Catatan

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kehormatan Muslim

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kehormatan Muslim عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُوا الزَّكاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى الله تعالى  Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  (HR Bukhari No: 25) Status

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Agama Itu Nasihat

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Agama Itu Nasihat عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ  قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ Daripada Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW  bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Agama ini terletak pada  nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat. 2.  Ibnu Mubarak pernah ditanya: Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.   3.  Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhid

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghapuskan Kemungkaran dan Bidaah

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghapuskan Kemungkaran dan Bidaah عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ  . Daripada ummul Mukminin Ummu Abdullah Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya maka Ia adalah ditolak“.  (HR Bukhari no: 2550) Status Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. 2.  Perkara baru (bidaah) yang diada-adakan atau ditokok tambah, ubah suai atau pengurangan dalam urusan ibadat dan tiada sandaran di dalam syariat mestilah ditolak. 3.  Setiap amal ibadat yang di lakukan tidak diterima melainkan dengan niat yang ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. 4.  Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Manusia dan Kehidupan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Manusia dan Kehidupan عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بن مَسْعُود قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا Daripada Abdullah bin Masud mengatakan, telah menceritakan kepad

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rukun Islam

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rukun Islam عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Islam dibangunkan di atas lima (tiang); bersaksi tidak ada Ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan”. (HR Bukhari No: 7) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam dibangunkan atas lima  perkara iaitu rukun Islam yang terdiri daripada kalimah syahadah, Solat 5 waktu, zakat, puasa dan ibadat haji. 2.  Syahadah adalah satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati yang terhasil dari ilmu pengetahuan tentang pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya.

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Tunggak Agama: Islam, Iman dan Ihsan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Tunggak Agama: Islam, Iman dan Ihsan عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَا

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Biarkan Mukmin Direndahkan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Biarkan Mukmin  Direndahkan عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif dari bapaknya dari Nabi SAW baginda bersabda: "Barangsiapa yang di sampingnya ada seorang Mukmin yang direndahkan, lalu dia tidak menolongnya padahal dia mampu, nescaya Allah Azzawajalla akan merendahkannya di hadapan semua makhluk pada Hari Kiamat" (HR Ahmad No: 15416) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap Muslim dituntut memelihara hak persaudaraan dengan memiliki sifat berkasih sayang dan bersaling bantu dalam perkara kebenaran. 2.  Jika saudara Islam kita dizalimi, dianiaya atau diperlakukan dengan sesuatu yang buruk maka menjadi tanggungjawab kita untuk memb

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Masjid Al-Aqsa Masjid Kedua Dibina Di Muka Bumi

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Masjid Al-Aqsa Masjid Kedua Dibina Di Muka Bumi عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلُ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً وَأَيْنَمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلَاةُ فَصَلِّ فَهُوَ مَسْجِدٌ وَفِي حَدِيثِ أَبِي كَامِلٍ ثُمَّ حَيْثُمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلَاةُ فَصَلِّهْ فَإِنَّهُ مَسْجِدٌ Daripada Abu Dzarr RA dia berkata, "Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini?" Rasulullah SAW menjawab: "Masjid al-Haram" Saya bertanya lagi: "Kemudiannya?" Balas Rasulullah SAW: "Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak antara keduanya (tempoh binaan kedua-dua masjid ini)?" Balas Rasulullah SAW: "40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah, dan bumi (tanah)

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran  عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا  Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Bukhari No: 2843) Status Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Orang yang membantu mempersiapkan keperluan bagi orang yang berjihad di jalan Allah seperti menyediakan kenderaan, senjata serta barang keperluannya maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad. Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan, orang tersebut mendapat pahala dengan sebab perang.  2.  Orang yang membantu menjaga kebajikan ahli keluarga para mujahid seperti memenuhi keperluan mer

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Saudara Muslim

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Saudara Muslim عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman  (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". (HR Bukhari, no: 13) Status: Hadis Sahih Pengajaran:   1.  Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim dengan memuliakan, menghormati dan menyayangi mereka. 2.  Jika kita suka diri mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mengasihi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Ia adalah tanda kesempurnaan iman. 3.  Jika kita suka memperolehi nikmat dunia, kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya. 4.  Jangan sesekali kita memiliki sifat d