Jenjalan Cuti Khas


Jenjalan Cuti Khas. Alhamdulillah. Hari ni kita semua cuti sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. Daulat Tuanku. Dari pagi sampai tengah hari kami duduk depan TV menyaksikan detik bersejarah negara kita Malaysia. Lepas zohor kami mula melaksanakan perancangan yang dah dibuat daripada semalam, jenjalan. First of all kita cari makan dulu la. Isi perut dulu. Memang nak makan seafood. Call Damai, tutup. Call Rahmat. Tak jawab. Call Saujana, pun tak jawab. Masuk kereta, rahmat call semula. OK. Buka hari ni. Gerak ke Pendas la kita ya. Sekali on the way, Saujana call. Mama terus ajak lepak sini. Dah lama tak gi kan. Memang best. Angin sepoi sepoi yang tak kunjung putus menyambut kehadiran kami. amik order set untuk 5 orang. Tambah ayam sambal untuk aku dan mee goreng untuk iqi. Sekali sampai. Mak aih. Tak terabih kitaorang makan. Kebudaks dok belasah buah je. Mempelam terus abis gitu je. Dapat la makan belimbing. Tau apa set untuk 5 orang ni? Ketam Black Pepper 3 ekor, Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Udang Goreng Butter, Sotong Goreng Tepung, Sayur Capcai, Kailan Ikan Masin, dan 1 jag air limau ais. Untuk kami dah melimpah ruah dah tu. Penat gak nak perabih. Selesai kat sini sambung merayap lagi. Perling Mall. Sempat la kena tapau beyblade dengan budak jantan berdua tu. Angah, aku belikan screen protector dan cover henpon yang dah lama aku janjikan. Siap borong selipar dan beg yang murah kat perling tu. Mama? Biarlah rahsia. Yang penting, hari ni semua enjoy. Sempat pulak tu mama jumpa ex-student dia dulu. Perjalanan cuti kali ni boleh aku katakan perjalanan nostalgia. Semua tempat ni dah lama kami tak pergi beb.

dah sampai saujana


yok kita masuk

laluan pun dah bersimen

sempat layan abam kera mengail lokan wehhh


sesi mengoder


snap snap jap sementara nunggu makanan

air surut



batch pertama makanan dah sampai


udang butter

kailan ikan masin

sayur capcai

tomyam campur

hamboihhh si ici ni


ayam sambal aku dah sampai

dah boleh mula dah ni


iqi baca doa makan


ketam black pepper dah sampai

angah ngan ikan siakapnya


dah selesai. alhamdulillah



sempat snap menu sebelum balik

yok posing dulu

we all

dah sampai perling mall

suasana baharu



beli eskrem jap



with ex-student, dah nak kahwin dah pun

sempat lagi menapau cool blog tu


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam