Johor Premium Outlet


Simple jer nak gi sini. Masuk highway. Keluar ikut exit senai selatan. Lepas beberapa minit dah nampak jpo kat sebelah kiri. Pastu, setiap simpang korang belok kiri. Tak lama tu jumpa la bangunan ambik tiket parking dia.


Hari ni memang tak banyak kereta sangat. Senang senang dapat parking kat depan bangunan dia. Masuk parking, rm3 sekali masuk. Korang parking la seminit ka, lima minit ka, setahun ka. Kadar tetap sama. Kekeke


Masuk kawasan legar dia.. Perghhh.. tersusun la. Dia buat cam lot kedai ja. Tapi persekitaran cam luar negara la.


Ada kolam, ada kerusi tempat lepak. Cuma aku rasa tak cukup kot. Kena tambah lagi ni.


Beberapa kedai top macam coach jamin kena beratur. Aiyooo.. Panjang sentiasa. Toleh belakang.. Jap jer panjang barisan belakang aku ni ha..


Sampai turn aku kena tunggu lagi... tunggu ajer la.


Sempat lagi snap. Al maklum paling depan.. eksen ler sikit. Lepas aku snap ajer terus dapat masuk.. Harga dia makdatuk. 1k keatas. Berbaloi la dapat rasa dan ramas kan.


Merayau lagi ke beberapa kedai. Kedai Bonia ni, bila aku masuk tengok line telepon hilang. Check tab, pun sama. Sahih diaorang pasang jammer lam kedai nih. Hampeh tul la...


Lagi kedai kena beratur. Aku tadak mood dah nak masuk mana mana kedai. boring la pasal suka no pakai jammer nih. baik aku snap kat luao jer.. leh checkin sekali kan


Nike pun leh tahan ramai pengunjungnyer


Gerai jajan yang paling glamer kat sini


Setabak pun ada gak kat sini..


Cuci mata jap kat carlo rino


Snap snap sambil dok pikio... pasal aku tak pernah dengar cotton up.. ker aku tau pakai jer


Rasa aku kedai ni paling cantik dia nyer scenery


Kedai yang paling aku minat. Tang harga ja aku tak minat


Kedai yang paling ramai pelanggan lelaki.. tahniah levi's


Kedai yang paling ramai orang bergambar depan dia... tahniah adidas ngan air pancut depan dia


Jap jer dah sampai balik ke ruang legar.. huhuhuhu


Lepas puas snap dan membeli baru boleh balik. Yihuu...
Beratur untuk bayar tiket parking. Snap sebelum masukkan tiket lam mesin balik.
Apapun, rasanya berbaloi jugak kot beli barang kat sini, sekiranya kita buat survey dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam