Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan

Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E. Seriously. Memang cafe terbaeekkk!!!! kat sini. Pelbagai pilihan makanan ada kat sini. Biasanya bila ada meeting di Parcel E, memang sini lah tempat tumpuan sarapan. Sempatlah makan bersama mantan bos sepagi. Hehehe. Haisshhh. Gego tangan ngambik wefie la pulak.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya. Port makan malam biasa kalau aku turun ke Putrajaya. Macam macam ada! Memula ingat nak makan beefsteak, pas tu tukau pikiran makan bihun sup utara. Bukan senang nak makan benda lagu ni. Teruih order dan gebang pakai slang sama dengan pekedai. Layan. Semua best kat sini. Siap tambah roti john spesel. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya. Petang pertama lagi dah sampai sini. Ayer 8. Apa lagi kalau bukan nasi lemak royale. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Grobok Salai, Pedas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Grobok Salai, Pedas. Singgah late lunch kat sini. Orang punya la ramai. Pergghhhh. Beratur panjang tu. Sib baik ada team busker klasik kat tepi tu. Nyanyian merdu deme sekurang-kurangnya dapat menenangkan kami yang dalam kelaparan ni. Dari ipoh jam 12 tengah hari tengah berkeroncong perut minta diisi. Tapi memang laju la. Ngam ngam. Dapat ja makan, dapat meja. Alhamdulillah. Memang terbaeekkk!!!! daging salai dia. Wakakaka.

Jenjalan Cari Makan : Miker Food

Imej
Jenjalan Cari Makan : Miker Food. Kami ke Ritz Garden untuk check in. Sempat la melayan movie kat movie room dia sementara nunggukan yang lain semua berkumpul. Mana nak makan malam ni. Masuk coaster baru gugel tau. At last dapat la Miker Food ni. Perghhh. Layan aje la kan. Dari jauh nampak orang punya la ramai. Menonong je ke depan. Abam ensem panggil. Meh tulih nama dulu. Siap kena tulih berapa ramai. Dia akan susun ikut kekosongan nanti. Sementara tu. Duduk la dulu nunggu giliran kami. Mana la kami nak tau penangan gini. Hahaha. Makin lama makin ramai. Semua pakat nulih ja. Sesambil dok borak memasing dok tengok je abam ensem tadi dok panggil ikut giliran dan kekosongan. Dia datang kat kami. Dok luar boleh? Boleh aje la. Dah lapar kot. Dapat la tempat kat bawah canvas, lam gelap. Amik order pakai lampu henpon je. Memasing order ikut selera memasing. Aku yang tengah kemaruk mee goreng pun order mee goreng aje cam biasa. Tak lama jugak la nunggu makanan sampai. Lagi lama kami nunggu

Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung Nusajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung Nusajaya. Singgah jap on the way back. Ici nak beli tanah liat. Nak main number block katanya. Alang-alang, mama beli cheese cake dan aku beli peria crispy. Memang best. Minggu lepas makan tester ja. Memang best. Minggu ni tapau. Bazar ni ada hari jemaat ja sebelah petang sampai malam.

Jenjalan Cari Makan : Pasar Segar Pendas Laut

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pasar Segar Pendas Laut. Singgah ke Pasar Segar Pendas Laut. Kalau ikut, malas nak turun. Jaga kaki, pasal esok nak gi Ipoh. At last. Turun jugak lepas gi parking kat port biasa. Layan aje la. Sesekali. Banyak juga dapatan kali ni.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Jamaliah, Taman Nusa Perintis

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Jamaliah, Taman Nusa Perintis. Alhamdulillah dapat singgah sarap sini. Masih dalam mood mee goreng. Banyak pilihan makanan. Mama siap tapau kuih muih untuk student kelas tambahan gitu.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam. Balik dari Batu Pahat, mama ajak keluar jap. Kebetulan ada kat area ni, memang amik keputusan untuk singgah try. Suasana memang kondusif. Retro gitu. Dia dah siapkan pakej ikut set. Order aje set yang tersedia. Boleh tahan juga rasa dia. Tomyam seafood sangat meriah dan penuh dengan hasil laut. Lala sambal power. Siakap pun ngam. Mama paksa aku jamah siakap ni. Memang boleh return lagi. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ganja Selatan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ganja Selatan. Sempat singgah lunch jap kat sini. Kebetulan berada berdekatan dengan lokasi Jelajah Pendidikan KPM di Johor kelak. Bersama dengan team UKK. Sambil makan, sambil bincang strategi dan pengisian nanti. Aku pilih untuk makan daging kali ni. Nak kata superb tu idak sampai lagi, tapi pada aku ok la. Boleh la singgah sini kalau ke Batu Pahat.

