Catatan

Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016

Imej
Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016. Taklimat dilaksanakan pada tanggal 23 Nov yang lepas. Taklimat dimulakan dengan pembentangan daripada En. Mohd Fuzi daripada KPM. Seterusnya Tuan Pengarah menyampaikan sedikit kata aluan sebelum majlis diserahkan pada Dato Sahlan Ismail, Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri. Sesi taklimat disertai dengan sesi soal jawab yang menarik bagi aku.

Audit Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) EPRD negeri Johor 2016

Imej
Audit Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) EPRD negeri Johor 2016. Malam ni tetiba jadi susah pulak nak tido. Setel video pengarah, distribute. Hmmm... jadi boring pulak. Langsung nengok balik dropbox. Banyak juga yang masih lum proses. Setel foto audit EPRD dulu. 3 hari di Johor Bahru. Daripada hari Ahad sampai Selasa. Ketua kumpulan audit adalah Hj Hamdan. Auditor lain terdiri daripada Pn Aminah dan Dr Markhaini. Banyak juga benda yang aku kesan perlu ditambahbaik. Bagus program gini. Bila ada semakan dan kunjungan dari pihak luar, kita akan dapat kesan isu isu yang mungkin terlepas pandang. Dan memang akan bertambah lagi perkara yang akan kami masukkan walaupun tampa audit ni. TQ pada team auditor dari EPRD atas kunjungan ini. Bersama kita menjaga kesahihan dan integriti data kita.

Gebooz Gediks

Imej
Gebooz Gediks. Takde kije semalam. Sambil layan kaki yang sengal sengal, layan si gedikz gebooz aka Aiman Jate. Kekeke. Pantang hulur tangan. Tapping kaki ke lantai. Meluru je datang. Pastu lari nyonget. Kui kui kui.

New Set of Medicines

Imej
New Set of Medicines. Kali ni aku bagi set berbeza ubat la pulops. Lepas masuk wad hari tu doktor dah masukkan aku lam list gout. Welcome to the group kata yang lain. Kekeke. Lepas balik dari taman tu makin menjadi jadi pulak sakit kat lutut aku ni. Tibai yang kecik tu. Sampai ke malam dok cenggitu. at last nak kena jugak la yang merah tu. Pastu terus hilang sakit. Dah terang lagi bersuluh la ubat tahan sakit super duper kan. Pagi tadi singgah farmasi untuk top-up. Yang merah tu jangan amalkan sangat kecuali kes cam semalam. Ye. Harga dia pun leh tahan weh. 5 bijik RM28 tuh. Yang gout tu pun aku hanya makan bila sakit aje. Baru makan sekali. Sahih la kes nasi goreng semalam kat Pasir Gudang. Tekak punya pasal dua kali aku sesah. Padan muka. Sesekali kena balik kan. Abis diet selama ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎be

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18. Kekeke. Pepagi dah mula kejut. Abah. Abah. Aman. Nan. Angah. Angah. Aman. Nan. Dah tau dah. Siap semua. Merayap jap. Suka dia. Dah setel. Babai Nan. Babai Aman.

Last slot session @ TCEAS Skudai

Imej
Last slot session @ TCEAS Skudai. As always. Booked for the last slot. Jam 4 petang. Senang. Balik kerja terus masuk. Orang memang tak ramai dah. Layan TV. Sib baik jumpa PC.com. Walaupun bulan lepas punya. Tapi syok jugak la dapat something nak dibaca. Almera ni memang servis 6 bulan sekali. Pasal gerak pun tak banyak. Pakai full sentetik. Tech tegur. Ni lepas ni Livina pulak kan. Opkos la kan. Tungguuu... Last slot seperti biasa la. Cuma tak pasti khamis mana nak dipilih. Khamis ni iqa dah balik. Tak mau kacau masa dia. Sian kang tercongok dengan aku kat pusat servis.

Gebooz : Early November Series

Imej
Gebooz : Early November Series. Dah macam baby pulak dibuatnya. Sapa lagi kalau bukan tuan beso dia si adik inaz. Dah tempat si Fiqri jadi tempat si Gebooz. Tu lum cerita dok nunggu beg kucen yang baru diorder. Lepas order terus tunggu depan pintu. Adik, adik.

Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex. Mesyuarat berjalan lancar bertempat di sekolah tersebut. Alhamdulillah. Mudah proses untuk sekolah ni. Selesai mesyuarat sempat luangkan masa untuk meninjau kawasan. Boleh tahan luas jugak kawasannya. Kemudahan pun boleh tahan.

Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016

Imej
Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016. Foto sekitar bengkel yang dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Pontian. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Cuma ada beberapa kumpulan data perlu diselaras semula pembacaan datanya.

4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016

Imej
4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016. Semalam agak menarik. Suasana yang berbeza berbanding tahun sebelumnya. Aku agak lambat terasa bahang sebab ada mesyuarat khas yang lain di lokasi pun agak jauh. Biasanya suasana ceria, update FB yang meriah. Tapi semalam lain. Lambat semuanya. Mood kurang ceria. Bagi aku. Satu langkah permulaan yang baik. Cream of cream. Kalau betullah ejaan aku tu. Hehehe. 4896 yang betul betul pure diamond. Memang tengok dari segi gred pun agak tinggi. 90 tak salah baru A. Kalau tak salah lah ye. Dengan format baharu yang lebih menyeluruh, hilangkan konsep menghafal. Yang ni memang aku paling suka. Sebab dari dulu aku memang tak suka dengan budak menghapal aje. Ingat lagi kes yang aku kena tegur sebab aku bagi kosong terus aje kalau aku jumpa budak tanda kertas OMR secara berpola. Ni benda benda yang perlu kita banteras dari awal, dan langkah kementerian bagi aku sangat baik. We need the thinking generation, bukannya hapal generation.