Catatan

Pengarah Pendidikan Negeri Johor : Tahniah! Cikgu Azman bin Adnan

Imej
Pengarah Pendidikan Negeri Johor : Tahniah! Cikgu Azman bin Adnan. Berkuatkuasa 26 April 2019, Cikgu Azman bin Adnan telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang baharu. Tahniah! Semoga cikgu akan meneruskan kecemerlangan dalam menerajui pendidikan negeri Johor. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

A day at work

Imej
A day at work. Maka bermulalah perancangan minggu sibuk kitaorang. Dari pagi semak variabel. Bina fokus verifikasi Mei yang bakal bermula minggu depan. Pastu layan open source challenge jap. Mus bawak si Arif masuk. Siap suruh nyanyi tu. Retis rupanya. Glamour leh tahan jugak kat media sosial ya. Habih masa rehat setengah jam aku melayankan si mus dan arif ni hari ni. Wakakaka.

Open source challenge!

Imej
Open source challenge! Pagi ni aku mula bagi tugasan grafik pada Marina, staf baru kitaorang. Tambah sikit je. Jangan guna Photoshop dan Illustrator; guna Gimp dan Inkscape. Dalam pada masa yang sama. Aku pun dah install kedua-dua benda ni. Cabaran ITP. Guna open source. Layan inkscape. Macam leh gi jauh ni. Layan gimp pulak. Adesss. Tangan terkial nekan shortcut key yang berbeza. Walau try potong gambo sendiri pun, rasanya amik masa 4 kali ganda banding aku guna PS. Sudahnya. Layan PS dulu la. Tetambah ada banyak benda perlu selesai segera. Nanti slow slow kita godak semula gimp dan inkscape ya.

Pasar Ramadan Bandar Baru Uda

Imej
Pasar Ramadan Bandar Baru Uda. Hari pertama bekerja di bulan puasa. Singgah UDA untuk tapau nasi ambeng mat corner. Barisan dah panjang. Dapat bertemu mantan bos semasa di PPD Johor Bahru dulu. Sempat la borak santai sambil nunggu giliran tiba. All the best bos!

Perhimpunan Keluarga Besar Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Perhimpunan Keluarga Besar Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami tengok live FB aje di Bilik Mesyuarat Selasih. Pakai data digi, sambung ke LCD dan speaker; terus on. Cuma banyak penambahbaikan perlu dibuat terutama dari segi kualiti audio dan video yang tidak berapa mantap. Bagi yang memerlukan bahan dari perhimpunan ni boleh muat turun melalui pautan berikut ya. Teks ucapan YBM -  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/05_Mei/Teks_Ucapan_YBM_Perhimpunan_KPM_Setahun_PH.pdf . Booklet Setahun KPM di bawah Pakatan Harapan -  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/05_Mei/Booklet_Setahun_KPM.pdf

Ramadan 1440 : Day 1

Imej
Ramadan 1440 : Day 1. Meriah rumah hari ni. Ucu datang berbuka sama. Layan game sesama. Layan lepak nengok katun sesama. Suka la the kebudaks.

Leman Miko : 20190506 Boring

Imej
Leman Miko : 20190506 Boring. Hari cuti awal Ramadan dah jadi hari mengemas kitaorang. Nak tak nak si Leman kena duduk kat tempat tinggi. Takut nanti tak terperasan. Terkena pijak ke gapo ke. Dah jadi kucen boring hari ni. Miau miau tido. Miau miau tido. Layan aje la leman.

Leman Miko : 20190506 First Mandi

Imej
Leman Miko : 20190506 First Mandi. Layan aje la kan masa senggang cuti cuti ni. OK aje si leman mandi. Lepas kena sabun, jirus air semula baru nak jerit jerit manja gitu.

Singgah Santai Ex-Boss

Imej
Singgah Santai Ex-Boss. Masa mesyuarat dapat pulut kuning. Hari ni last Cik Fuza yang akan bercuti dan bersara pada 1 Jun nanti. TQ Cik Fuza. Jasa dan bakti selama bekerjasama amat dihargai. Keluar meeting dah waktu lunch. Farah kata ex-boss baru bergerak ke Blok B. Terus gerak ke sana. Sembang santai jap bersama yang lain. Tu pun tak lama dapat bersama pasal ada puan komitmen lain. Semoga dapat bertemu lagi di lain masa dan puan akan terus mengekalkan kecemerlangan di tempat baharu.

Pendidikan Kelestarian Negeri Johor - Kempen Menanam Pokok JPN Johor

Imej
Pendidikan Kelestarian Negeri Johor - Kempen Menanam Pokok JPN Johor. Seawal pagi semua ketua sektor berkumpul di hadapan Blok C. Maka bermulalah program pendidikan kelestarian negeri Johor peringkat JPN. Semua sektor diberi samada pokok pulasan atau pokok rambutan untuk ditanam dan dijaga. Kami di SPMICT dapat pokok rambutan. Anak sekolah beb! Masyuukkk!!! Berjiran dengan pokok pulasan SPSPK dan SPsK.