Catatan

Merayau petang keliling kampung 20170120

Imej
Merayau petang keliling kampung 20170120. Start 2017. Merayau berbasikal. Keluar peluh sikit. Disamping exercise balik kaki tu. Patutnya pepagi buta aku ngayuh. Esok aku nak try pepagi macam dedulu.

iXpand Flash Drive for Iqa

Imej
iXpand Flash Drive for Iqa. Memang saja aku belikan ni untuk Iqa. Senang sikit nak transfer dokumen dan foto. Lama jugak aku study pasal benda ni. Auto tarik dokumen dan foto terus ke drive dia. OK la bagi aku. Mana mampu nak beli lagi iPad sebijik lagi. 64Gb pulak tu. Cari alternatif lain. Yang best pasal benda ni adalah... kes skynet tak hantar hantar. Patut dah lama kot sampai. At last Lazada kata dia akan refund duit aku. OKlah tu kan. So dalam proses refund tu. Tetiba. Petang ni sampai pulak. Ish ish ish. Dah kena counter balik ngan Lazada pasal benda ni.

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170120

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170120. Singgah KFC jap. Tapau dulu. Sampai STF. Lepak nunggu iqa. Cari wakaf kosong. Takde. Lepak lam kereta aje ler. Borak borak. Iqa dah letak nama aku dalam senarai akan hadir mesyuarat PIBG minggu depan. Harap harap dapat join lah.

Masjid Jamek Gelang Patah 20170120

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20170120. Dah makin tersergam.

Gebooz Gedikz : Edisi Merapi Diri

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Merapi Diri. Ni around jam 2 pagi. Dah habih meronda. Lepak sofa. Jilat bulu. Punya la lama. Ish ish ish. Ni kerja dia memalam ropanya.

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH BIL 2/2017 NEGERI JOHOR

Imej
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH BIL 2/2017 NEGERI JOHOR. Sukacita dimaklumkan bahawa senarai penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Sekolah Rendah telah dikeluarkan. Maklumat penempatan boleh diperolehi menerusi pautan berikut : SEMAKAN PENEMPATAN Tarikh kuatkuasa penempatan adalah pada 23 Januari 2017 Sila lapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah yang telah ditetapkan pada jam 8.00 pagi. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Semakan Tawaran Penempatan Murid Dan e-RAYUAN Tingkatan Empat Ambilan 1/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017

Imej
Semakan Tawaran Penempatan Murid Dan e-RAYUAN Tingkatan Empat Ambilan 1/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 20 Januari 2017 sehingga 5 Februari 2017 menerusi pautan berikut : sst4.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

School Lab 2017 Malaysia

Imej
School Lab 2017 Malaysia. Adakah anda Komunikator Sains yang terbaik? Adakah anda sedang menunggu peluang untuk berkongsi topik STEM kegemaran anda dengan dunia? Sekarang inilah peluang anda untuk berbuat demikian dengan cara yang menarik dan inovatif! School Lab ialah satu pertandingan yang membawa kembali keseronokan kepada sains dengan menghuraikan konsep STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dalam penyampaian yang ringkas dan mudah. Cara Penyertaan LANGKAH 1 : Wujudkan satu pasukan (2-5 orang ahli yang berumur 13-15 tahun) dan melantik guru anda. LANGKAH 2 :  Pilih topik STEM anda LANGKAH 3 :  Tonton tutorial video pautan di www.britishcouncil.my/schoollab LANGKAH 4 :  Rakam pembentangan 3 – 5 minit anda LANGKAH 5 :  Daftar dan hantar video anda di www.britishcouncil.my/schoollab LANGKAH 6 :  Hantar borang persetujuan dengan segera ke schoollab@britishcouncil.org.my Peluang untuk memenangi: Hadiah yang menarik Bengkel Komunikasi Sains Tarikh pen

Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor

Imej
Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor. Pagi ni gerak awal sikit dari rumah. Nak sampai awal ke JPN. Naik kenderaan jabatan ke ADTEC Batu Pahat untuk jerayawara STEM 2017. Sampai sana orang dah ramai. Semuanya GPK1 sekolah menengah negeri Johor. Sarap dulu kat cafe. Jam 10 aktiviti bermula dengan ucapan aluan KS SPA. Seterusnya giliran Pembentang pertama, Dr. Shamsudin dari EPRD. Intipati taklimat berkenaan Sejarah dasar 60:40 sebelum konsep STEM dijelaskan. Pelan tindakan Stem nasional 2017 - 2025 yang menggariskan 7 strategi utama diperjelaskan yang mana terdiri daripada : 5 strategi pemupukan kesedaran 7 strategi peningkatan kualiti PdP 4 strategi pengukuhan infrastruktur dan fasiliti 3 strategi peluasan peluang kerjaya 3 strategi pembudayaan R research, D development, C commersial & I  3 strategi pengharmonian data 5 strategi pemerkasaan kerjasama strategik Beliau turut memperkenalkan group khusus Facebook untuk STEM yang boleh dicapai meneruti ka

Bateri baharu Goper for Almera

Imej
Bateri baharu Goper for Almera. Tadi balik. Singgah kedai bateri. Beli bateri kereta almera mama yang dah kong. 3 tahun juga bateri asal. Sejak beli kereta tu. Aku pun dah lupa pasal tu. First petunjuk. Sekali gi kedai. Tokei dia kata mana ada saya juai bateri tu. Ni mesti awak tak pernah beli bateri lagi untuk almera awak ni. Awak juga first customer saya yang pakai almera maa.. Hahaha. Aku terkesima jap. Kereta ada 4. Semua beli situ. Sampai lupa bateri untuk kereta mana. Seken petunjuk. Sangat terkial aku nak pasang balik bateri. Sekali teringat. Ada anak panah pada pengetat bateri. Kena arah ke luar. Aiyooo.. Sahih la first time aku tukar pasal semua bateri kereta, aku tukar sendiri. Hehehe.