Catatan

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021

Imej
Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 dibuka melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020. 13 Disember. Singgah sebentar ke program sekolah ici. Norma baharu. Ala drivethrough gitu. Dah selesai pendidikan prasekolah ici. Tahun depan dah masuk sekolah. Terima kasih pada semua guru dan staf yang menjaga dan mengajar ici sepanjang berada di tadika kemas ni. Nampaknya aku aje la yang tak pernah ada sijil dan gambo graduasi prasekolah dalam keluarga kecik kami ni. Kekeke.

Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram

Imej
Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram. 12 Disember. Norma baharu. Nikah di Pusat Islam. Ada majlis sedikit di rumah Ucu. Saudara terdekat sahaja. Buat sedikit majlis doa selamat. Makan-makan dan sesi bergambar. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Meronda Wawasan

Imej
Meronda Wawasan. Cam biasa, bila ngurus data ni; masa tu memang kena urus dengan baik. Tengah dok nunggu data baharu siap dimuat turun, capai beskal dan meronda pagi dulu. Amik angin dan vitamin K sekali. Gerak ke belakang dulu dan terus ke depan. Sempat la snap snap mercu tanda sesambil meronda. Sampai rumah nengok dah ada penunggu kat kerusi kerja. Haiisshhhh!!! Nak kena duduk atas perut tu ehh!

Ici

Imej
Ici. Bila nengok balik gambo gambo ici, macam nengok balik si iqa masa kecik. Keletah dia. perangai dia. Kening and gigi. Semua remastered. Hehehe. Hari Ahad lepas ada hari terbuka kat tadika dia. Staggered. Amik result. Just nice. Pakai songkok mesti jambul ke depan juga.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021

Imej
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021. Muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas melalui pautan berikut :  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/2020-4/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020-penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-oleh-murid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021 Terpulang pada kita nak pakai samada warna hitam atau putih. Warna stoking pula mengikut warna kasut yang dipilih. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Coway Servis

Imej
Coway Servis. Pagi ni coway datang buat servis. Kali kedua. Dia akan servis untuk setiap dua bulan. So maknanya kami dah guna Coway untuk bulan keempat setelah penapis air lama tu rosak. Banyak juga aku dapat hasil borak borak santai ngan staf yang datang. Quite OK dan laju juga sebab kami memang pakai penapis air ourdoor juga hasil nasihat ejen penapis air lama dulu. Dapat la nengok rupa penapis tu dari dalam. Lagi satu, dapat la nengok orang lain serviskan berbanding dulu memang semua aku buat sendiri. Hehehe.

Leman Miko : Si Tidur Mati

Imej
Leman Miko : Si Tidur Mati. Bukan sesikit dia punya nyenyak. Ko boleh buat apa saja kat dia masa dia tido. Taruk lampu suluh pun takde efek beb. So aku buat gaya dia nyuluh. Lepak katil. Sambung tido lagi. Aku taruk pedang minecraft kebudaks ni. Layan jadi king arthur la pulak. Leman miko tul la.

SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021. Dapat mesej untuk pendaftaran Ici tahun depan. Sekolah buat secara drive thru. Dapat slot kedua jam 9.00 pagi. Semak senarai nama yang semuanya sama panjang. Macam biasa, cari aje nama yang terpanjang mesti jumpa punya. Just nice. Smooth and steady proses pendaftaran. Sempat berbual dengan GB yang dari jauh dah cam aku. Hehehe. 

3D Pen : More of it

Imej
3D Pen : More of it. Berikutan daripada sesi main main ituhari, yang mana kebanyakan yang kita buat banyak yang tak menjadi dari menjadi; aku order lagi beberapa barang. Yang satunya, beli lagi material PLA dari shopee. Tambah 200 meter lagi. Dan yang keduanya adalah buku 3D tracing. Sampai yang material dulu. Sakan kebudaks ni ngetest diketuai oleh Iqa. Seronok pasal banyak color kan. Yang buku 3D tu lambat sikit sampai. Dan sampai sekarang kitaorang tak guna. Haisshhhh! Apa pun aku caj dulu basikal. Lama juga tahannya bateri. Setakat keliling kampung aje sesekali.