Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 12


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 12. Hari ni hari last PKPB. Mulai esok dah mula PKP Pemulihan. Ada sedikit kelonggaran kepada beberapa sektor tambahan. Masa gi ofis tadi pun dah mula nampak gerai gerai dah mula dibuka. Sempat la kongsi rezeki sikit dengan penjaja yang ada. Petrol Routine for Livina barsambung semula. Petronas Jalan Tun Razak. RM58.58 for 39.579l petrol meliputi perjalanan sejauh 524.9 km. Pakai app Setel sepenuhnya. Minggu ni hampir semua barangan shopee yang ditempah dah mula sampai. Tinggal satu je lagi beyblade iqi lum sampai. Kami juga dah mula travel sampai ke KIPMall untuk beli barang basah. Quite OK dari segi pematuhan SOP nya. Dapat la makan ok sikit kan. Ada pulut kuning juga meraikan iqi dah khatam quran dan selesainya puasa sunat. PM juga buat dua kali press conference yang membuka kepada PKPP ni. Makanya kami di sektor pendidikan pun dah mula sibuk dengan persediaan berdasarkan garis panduan yang diedarkan. Paling tak best bila penyakit aku kembali pada hari ahad tu. Alamak. Lama ni tak kena cam ni. Paling tak best bila nak tunggu klinik buka. Nahan perit dari jam 4 pagi. Ni semua kes gotong royong semalamnya kes kebudak kucen tu la. Aku pulak bila dah buat benda memang sampai lupa diri. Dah mula bawak ke sengal sengal dan at last pagi buta terus aku tokleh luruskan kaki. Sama cam kes aku masuk MRI kat puteri dulu. Cuma kali ni dah serik, aku tak tunggu lama. Sebelum sampai tokleh jalan macam dulu kena cari solution. Tak sanggup masuk wad lagi. Tetambah bab MRI tu. Alhamdulillah Isnin tu dah OK sikit. Slow slow jalan. Siap kena gunting rambut ngan mama lagi. Layan. Actually doc nak suruh aku sambung cuti tapi amik sehari aje la. Banyak kerja bakal tertangguh kalau aku teruskan. Hari ni macam biasa sambung bengkel fokus dengan sektor tersenarai. Ada baki lagi untuk sesi esok. Banyak nak kena bantu ni. Balik. Baru rasa lenguh. Hahahaha. Ni la masalah sebenar aku. Bila buat something, aku akan lupa diri. Ntah camne nak ubah. Penutup. Graf memang nampak baik sangat sebagai penutup PKPB ni. Kalau tengok trend cantik. Johor pun dah tinggal 3 ja lagi kes aktif. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya.

lagi barangan shopee tiba




yok gi KIPMall












lagi pengumuman penting dari PM

juga dari KPM

makan besar sikit kami



hari sabtu yang cemerlang


lupa diri jap mengurus hal ehwal kucen



kebudaks yang bertanggungjawab


siap kena gigit beb

ni meme aku pelik. main mesti nak berdiri duk depan tv

nak kena betulkan semula

lagi barangan shopee


makan malam tu

dan kaki dah mula sengal

hurrmmmm


masak la pesakit ja leh masuk. mama snap aku slow slow jenjalan masuk


tq mama

singgah tapau sarap gitu


lalok lepas makan ubat sambil layan baju rasmi sepatutnya hari ni 


terbangun

layan berita jap

sarip dol yang garang ni


lepak ngan naqiu





lagi pengumuman pm, berita baik untuk semua

daulat tuanku

ni mak sarip dol yang banyak nak kena ajo ni



sesi gunting rambut bermula







singgah jap kongsi rezeki

makan kat port lama hasil jemputan integriti masa lunch tadi

sesi tapau minyak



graf penutup pkpb


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam