Catatan

Selamat Tahun Baharu 2020

Imej
Selamat Tahun Baharu 2020 pada semua pengunjung blog. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. All the best and be the best! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Sekolah Tun Fatimah : 20191231 Back To School 2020

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191231 Back To School 2020. Iqa jadi orang pertama yang kembali ke sekolah. Dah nama pun duduk kat asrama kan. So. Dari pagi lagi dah sampai ke sekolah. Orang dah ramai seawal jam 7.45 pagi kat sini. Tepat jam 8 pagi pendaftaran dah bermula. Selesaikan urusan di kaunter PIBG dan pendaftaran sekolah. Masa untuk mengemas. Iqa ke asrama. Aku lepak kat bawah ngan geng bapak-bapak. Lepak ngan pak yus jap. Lama tak borak. Setel asrama ke kelas pulak. Keluar. Singgah Jakel jap cari kain dan terus ke Angsana. Makan kat medan selera. Tetiba mama teringin la pulak nak makan Crumbso Vida yang kebetulan ada booth kat sebelah tu. Hurmmm. Maybe tak kena langsung dengan selera dan tak sesuai dengan harga. Balik semula ke STF. All the best and be the best iqa. Tahun ni cabaran besar untuk dia. Tahun akhir. Perghhh... Seharian jugak kami hari ni kat STF.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 11 Disember 2019. Isi semula on 29 Disember 2019. Petronas Nusa Perintis. RM77.39, 37.206 liter bawak ke 501.2 km.

Phatah : Four Newborn Kitten

Imej
Phatah : Four Newborn Kitten. Kan. Dah nampak sapa bapak dia ni. Dua ekor sama ja cam kaler ko ni leman. Mana ada lagi kucen oren cam ko kat kampung ni. Pi jaga sana nu.

Jenjalan Cari Makan : Kampung Kambing, Medan Selera Iskandar, Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kampung Kambing, Medan Selera Iskandar, Gelang Patah. Hari hari akhir dalam tahun 2019. Pencarian last barang-barang keperluan sekolah berakhir di Talent. Singgah makan tengah hari di Kampung Kambing. Nasi Goreng Kambing Grill dia memang marbeles. Yang lain makan Nasi Goreng Kampung. Tak lupa mee goreng Marni. Memang syiok! Sempat singgah basuh kereta kat port biasa sebelum pulang ke rumah.

Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020

Imej
Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020. Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan. Lanjutan dari itu, Kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah pada tahun 2020. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan TASKA di Tempat Kerja dapat menggalakkan wanita berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahiran secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.  Berikut adalah panduan dan borang yang menjelaskan peraturan-peraturan permohonan geran penubuhan bagi pejabat-pejabat agensi kerajaan yang men

TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Imej
TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. Permohonan akan dibuka secara atas talian mulai Jumaat, 10 Januari 2020 sehingga Jumaat, 31 Januari 2020 melalui sistem ePenawaran di url https://epenawaran.moe.gov.my . Maklumat lanjut sila klik untuk  muat turun dokumen . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi somewhere in Disember. Isi semula on 27 Disember. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM68.76.03 for 540.3 km melibatkan 33.06 l minyak. Atuk isi last masa ke Pekan Nanas. So. Tarikh last dan meter tu tak diset dengan baik.

Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City. Bila dah nama dia naik kereta api keliling aras bawah Capital City, harus la nampak kepelbagaian kedai yang masih ada kat sini. Terus diajak makan lewat petang kat Pizza. Layankan aje la kan. Hadiah sunat iqi dan bakal besday boy esok katanya. Masuk. Lain betul pizza hut sini. Nampak lebih mantop berbanding yang biasa kami masuk. Yummy. Siap pakai line tenet dia macam biasa. Bukannya apa. Just nak tengok berapa kelajuan yang dibagi. And. Sampai ke sudah aku tak connect pun. Kakaka. Cukup 4 jam 44 minit kami merayau kat sini hari ni. Balik. Kena singgah Angsana la pulak. ada lagi kelengkapan sekolah dicukupkan. Penat lepak kat medan selera aras atas dan sambung lepak lagi sebelah spiderman. Sampai rumah layankan si Leman pulak. Sian. Sampai gitu tido dia nunggukan kami.

Jom Jenjalan : MCM Studio, Capital City Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : MCM Studio, Capital City Johor Bahru. Akhirnya. Berjaya juga sampai kat sini. Beli around September pakej khas ni, Dewasa RM15 dan kebudaks RM30. Punya la pening nak cari masa nak sampai kan. Sampai around jam 11 pagi lebih kalau tak silap. dah siap makan kat Mat Corner, senang. Sampai aje nengok kosong je. Haisshhh.. Nak naik pun kena naik ikut eskalator belakang. Masak jugak la nak sampai. Terus check in. Masuk. Ada 4 tempat ja lagi yang bukak kalau tak silap. Sayang tul. Main aje la apa yang ada hujung hujung ni. Hmmmm.. agaknya berapa lama lagi dia akan buka ya..