Catatan

Bunga Api Malam 2 Julai

Imej
Bunga Api Malam 2 Julai. Dah mula dah sesi bermain. Fiqri pun join. Tapi jap je. Yang banyaknya si iqi ngan si inaz. Iqa sibuk berselfie ja. Hehehehe. Dah nampak menurun dari sapa la pulops. Bukan part selfie tu. Part amik gambo tu.

Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan JPN Johor Bil.3 tahun 2016

Imej
Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan JPN Johor Bil.3 tahun 2016. Meeting terakhir sebelum aku masuk wad ituhari. 14 Jun lepas di Bilik Gelenggang. Dalam meeting pun resah semacam. Tahan sakitnya. Dok setel data MySpata. Ish ish ish. Baliknya. Makin sakit. Esoknya terus tokleh jalan. Maknanya. Ni hari last aku dapat jalan dengan separa baik. Tu pun gatai ke sana ke sini. Gambar ni pun terperam punya lama. Kamera tinggal kat opis. Langsung aku masuk wad.

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam

Imej
Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai. Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini. "Berhubung cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa. "Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari Jumaat, 8 Julai akan dibawa kepada Ahad, 10 Julai," kata beliau. Cuti hujung minggu di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak 2014 dan berikutan itu, cuti pada Jumaat depan (8 Julai) akan dibawa ke Ahad depan (10 Julai). Kerajaan Persekutuan baru-baru ini bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada penjawat awam jika Aidifitri diisytiharkan pada 6 Julai. Ketua Setiausaha

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop. Lepak jap ngurut kaki. Sambil sambil nunggu mama dan iqa gi shopping raya. Boleh tahan jugak la. Lepak ngan Izwan, tukang urut kat sini. Dia caj RM30 untuk sesi urut around 40 minit. Tanya gak harga untuk perkhidmatan lain. Bekam dia amik RM15 per cup. Kalau aku nak 4 cup la. Betis dan bawah lutut. Takpe. Tu len kali. Ngeri lagi aku bab main darah ni. Kita urut dulu. Tu pun sebab dah lama tak urut, penat jugak la aku menahan. Tetambah kaki kanan aku yang memang ada kesan lebam kat buku lali tu. Nice jugak la perkhidmatan dia. Ada port baru lepas ni kalau bawak iqa outing. Leh layan urut kaki sambil nunggu.

Fiqri bersama Babears

Imej
Fiqri bersama Babears. Rajin pulak si ziqri gi mencari dan lengkapkan 6 bear untuk si fiqri. Ada babah bear, mama bear, ayo bear, angah bear, iqi bear dan fiqri bear. Terbaeekkk!!!!

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

Imej
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Selamat Hari Raya pada semua. Maaf Zahir & Batin. Berhati hati di jalan raya.

Harga minyak naik 5 sen bermula 1 Julai

Imej
Harga minyak naik 5 sen bermula 1 Julai. Harga minyak bagi semua jenis naik 5 sen pada Julai berbanding Jun, kenaikan pertama sejak April. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON95 dan RON97 kini masing-masing pada harga RM1.75 seliter dan RM2.10 seliter. Kenaikan sama juga terhadap diesel yang dijual pada harga RM1.60 seliter berbanding RM1.55 seliter, bulan lalu.

Hari Bertemu Pelanggan bil.2 dan Outing Bermalam Aidilfitri 2016 STF

Imej
Hari Bertemu Pelanggan bil.2 dan Outing Bermalam Aidilfitri 2016 STF. Petang ni gerak ke STF untuk hari bertemu pelanggan. Patutnya aku gi around 12 pm macam yang aku kata cuba buat. Tapi nak buat camne. Majlis kat opis pun tamat around 12.45 pm. Konon nak buat kad raya JPN. Pospon untuk iso pk20 dulu. Gedebak gedebuk. 1.30 pm jugak baru gerak. Sampai. Dah separuh cikgu dah takde. Ye lah. Program tamat jam 2 pm. Yang datang lambat sapa suruh. Terima kasih pada cikgu yang masih tunggu. Huhuhu. Cian cikgu. Dapat parent noti cam aku. So. Dapat la jumpa 4 cikgu iqa. Cikgu kelas merangkap cikgu BI. Cikgu BM. Cikgu Geografi dan yang paling aku nak jumpa Cikgu Sains. Tq cikgu. Tunggu sampai dapat jumpa. Sampai 3 lebih tu. Banyak info dapat. Apa pun selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Setel semua baru gerak. Sempat borak ngan pengawas bertugas. Sorang dari kelantan. Sorang dari ganu kite. Malam dan pagi esok geraknya.

Majlis Persaraan Jasamu Dikenang Budimu Dituai TPPJ dan KPP BTPN Johor

Imej
Majlis Persaraan Jasamu Dikenang Budimu Dituai TPPJ dan KPP BTPN Johor. Majlis diteruskan dengan majlis persaraan 3 pegawai. En Anuar dari SPK, Datin Che Normadiah, KPP BTPN Johor dan Hj Hasidin, Timbalan Pengarah, JPN Johor. Terima kasih tuan. Majlis juga menyaksikan perlantikan baharu TPPJ, En Azman Adnan, PPD Segamat berkuatkuasa 3 Julai ini. Tahniah tuan.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016. Diurusetia oleh BTPN Johor kali ini. Penuh dengan upacara penyampaian hadiah pada sekolah berkaitan VLE, TMK dan PSS. Penyerahan pada KSK untuk bil.7 bulan depan.