Catatan

Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA. Minggu ni gi sekolah hari jemaat untuk program ni. Program dari jam 8.00 sampai 11.45 pagi. Puas la snap snap sambil nunggu masa pergi dan balik.

Enjoying the water

Imej
Enjoying the water. Pepagi jemaat lagi dah mula exercise. Pasni leh cuma masuk pertandingan mr lengan. Kakaka. Setel bawah ja air dah mula dimasukkan. Cepat sikit penuh kan. Setel pam. Terus kecebur. Pergghhhh. Gi keluar pendas dan amik angah. Balik nengok deme sambung lagi berbaju lain pulak. Maknanya dah kali kedua tu. Selesai jemaat, dengan seluar semayang deme terojun. Layan aje la. Memang pantang tul nampak air.

Pendas Laut Fresh Market

Imej
Pendas Laut Fresh Market. Lepak-lepak santai jap pagi jemaat. Banyak pulak ikan idaman pagi ni. Sakan mama membeli. Layan.

Bulan Sukan Negara 2019

Imej
Bulan Sukan Negara 2019. Oktober Bulan Sukan Negara 2019. Bulan Sukan Negara adalah suatu kempen dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia. BSN 2019 akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur. Objektif Bulan Sukan Negara adalah untuk : 1. Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat 2. Memupuk semangat sukan 3. Membangunkan ekonomi negara 4. Meningkatkan pengetahuan sukan 5. Pengiktirafan kepada rakyat Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga & padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi. Semua golongan masyarakat, keluarga & kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU disasarkan untuk turut serta. Sasaran Aktiviti 1. 5 jam penyertaan 2. 3M – Mudah, Murah, Menarik 3. Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekre

Leman Miko : 20190919 Lepaks

Imej
Leman Miko : 20190919 Lepaks. Balik rumah sebelah petang. nengok aweks berderet luo pintu. Nak tunggu abam ensem gemuk keluo la tu. Hahaha. Dah. Gi main jejauh sana. Abam ensem gemuk nak lepak ngan Ici dulu. Ici memang sentiasa geram ngan si Leman ni. Boyot. Dihendapnya. Diseretnya ke sana ke sini. Layan aje si Leman tu.

Akses

Imej
Akses. Masalah paling beso aku adalah network. Mana-mana aku gi mesti ada line. Kalau takde leh jiwa kacau. Semua kerja dah online. Masak kalau takde line. Masuk opis baharu, line tak berapa bagus. Must done something. Sementara nak nunggu akses dilebarkan aku merayau ke shopee. Jumpa wifi repeater ni. Terus order. Seminggu baru sampai. Seminggu jugak tak keruan kerja. Banyak kena pakai line sendiri. Tapi paling masalah bila nak print. Nak tak nak memang kena solve segera. Test kat umah dulu. Terbaeekkk!!!! Sampai opis terus wat configuration. Selesai masalah. Leh tahan jugak ya hotspot yang dibuka. Kekeke.

Get Well Soon Cikgu Julnizam

Imej
Get Well Soon Cikgu Julnizam. Masa lunch keluar jap ke hospital. KPJ Johor Specialist. Konon nak buat surprise. Sekali check nama kat lobi, dah takde. Dah discaj kata nurse situ. Nak tak nak call dia. Masih kat bilik. Memang dah discaj tapi dalam proses nak gerak keluar. Dah susut abis badan dia. Sempat la duduk borak bertanya khabar jap. Semoga dipermudah olehNya dan cepat sembuh. Banyakkan berehat kat rumah lepas ni ye.

Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4. Bawak iqa outing cari kelengkapan. Ronda Bandar Baru Uda. Tapau food and lepak jap depan Jakel nunggu. Jumpa rakan lama. Sempat la borak-borak jap situ.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Garmin Nuvi 205 : Updating the old trusted device

Imej
Garmin Nuvi 205 : Updating the old trusted device. Biasanya. Dedulu aku akan update setiap bulan. Yes. Seriously. Masuk forum  http://www.malfreemaps.com . Download latest map. Convert. Dan update map kat device. Lama aku tak sentuh device ni. Bila dah pindah sektor baharu ni tetiba rasa nak on semula. Last update. 2014. Lama dah. Lepas tu aku banyak berinteraksi di team editor waze. Yang mana lepas tu pulak aku terus aktif sebagai google local guide. So. Masa untuk gatai jap ngan garmin. Search for map kat  http://www.malsingmaps.com  pulak. Kena tunggu approve dulu. Apa pun. Boleh update kat  https://www.garmin.com.my/mapupdate/ . Tu pun. 2016 yang paling latest. Tak kisah la. Nanti kita on semula carian map. Chaiyok!