Catatan

My KFC Kari-Kari Rangup Experience

Imej
My KFC Kari-Kari Rangup Experience. Iklan memang gah. Tiap tiap hari main sampai menyebabkan kami semua teruja untuk merasanya. So. Kebetulan Iqi pun sibuk nak sangat makan. Pakat gi ler ke KFC. Sampai jam 6.55 petang. Punya la lama aku menanti. Rupanya kena tunggu lama untuk dia prepare ayam special ni. 7.30 malam baru setel semua. Sampai rumah. Semua pakat ambik, rasa dan pakat letak balik. Alamak. Sangat tak menarik rupanya. Masih tak dapat mengatasi rasa spicy. Terlalu kuat rasa daun limau purut. Kata kari. Aiyooo... Tak best la. Dah semua pakat tak nak makan. Rasa aku la yang paling bersalah dalam ini cerita. Tahu tadi baik amik spicy aje. Huhuhu. Setakat ni aku rasa semua resipi lain KFC memang failure la.

Sightseeing @Bangi Gateway

Imej
Sightseeing @Bangi Gateway. Hehehe. Abaikan tajuk pada poster. Salah tulih daaa... So. Lepas layan waze, nampaknya adalah lebih baik aku bertenang terlebih dahulu sebelum masuk ke arena superjam kat highway. So. Destinasi pilihan adalah Bangi Gateway seperti saranan Mak Yang. Selalunya aku perati aje. Tak pernah masuk pun. Ingatkan ala ala shopping complex. Rupanya lebih kepada a group of kedai kedai yang disusun secara complex. Wooo. Baru tahu. Masa datang ruang tengah terbuka tu tengah setting up untuk jualan pre raya. Aku lepak je tepi biar yang lain yang meronda. Tengahari. Poning jugak nak makan. Suruh iqa ronda cari kedai makan. Jumpalah Toyyiban Sushi kat hujung nak keluar dah. Tapi. Semua pakat makan nasi campur. Boleh tahan la. Si Iqi sibuk nak makan burger yang kebetulan tutup pulak kiosk dia hari tu. So. Sementara mama gi sambung meronda. Aku gi burger king ngan iqi. Layaannn.... Masuk highway. Layan jem kat seremban. Ada eksiden. Alhamdulillah. Satu tu je yang jem.

From Bangi With Love

Imej
From Bangi With Love. Jap ja masa berlalu. Sabtu dah tiba masa untuk pulang ke destinasi masing-masing. Atuk Kedah ke Baling. Aku ke Gelang Patah. Terima kasih Pak Yang dan Mak Yang atas layanan sepanjang berada kat Bangi. Terima kasih Atuk dan Nenek Kedah atas perkongsian ilmu dan meronda bersama di KL. Jumpa lagi semua.

Eating Out @Pertama Complex

Imej
Eating Out @Pertama Complex. Tempat biasa aku makan kalau ke SOGO. Memang tak makan kat SOGO. Tak berapa best. Lebih suka makan kat sini. Lebih banyak pilihan dan memang aku suka kat sini kot. Pekena bihun sup utara la cam biasa ngan atuk kedah. Burger untuk adik inaz. Iqi dan Iqa makan Yee Mee. Nasi campur untuk mama, nenek dan nenek kedah. On the way back, masa nunggu sesi round dua kat muaz. Kami lepak kat Warung Cikgu depan pertama. Pekena Ice Blend.

PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN

Imej
PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (SPP 1/2016) berhubung Tambahan Waktu Berperingkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan. Perkara ini adalah selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dalam mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6. Surat pekeliling boleh dimuaturun melalui pautan berikut : http://docs.jpa.gov.my/docs/spp/2016/spp012016.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogge

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2016

Imej
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2016. Peperiksaan bertulis SPM Ulangan 2016 akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2016 . Seramai 14,150 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 232 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 1,756 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. Tiga mata pelajaran yang ditawrkan dalam peperiksaan SPM Ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Mathematics. Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat url http://www.lp.moe.gov.my . Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. ---

Busker @SOGO

Imej
Busker @SOGO. Tempat lepak utama aku dari dulu hingga sekarang. Dulu takde le busker ni. La ni ja. OK jugak. Sambil hilang lelah, ada halwa telinga. Aku duduk kat sini dari awal. Dari busker ni takde. Sampai la diaorang balik. Tapi. Orang Malaysia memang sungguh Malaysia tul. Nak tepuk pun malas. Termasuk ler aku sendiri. Hehehe. Layan aje. Dua kali sebenarnya. Memula masa nunggu semua kumpul kat sini untuk gi lunch. Dan kali kedua masa second round shopping kat Muaz. Dan dedua tempat lepak aku sama. Maybe dah ada cop kot kat situ. Hahaha.

Walkabout @Jalan Tunku Abdul Rahman

Imej
Walkabout @Jalan Tunku Abdul Rahman. Sekali lagi kami ronda. On the way back pulak. Cuaca redup sikit menyebabkan lebih banyak sesi fotografi berlangsung. Hehehe. Layan jalan ngan bangunan lama yang penuh dengan kenangan ni. Gerai gerai raya pun dah mula naik bak cendawan nampaknya. Pasti akan sibuk tak lama lagi.

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Imej
Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar. Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan demikian  pada 10.28 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam ditutup pada 10 pagi. "SPR telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 pagi daripada parti Amanah dan Dr Abdul Rani Othman daripada parti PAS pada 9.12 pagi. "Selepas menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai proses pencalonan, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," katanya yang disambut sorakan pada penyokong calon yang hadir. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah

Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Imej
Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar. Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas. BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari. Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi. Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat. SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas. Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatny