Bayaran khas penjawat awam RM400 untuk Gred 41 ke bawah


Bayaran khas penjawat awam RM400 untuk Gred 41 ke bawah. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beberapa keputusan penting jemaah Menteri termasuk persetujuan pemberian bayaran khas untuk penjawat awam, pesara kerajaan selain pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir yang diapit menteri-menteri kabinet mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

"6 Jun (akan dibayar)," katanya. Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.

Pada sidang media itu, Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu. "Memang berbeza, memang berbeza," katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.

Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa harga diesel dan petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran. Ketika ini, diesel dijual pada harga RM2.18 seliter, RON95 pada RM2.20 seliter manakala RON97 pada RM2.47 seliter.

Dalam sidang media yang sama, Dr Mahathir mengumumkan potongan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuh raya bagi tempoh dua hari sebelum 1 Syawal tahun ini. Turut diumumkan ialah perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 dari 14 Jun hingga 15 Julai di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi RTM secara percuma.

-- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam