PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ

Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa kehilangan solat asar, seolah-olah ia kehilangan keluarga dan hartanya." (HR Muslim No: 991) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

2.  Solat Asar antara solat yang sering dicuaikan pelaksanaanya. Ada orang yang disibukkan berniaga di pasar malam, ada yang berebut untuk pulang dari pejabat, tidak kurang yang seronok di padang permainan, hingga terlepas waktu asarnya.

3.  Orang yang meninggalkan solat asar dengan sengaja seolah-olah dia kehilangan ahli keluarga dan seluruh hartanya.

Ayuh pelihara solat kita terutama solat waktu asar kerana kelalaian mahupun kesibukan ketika waktu asar boleh menyebabkan solat Asar tidak dilaksanakan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

02hb Okt  2017
11hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam