Catatan

KEMPEN HOUR OF CODE 2018

Imej
KEMPEN HOUR OF CODE 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah melancarkan kempen “Hour of Code” yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.  Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. “Hour of Code” (HOC) adalah satu pergerakan global diterajui oleh code.org yang memfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan coding dan pengaturcaraan selama satu jam. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (semakan) dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains di sekolah. Bagaimana untuk melaksanakan Hour of Code? Langkah 1 : Daftarkan sekolah anda melalui Goo

Tamrin : 20180718 With The Kitten

Imej
Tamrin : 20180718 With The Kitten. Balik merayap tadi, terperasan pulak si Tamrin dok melepak dengan anak-anak dia. Ehh. Hidup juga beberapa anaknya. Yang pasti dua ekor memang kena kekah dengan Sitam Dol. Masa tu memang menyirap tul dengan Sitam tu. Pantang lalu depan muka rasa nak baling je. Hari ni nampak Tamrin ngan anak dia maknanya hebat jugak la dia jaga anak dia. Sekali atuk kata yang sekor tu bukan anak dia tapi anak si Tetah. Si Teteh ni memang tak reti jaga anak. Tau merayap je ngan Sitam Dol. Pasangan mafia aku panggil. Ke mana pun berdua. Dulu Gebooz pun takut, lari arah lain kalau jumpa. Cumee Cumee pun takut kalau jumpa deme berdua ni. Harus nyorok dulu tetambah kalau deme lepak depan pintu.

Sekolah Tun Fatimah : 20180714 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180714 Lawatan Hujung Minggu. Yang ni memang paling laju setakat ni. Alang-alang lalu nak gi Angsana, langsung singgah sini. Antara agenda nak tau apa keputusan pertandingan yang dia masuk pagi tadi. Alhamdulillah. Dapat Bronze tu. Tahniah!

Ziarah Aidilfitri 2018 : 20180714 Pulai Indah

Imej
Ziarah Aidilfitri 2018 : 20180714 Pulai Indah. Selesai kenduri terus gerak ke sini. Rumah Nas. Sekali google tak jumpa pulak mana jalan dia. Sekali dalam google map salah daaa... Selaku google guide yang sentiasa sedia berkhidmat terus aku betulkan. Kekeke. Suka si iqi dengan otak otak yang banyak. Angah dengan roti purinya. Aku? Hehehe. Ketupat Palas la apa lagi. Sempat jumpa en nasir yang dah lama aku tak jumpa. Rezeki namanya tu. Layan.

Walimatul Urus : Raja Sehari Ezeairy & Hana

Imej
Walimatul Urus : Raja Sehari Ezeairy & Hana. 14 Julai 2018. Around 12 tengah hari kami gerak ke Dewanraya Gelang Patah. Majlis perkahwinan anak sedara kawan baik mama Wati. Jumpa ramai cikgu-cikgu termasuk cikgu Rohana. Ici dan Iqi sibuk makan aiskrim. Sampai nak balik pun sempat lagi napau. Sayang mama tak sempat jumpa kawan baiknya tu. Kebetulan ada kursus la pulak hari ni. Apapun. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Fiesta Kokurikulum 2018 Peringkat Kebangsaan : Iqa & Afiqah in Pertandingan Inovasi

Imej
Fiesta Kokurikulum 2018 Peringkat Kebangsaan : Iqa & Afiqah in Pertandingan Inovasi. Program ni berlangsung pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail. Iqa dengan Afiqah satu team dalam pertandingan inovasi. Deme dapat Bronze Medal. Oklah tu untuk starter. Ni tengah dok pulun untuk ke Singapore pulak katanya. All the best and be the best! Gambo depan signboard depan aje sebab masa present sibuk present aje kan. Kekeke.

Raya The Series 2018

Imej
Raya The Series 2018. Penghujung syawal baru kita share gambo famili kecil kita ni dalam group foto raya. Nampak kan aku betul betul serius amik gambo bermula 2003. Masa ni la baru mula berjinak secara aktif dengan kamera digital. Memang asalnya bergambo pun sebab nak pastikan nostalgia keluarga disimpan dengan baik. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) 2018

Imej
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) 2018. Buku Panduan dan e-Book SKPMg2 boleh dimuat turun melalui pautan berikut : Panduan SKPMg2 https://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/06%20Jun/Panduan%20SKPMG2.pdf e-Book SKPMg2 https://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/06%20Jun/SKPMg2.zip --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SUKMA JOHOR 2020

Imej
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SUKMA JOHOR 2020. Sekretariat SUKMA Johor 2020 menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan menjadi Logo Rasmi SUKMA 2020 dan identiti serta tanda pengenalan untuk digunapakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya SUKMA Johor 2020. Muat turun syarat penuh dan borang penyertaan di pautan http://go.johor.my/sukma SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas. Peserta hanya boleh menghantar maksimum TIGA (03) penyertaan sahaja. Walaubagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang. Semua penyertaan yang diterima oleh Sekretariat adalah hak milik Sekretariat SUKMA Johor 2020, dan Sekretariat berhak untuk meminda atau mengubahsuai ke atas logo yang terpilih bagi tujuan aplikasi dan cetakan sama ada di Media Cetak, Media Elektronik serta Media Sosial. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO Ciptaan dan reka b

Ziarah Aidilfitri : 20180713 Ulu Pulai dan Pulai Hijauan

Imej
Ziarah Aidilfitri : 20180713 Ulu Pulai dan Pulai Hijauan. Setel ngantor iqa ke STF terus gerak ke Ulu Pulai. Ziarah rumah terbuka. Satunya di Ulu Pulai dan satu lagi di Pulai Hijauan. Alhamdulillah. TQ pada keduanya. Nak gerak ke rumah yang ketiga tapi dah tak berdaya. InsyaAllah lain kali kena susun bebetul jadual pergerakan.