Catatan

Inaz Class on Friday

Imej
Inaz Class on Friday. Macam biasa. Awal pagi dah hantar inaz ke kelas dia. Buat yang terbaeekkk!!!! ye dik. Sambil balik layan scenery.

Hotel Bangi Lanai, Bangi

Imej
Hotel Bangi Lanai, Bangi. Selama ni asyik dok lalu aje tepi highway. Rasanya kat Bangi semua mesti perasan Masjid yang sebelah dia ada rumah anak yatim tu. Kali ni kami duduk kat sini. OK bagi aku. Tenang. Besar. Harga pun berpatutan. Kebanyakan yang menginap kat sini orang melayu. Senang. Sebelah masjid. Kedai makan bertaburan di sekitarnya. Wifi memang boleh tahan. Hehehe.

Program Transformasi DTP : Bengkel Kerja Pemantapan Pasukan Petugas DTP Kohort 2 2018

Imej
Program Transformasi DTP : Bengkel Kerja Pemantapan Pasukan Petugas DTP Kohort 2 2018. Memang agak lama aku tak kelihatan di alam maya ni kan. Terlibat dengan bengkel kerja ni di PADU selama 3 hari. Penerapan Design Thinking pada pasukan petugas DTP. Memang terbaeekkk!!!! Ke pasal aku dah biasa dengan cara kerja ni. Cuma memang penat sikit la. Hari last memang aku duduk aje. Banyak sangat berdiri hari kedua tu. Apapun. Team adhoc Coq Udang memang best!

Sitam Dol dan Tamrin : 20180415 Dominasi

Imej
Sitam Dol dan Tamrin : 20180415 Dominasi. Petang ni sesaja lepak luar jap. Mana la tau si Marzuki lonjong lalu. Sekali si Tamrin yang datang. Nak amik ko punya rezeki petang ni. Baru gigit dua kali datang Sitam Dol, samseng kampung wawasan baru daa. Leh tahan kontrol muka. Baik ja dok sebelah si Tamrin. Makin lama makin ke depan. Makin ke depan. Ehhh.. Dah cilok makan makanan Tamrin pulak dia ye. Aku berdiri depan dia. Kontrol ayu balik. Sesambil dok nengok si Cumee Cumee noti lepak atas moto dok perati. Oooo... Malam ni ko balik siap naaa...

Bengkel Pembangunan Dashboard Power BI BTPN Johor

Imej
Bengkel Pembangunan Dashboard Power BI BTPN Johor. Lunch. Lepak makan jap kat medan selera kat Hang Tuah tu. Makan sambil borak pasal bengkel petang ni. Singgah sembahyang jap kat surau yang banyak kenangan ni. Dari mula aku nak nikah sampai la lepak nunggu iqa sekolah agama. Semuanya kat sini. Setel. Terus ke BTPN. Mula bengkel. Sesi suai kenal, pengenalan dan kongsi pengalaman. Banyak yang nak kena dipolish out terutama bab pengurusan data. Mus sambung untuk sesi pengenalan Power BI dan pendaftaran user. KPP turut menyampaikan ucapan aluan. Alamak. Siap dapat cenderahati pulak pasal esok aku dah nak kena gerak ke Putrajaya. All the best pada semua. Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan membantu BTPN terutama dalam pengurusan data berintegriti khususnya.

KONVOI BERMOTOR ZIARAH TERIMA KASIH CIKGU

Imej
KONVOI BERMOTOR ZIARAH TERIMA KASIH CIKGU. Minggu ni sambung lagi dengan projek Gerakan Massa bagi daerah yang belum dikunjungi. Kali ni Group Bikers Pendidikan takeover bersama dengan Pengerusi PIBK. Program bermula di Todays Mall, Pasing Gudang. Bergerak ke Kota Tinggi, Mersing dan berakhir di Segamat. Bermalam di situ. Pagi ni sambung semula dari Segamat, Tangkak dan berakhir di Muar. Macam biasa. Kami susun team publisiti di daerah macam yang lepas. Tempat penyimpanan di Google Photo. Dapat, terus kita blast. Tahniah dan terima kasih pada semua team publisiti di daerah. Live FB tu. Anda semua terbaeekkk!!!! Setakat petang tadi dua daerah je yang sempat aku up grafik. Petangnya ada bengkel Power BI kat BTPN. Esok tengok sekiranya ada masa. Nak kena ke Putrajaya la pulak. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday

AMBILAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2019

Imej
AMBILAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2019. Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Sesi 2019 akan mula dibuka pada 16 April 2018 ( Isnin) Jam 12.00 Tengahari  Sehingga 15 September 2018. Untuk permohonan sila layari https://essem.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN

Imej
BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN. Pesara kerajaan yg meninggal dunia pada atau selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000. Syarat-syarat permohonan bayaran bantuan mengurus jenazah berpandukan peraturan pekeliling perbendaharaan bil 3 tahun 2010 adalah seperti berikut : 1. Siapa Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP. (Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia) 2. Amaun RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja). 3. Penerima Mengikut Keutamaan i)        Balu/Duda; ii)       Anak; iii)      Ibu/Bapa iv)      Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan). v)       Pihak yang menguruskan jenazah (Surat A

Tamrin dan Marzuki : 20180414 Menumpang Kasih

Imej
Tamrin dan Marzuki : 20180414 Menumpang Kasih. Tengah dok ngemas akhir rumah tadi tetiba datang si marzuki ni. Haisshhh.. Ko ni sapa haaa... Gaya macam Cumee Cumee pun ada. Tapi Cumee Cumee noti la ni. Dia balik makan dan berak ja. Ingat rumah ni hotel ko ke. Chait. Tapi si Marzuki ni muka dia panjang lonjong sikit. Cam kucen alip sukri la pulok. Kasi dia makan kat belakang belen belen si noti cumee cumee tu. Sekali datang berlari si Tamrin ni. Haisshhh.. Ko ni sapa pulak. Makin ramai pulak kerabat sejak kematian gebooz ni.

Samsung Top Load Washer Washing Machine WA13J5750SV

Imej
Samsung Top Load Washer Washing Machine WA13J5750SV. Gi jumpa iqa jap sebelum gi mencari washing machine yang baru menggantikan yang lama yang dah uzur sangat. Semoga dapat berkhidmat dengan baik pada kami sekeluarga lepas ni ye. Fungsi macam menarik. Siap ada tempat sental baju kot. Kui kui kui.