Catatan

Both Haziq Haircut @ Ravi

Imej
Both Haziq Haircut @ Ravi. Hari ni pengalaman pertama ici gunting rambut di kedai. Kasi dia nampak abang dia potong dulu. Senyap sunyi aje dok perati abang. Next giliran dia. Aku cakap ni first time dia gunting rambut. Relaks je. Duduk sebelah dia. Senyap aje merelakan. Alhamdulillah. Selesai. Tanya nak gunting kat kedai lagi tak? Nak katanya. Mana taknya. Aku dah janji beli mainan kalau dia gunting tadi. Kui kui kui.

Sekolah Tun Fatimah : 20180810 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180810 Lawatan Hujung Minggu. Selesai urusan kat Taman Universiti langsung gerak ke STF. Kebetulan jumpa iqa kat blok akademik. Gerak ke kantin makan jap nasi ambeng tapau dari Mat Corner yang sempat dicapai tadi. Borak-borak jap dan terus gerak pulang. Sempat borak bagi idea pasal inovasi yang bakal iqa sertai di Singapore nanti. Aku ni dah banyak terkesan dengan cerita Pad Man semalam ni. Kekeke. Dari rumah sewa sampai la ke inovasi iqa mesti ada aku cakap sumbangan pada masyarakat.

New Tenant : Fatihah @ Taman Universiti

Imej
New Tenant : Fatihah @ Taman Universiti. Pagi ni kami di Taman Universiti. Jumpa penyewa baharu kat Jalan Perubatan. Fatihah namanya. Sembang panjang sesambil semak rumah bersama. Macam biasa, selesaikan kontrak dan sebagainya. Semoga hubungan dan kerjasama yang baik dapat dikekalkan dan selesa sepanjang berada di sini. Kebetulan jumpa Imah. Anak jiran sebelah yang selalu aku tegur dedulu masa zaman kat UTM. Baru habis belajar. Muka masih tak berubah macam masa dia kecik dulu.

Rutin Jumaat

Imej
Rutin Jumaat. Cam biasa. Seawal 7.30 pagi dah mula gerak ke sekolah inaz. Nganto tuisyen. Masa bukak pintu terserempak ngan Tamrin dan Cinet melepak ngendeng. Yang kurang biasa? Ada pewangi dalam kereta. Kekeke.

Lopaq Chempel : 20180809 Gedikz

Imej
Lopaq Chempel : 20180809 Gedikz. Semalam. Satu rumah depa keliling. Pastu. Si lopaq la ketua manjat sana sini. Lepak kat sini sambil menggedikz. Tetiba teringat si Gebooz. Ngiau panjang sebelum terkam tangan. Si Lopaq tak sampai tahap tu lagi.

Abam Ju-on kembali

Imej
Abam Ju-on kembali. Alamak! Sekali masa lunch letrik terputus. Aiyooo. Bergelap la kami semua sepanjang petang ni. Boring tul jadinya petang ni. Ni la masalah kita la ni. Bila letrik tadak ja terus terputus kerja buat. Semua taruk lam benda yang perlukan letrik. Layan jap lagu kat youtube. Aku pantang tul sunyi sepi gini. Sekali keluar. Aiyooo... Ada bilik terang bersinar cahaya muka pemilik dia. Kekeke. Layan la saki baki bateri laptop tu yer mus. Bos kata dah macam ju-on dah gitu. Sib baik sebelum jam 3 letrik dah kembali. Alhamdulillah.

A day at the meeting

Imej
A day at the meeting. Hehehe. Lama pulok tak jumpa si Khadijah ni. Asyik ngantor wakil aje selama ni. Dah nak sambung belajo baru reti datang meetims. Hahahaha. Sementara nunggu meetims mula kita layan wefie dulu yerk. Dah abam beso pun kena layan juga. Kekeke.

Eating out @ Mat Corner

Imej
Eating out @ Mat Corner. Lunch. Makan nasi ambeng kat Uda. Tempat biasa. Memang terbaeekkk!!!! asam boi madu dia. Mus dari awal dah letak kamera aku yang berbungkes kemas tu. Semalam tertinggal dalam kereta dia. Hehehe. Sesambil tu layan jap Top Eleven. Semalam lepas menang tipis dengan team top assist memang banyak membuka minda untuk cari jalan baru untuk team. Kebetulan ada game untuk cup masa lunch tadi. Nampak macam ada sinar. Hehehe. Harap terus mara. Jarang aku main game management bola lain selain Championship Manager nih. Wakaka.

Sayangi Malaysiaku : Panduan Penggunaan Logo & Aplikasi Identiti

Imej
Sayangi Malaysiaku : Panduan Penggunaan Logo & Aplikasi Identiti. Tadi sempat study sikit pasal logo rasmi ni. Detail. Boleh muat turun di sini : http://malaysiamerdeka.my/web/wp-content/uploads/2018/07/manualdanaplikasilogosayangimalaysiaku.zip . So. Ambil sedikit masa untuk adjust jadi 6 terus ikut panduan untuk memudahkan kerja nanti. Untuk versi horizontal dan vertical masing-masing ada 3 versi : warna, hitam dan putih. Kena baca lebih lanjut menerusi panduan tersebut. Secara kasar aku pecahkan kepada 3.

Edumesra Solution : i-Classroom product review

Imej
Edumesra Solution : i-Classroom product review. Pagi tadi berkesempatan bersama big boss tengok satu product review dari Edumesra solution. Actually they come up with two innovation. Yang pertamanya full sistem untuk 21st century classroom. Full system environment yang hampir sama dengan environment apple cuma dia menggunakan android sebagai main gajet. Harga keseluruhan RM16k untuk sistem aplikasi, LED projector, touchscreen monitor, sound system, training dan consultant. Memang aku agak suka dengan environment yang disediakan yang memudahkan pengurusan gajet tu. LED tu pun dengan jangka hayat bulb aroud 10k jam. Yang keduanya adalah smart LED projector yang digunapakai. Ciri yang aku suka actually adalah plug and play dia. Just bawak projector dan pasang sahaja. Dilengkapi dengan os sendiri, dia juga pakai android kit kat, lengkap dengan miracast dan wifi. Just cucuk pen drive dan baca fail dari powerpoint, word, excel atau pdf atau buat mirror dari yes phone pun dah boleh guna. A