Jenjalan Cari Makan : Padang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Padang. Hari yang agak tak keruan. Perasaan susah nak gambar. Tensen ada. Boring ada. Ikut si farrah meronda jap. Nak ke Padang katanya. Ikut. Nak juga tau kan tempat deme. Jumpa kak Zi yang ada kursus katanya kat atas. Juga nak turun lunch. sempat borak borak jap lam lif on the way turun. Sampai ke padang. Leh tahan. Banyak gerai. Pelbagai pilihan. Beli tapau makan kat pantry aje. Best!

Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur. Tempat paling best nak tapau sarap. Just name it. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak. Tapau nasi lemak, mee goreng dan mihun soto. Si iqi ngan ici nak makan mihun la pulak. Layan aje.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Anjung Selatan, BBU

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Anjung Selatan, BBU. Eating out kat sini lewat petang. Mulanya ici nak makan ayam. Sekali mama dah suap bawal, hmmmmm. Terus layan bawal beb!

Jenjalan Cari Makan : Boat Noodle @ Teh O Ais 50 Sen

Imej
Jenjalan Cari Makan : Boat Noodle @ Teh O Ais 50 Sen. Singgah jap kat sini makan malam. Boleh tahan. Aku makan boat noodle ayam. Mama makan mihun tomyam siap udang wooo. Siap amik dessert pisang mender ntah siap ada aiskrim weh. Ici suka minum teh laici. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Sudut Selera Sri Cempaka, Medan Selera Taman Cempaka

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sudut Selera Sri Cempaka, Medan Selera Taman Cempaka. Selesai mengharung jem yang memenatkan, kami amik keputusan untuk makan tengah hari kat sini. Memang marbeles. Harga murah. Makanan sedap, kena dengan selera. Banyak pilihan. Siap ada nyanyian merdu dari group Blind OKU Busker gitu. Marbeles.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar. Singgah jap napau nasi kukus ayam berempah kat sini. Sempat juga belikan chicken chop untuk si iqi. Nyambil nunggu kami kunyah kunyah jap. Sekali mama boleh pulak terasa nak makan telur separuh masak. Kekeke. First time makan kat kedai nih, mana la tau lepas order terus kena bawak sekali bekas dia ke meja. Ni kelako. Setakat gini selalu buat sendiri aje kat rumah. Layan aje la. Abam oren pun serba salah nengokkan dari bawah meja.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Sirr D'Rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Sirr D'Rina. Makan tengah hari kat sini. Mus macam biasa la. Segala kaki ayam dikautnya. Aku cam biasa la. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Black Cabin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Black Cabin @ Nasi Lemak Abang. Dari petang Khamis sampai la ke petang Jemaat aku dok ngadap tugasan aje depan PC. Setel urusan ajak semua makan luar malam tu. Kebetulan iqa pun balik bermalam kan. Asyik dok ngadap pc ja apa nak jadi kan. So. Kami ke Black Cabin malam ni. Senang cerita sini dia sediakan makanan fusion. Ada western. Ada masakan asia. Apa lagi. Pakat  mengorder la. Yang mama dengan char koey teow. Angah ngan Yee Mee. Aku dan iqi memasing amik chicken chop. Iqa dan ici makan mushroom soup, meatball dan fries. Portion agak besar. Memasing hampir tak berjaya nak habiskan part memasing. At last pakat bertukar tukar juadah. Alhamdulillah. Hanya tinggal fries aje. Tu pun kami bawak balik. Len kali dah tau. Sepinggan tu dua orang pun boleh makan dengan kenyang. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Lontong Warisan Haji Salim

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lontong Warisan Haji Salim. Singgah sarap jap kat sini. Soto yang best kat sini. Ada lontong dan asam pedas. Memang layan la. Kucen. Manja siap makan nak bersuap. Kah!

Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Kuey Teow, Nusa Sentral

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Kuey Teow, Nusa Sentral. Lepak kat sini makan char koey teow. Jangan tanya pasal aku nyer sebab aku amik yang kosong abih. Memang marbeles. Leh return lagi ni. Iqi dan ici siap tambah makan burger lagi. Yok. Cuma lepas ni aku lebih prefer bungkus makan kat umah.