The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat

عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِأُمَّهَاتِكُمْ ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِآبَائِكُمْ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِالْأَقْرَبِ فَالْأَقْرَبِ

Daripada Al Miqdam bin Ma'dikarib, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewasiatkan kalian supaya berbakti kepada ibu-ibu kalian, baginda mengucapkan hingga tiga kali. Sesungguhnya Allah telah mewasiatkan kepada kamu agar berbakti kepada bapa-bapa kalian, berbakti kepada kaum kerabat kalian, lalu kepada kerabat yang lebih dekat lagi." 

(Sunan Ibnu Majah No: 3651) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik dan berbakti mengikut keutamaan:

a.  Berbuat baik dan berbakti dengan ibu 

b.  Berbuat baik dan berbakti dengan bapa

c.  Berbuat baik dan berbakti dengan kaum kerabat yang dekat

d.  Berbuat baik dan berbakti dengan  kaum kerabat yang jauh

2.  Menjadi tanggungjawab setiap anak untuk berbuat baik kepada ibu terlebih dahulu.

3.  Menurut Al-Qurthubi: “Hadis tersebut menunjukkan bahawa kecintaan dan kasih sayang terhadap seorang ibu, harus tiga kali ganda besarnya dibandingkan terhadap seorang ayah. Nabi SAW menyebutkan kata ibu sebanyak tiga kali, sementara kata ayah hanya satu kali. Ini disebabkan kesulitan si ibu semasa mengandung, kesulitan ketika melahirkan, dan kesusahan menyusuinya yang mana seorang ayah tidak memilikinya. (Lihat Tafsir Al-Qurthubi X : 239). 

4.  Berbuat baik juga dituntut kepada bapa, kerabat terdekat seperti adik beradik, datok dan nenek juga kerabat yang jauh seperti sepupu dan lain-lain.

Moga kita sentiasa berbuat baik dan berbakti.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

22hb Dis  2022
27hb Jamadil Awal 1444H
https://youtube.com/shorts/-7YxLfYoths
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam