Catatan

Edisi Pulang Ke Kampung : Batal

Imej
Edisi Pulang Ke Kampung : Batal. Lama tul baru nak update. 16 Mac. Memang semua dah siap dari semalamnya, tinggal nak gerak balik aje. Sekali bangun, kaki dah lain macam. Cuba jalan pun macam ada problem ni. Alamak. Terpaksa batal hasrat untuk pulang. Huhuhu. Call mak bagitau memang tak boleh nak gerak. Nak jadi cerita. 17 Mac PM buat pengumuman PKP. Masak jugak kalau dah balik sebab aku terpaksa patah balik dalam masa 1 hari je. Hmmm.

Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing

Imej
Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing. Posting lama juga. 15 Mac 2020. Target aku adalah nak bagi satu aktiviti baharu bagi Ziqri dan Fiqri, eSport; lepas bincang dengan mama la sebab iqi dia punya peel memang macam aku sikit, pantang jumpa game. So. Better kita train dia ke arah tu; nengok kat sukan sea pun dah mula masuk kan. Platform yang aku pilih adalah PS4 sebab nampak potensi agak besar kat situ. Target awal adalah bola dan fighting. So. merayap jap seharian mencari gajetnya. Jenuh jugak meronda and at last aku dapat beli jugak kat KIP Mall. Satu PS4 Slim 500GB dengan 3 game, 2 free dengan party bundle iaitu Crash Team Racing dan Fifa 2020; 1 free dari kedai iaitu Soul Calibur 6. Bukak dan setting dulu kat TV utama. Ngam. K. Lepas ni dah boleh mula kelas training dah.

Google 3D Animals

Imej
Google 3D Animals. 2 hari lepas ada aku perkenalkan pasal benda alah ni. Benda alah menatang yang dibuat secara Augmented Reality (AR) yang mana ianya seperti wujud di persekitaran kita yang dapat kita lihat melalui camera henpon kita. Aku tunjuk kat kebudaks haziq berdua tu. Apalagi. sakan la deme. Memula ici takut. Lelama. Dia pulak yang ketagih nak bergambar sekali.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Imej
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN). Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.  Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut: Kriteria Kelayakan Kategori & Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000 Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500 Tempoh / Pembayaran April: RM1,000 Mei: RM600 April: RM500 Mei: RM500 April: RM500 Mei: RM300 April: RM250 Mei:

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 6 Mac 2020. Isi semula on 12 Mac 2020. Petronas Jalan Indah, Taman Bukit Indah. RM70.86, 37.492 liter bawak ke 531.5 km. Pakai app Setel sepenuhnya.

Full day on apps

Imej
Full day on apps. Juga posting lama baharu nak up. 12 Mac. Hari ni hari untuk servis abam livina. Booking awal menggunakan apps Drive oleh Nissan. Singgah jap di Petronas Bukit Indah. Isi full guna Setel. Selesai hantar terus on Grab untuk bergerak ke ofis. Selesai urusan awal, kerja macam biasa. Kalau dulu. Aku akan tunggu sampai waktu balik ofis baharu hantar kereta. Terperuk sensorang kat servis centre tu. Lo ni. Hantar. Terus ke ofis buat kerja. Balik. On Grab semula dan amik kereta yang dah siap. Memang mudah beb.

KIP Mall Tampoi : A little stroll

Imej
KIP Mall Tampoi : A little stroll. Antara posting purba yang baru nak diupdate. 7 Mac. Lepas melawat iqa, sempat singgah di sini. Antara targetnya adalah nak beli beg sekolah iqi yang baharu koyak. Hujan lebat sangat. Jem nak parking dan amik/turunkan orang. Alhamdulillah. Dapat park berdepan pintu belakang. Ronda cari beg. Boleh la. Sempat singgah makan kat Makan Spot. Ayam Silat pedas nak mati katanya. Memang betul. Aku amik tahap baby pun dah pedas abis. Tak tau la camne rasa tahap yang tertinggi tu. Sempat tapau Marrybrown untuk kebudaks.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) - TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Imej
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) - TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi, Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di

Belajar dari rumah | YTL Foundation

Imej
Belajar dari rumah | YTL Foundation. Akses untuk pembelajaran digital  terhad? Tiada pelan data di rumah? YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Berminat?

Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Imej
Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Daulat Tuanku. Allah peliharakan Sultan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience