The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Jauh Dari Pelbagai Keburukan


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Jauh Dari Pelbagai Keburukan

وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ 

Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. 

(Sunan Tirmidzi no 3591) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan agar dijauhi daripada sesuatu yang buruk.

2. Dalam kehidupan kita, pelbagai akhlak buruk, amal buruk, nafsu buruk serta penyakit berat yang mungkin akan menjadi tabiat dan dimiliki oleh seseorang. 

3. Rasulullah SAW mengajar kita agar memohon untuk dijauhi dan jangan didekatkan dengan:

a. Akhlak buruk seperti sifat sombong, hasad, dengki, kedekut, suka berburuk sangka dan sebagainya.

b.  Amal buruk yang berkaitan dengan anggota tubuh, seperti perbuatan buruk berkaitan lisan, dan tulisan, suka mencaci, suka mencela, memukul orang, membunuh, berzina, merompak dan pelbagai dosa besar.

c. Hawa nafsu yang buruk akan menjerumuskan seseorang kepada perkara yang membinasakan, menjadikan seseorang berani untuk melakukan dosa. Firman Allah :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Terangkanlah kepadaku bagaimana tentang seorang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya?” (Al Jatsiyah: 23)

d. Penyakit berat yang memudaratkan dan merbahaya seperti kanser, HIV, jantung, strok dan sebagainya. 

4. Namun Rasulullah SAW tidaklah memohon berlindung dengan semua penyakit secara mutlak, kerana ada sebahagian penyakit yang memang bermanfaat. Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang Muslim ditimpa dengan keletihan, penyakit, kekhawatiran (sesuatu yang akan menimpa di kemudian hari), kesedihan, demikian juga gangguan dari orang lain, kegelisahan hati, hingga duri yang menusuknya, kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya.” (HR Bukhari no 5210)

5. Marilah kita amalkan doa agar dijauhi akhlak yang buruk, amalan yang memudaratkan, hawa nafsu yang buruk serta penyakit-penyakit yang berat:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ
وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat 

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Sept  2022
30hb Safar 1444H
https://youtube.com/shorts/-HE0Xi4_Zqw
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam