2 seat kekanak. Tayangan lam kum 5.30 pm. Aku perabis lu setting AP, hanto emel kat GITN dan sebagainya. Lam kul 4 aku bertolak dari sekolah. Sekali jam boleh tahan la kat Lebuhraya pasir gudang tu. Bengkerk gak ler kepala ni. Sampai jer kat sana terus gi ambik tiket. Kena RM 42. Layan jer ler. Panggung dia leh tahan la. Sejuk mak datuk. Semua dah tak tahan dah ni. Keluar jer dari panggung gi cari makan. Mama cam biasa pilih Hutan Bandar. Sukati la. Layann... Sampai rumah semua terbongkang.. Review is coming sooon.. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Hazim?? Che'gu Romlie??

Imej
Waa... Hari ni aku memang sesangat penat.. Semalam sibuk ngan majlis kat MPC. Balik dah lewat pasal nunggu ayang hias khemah rumah sukan dia. Malam sibuk dok nengok balik foto majlis. Tido dah lewat sengsangat. Nak tido pun tak boleh sebab mata dah tak boleh nak lelap. Tu yang siap haplod sekali tu.. Lebih kurang kul 3 - 4 aku masih sengkang mata. 5 - 6 tidor-tidor jaga. Sesambil dok haplod. Pagi ni haru biru la. Sekali lam kul 9 nampak si hazim masuk kantin nak makan. Humang aiii.. ini stail che'gu Romlie ni kata si Faera. Si hazim leh sporting lak tu posing maut depan kamera phone aku. Aku pun ngan selamba mengklik-klik.. Sempoi la ko..   Kul 12 call En. Mail. Bincang serba sikit pasal kursus Senin nanti. Petang ni aku kena setup AP gak nih.. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Sejenak di Mutiara Rini 2

Imej
Dah habis sumer kerja, pergi ke Mutiara Rini 2. Seperti biasa jemput orang rumah. Terkejut dia tengok aku dah sampai. Diaorang masih dok hias khemah. Layan la kejap. Sesambil tu tangan dok nyibuk klik-klik.     Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Majlis Perhimpunan Bulanan PPD Johor Bahru

Imej
Majlis Perhimpunan Bulanan PPD Johor Bahru dijalankan bertempat di MPC Wilayah Selatan, Johor Bahru. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini menghimpunkan seluruh pentadbir sekolah di daerah Johor Bahru. Selepas taklimat daripada tuan PPD, beliau telah menyempurnakan majlis pelancaran Budaya Caring & Friendly. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah dan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas.   Sejurus selepas rehat, majlis diteruskan dengan taklimat dan sesi dialog bersama wakil dari Irda dan Celcom. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com