Catatan

Baling 1440 : Dusun Mak

Imej
Baling 1440 : Dusun Mak. Singgah di Dusun Mak. Banyak derian kat pokok. Yang ni paling banyak nostalgia. Bukak sama dengan arwah Pak Long dulu. Dusun ni jugak nanti yang first akan dibuat ecotourism, masuk; makan sampai puas. Layan.

Baling 1440 : Rimba Cafe Kuala Kedua

Imej
Baling 1440 : Rimba Cafe Kuala Kedua. Selesai kat legong kami gerak keluar. On the way back kami singgah jap kat sini. Nak makan makanan kampung sambil berendam dalam sungai. Di sinilah tempatnya. Makanan disediakan ikut set. Better booking dulu sebelum datang supaya lebih lancar. Cuma masa bulan puasa ni dia tak beroperasi. Raya keempat baru mula semula. Kena return balik ni. Jom! TQ Alina sudi assist kami sepanjang di sini.

Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Imej
Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling. Kami bergerak ke Air Panas Ulu Legong pula. Perjalanan terbaeekkk!!!! Masuk dan snap snap picas dan video. Puas la merakam dari hujung ke hujung. Terima kasih pada pihak pengurusan yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang kami berada di sini. Persoalan yang nyata terjawab, memang kolam sentiasa dicuci. Terbaeekkk!!!!

Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor

Imej
Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor. Kami sambung meronda lagi pagi ni. Terus ke Dusun Abah kat Bongor. Bakal nak dijadikan projek ecotourism. Makan sampai puas. Nampak derian dah bertaburan kat atas pokok. Tangkai Panjang, D29, Batil Emas. Rambutan pun sama ni. Hmmm. Macam takde rezeki jugak kali ni. Rasa-rasa Julai baru luruh ni. Meronda. Memvideo. Layan.

Baling 1440 : Pendakian Gunung Baling

Imej
Baling 1440 : Pendakian Gunung Baling. Sesi meronda tempat menarik di Baling dimulakan. Pagi ni kami meronda kejap di Pendakian Gunung Baling. Ni adalah tempat mula untuk siri pendakian. Ada Malim Gunung disediakan. Cuma. Buat masa ni masih ditutup selepas kejadian Gunung Baling terbakar tempoh hari gara-gara puntung rokok yang ditinggalkan oleh pendaki. Bayaran yang dikenakan adalah RM100 bagi kumpulan 4 orang, 5 hingga 8 orang dikenakan RM20 seorang manakala kumpulan melebihi 9 orang dikenakan bayaran RM15 seorang. Apapun. Harap ianya akan beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Baling 1440 : All Here!

Imej
Baling 1440 : All Here! Pagi ni mak yang sampai. Semua dah ada kat Baling. Meriah la berbuka petang ni kan. Sempat merakamkan gunung baling yang masih tebal kabusnya.

Baling 1440 : Iftar

Imej
Baling 1440 : Iftar. Semakin ramai ahli berbuka. Siap main lego dulu sebelum berbuka. Dah hampir penuh ruang makan. Makan Nasi Ayam Nepal kata mak ngah. Kekeke. Yang penting, memang best. Apapun. Kita tunggu petang esok. Harus penuh ruang makan dengan kehadiran semua ahli keluarga.

Baling 1440 : Homestay Abah

Imej
Baling 1440 : Homestay Abah. Sempat merakamkan foto-foto Homestay Abah. Dedua. Dan update pages dan web. Nampaknya setiap kali update memang bulan Jun. Hehehe.

Baling 1440 : Meronda Pekan

Imej
Baling 1440 : Meronda Pekan. Target hari ni membeli belah kat Long Wan. Boleh tahan juga orang hari ni, Sib baik dapat parking kat depan. Meronda kawasan berdekatan untuk snap snap. Singgah jap kedai semekum kat pekan. Dapat la snap snap lagi. Layan.

Gunung Baling : Scenery Pagi

Imej
Gunung Baling : Scenery Pagi. Day 2. Sempat snap-snap sambil layan iqa study.