Catatan

ICU Brother MFCJ415W Paper Jam Sensor

Imej
ICU Brother MFCJ415W Paper Jam Sensor. Ni kes itu hari. Jadi bengong jap. Semua kertas masuk. Sangkut. Bukak panel utama, tutup. Keluar pulak kertasnya. Ankel gugel kata sensor paper jam rosak. Study cara bukak. Tapi kalau dah nak kena tukar part aku rasa better ngantor servis center. Setelah tilik, belek, bertafakur. Aku pilih ngantor ke pusat servis brother Impian Emas pulak. Letaknya kat Entercc.com. Nak jadi cerita hari ni boleh jem pulak jalan tu. Ada lori tersadai kat depan petronas ke gapo kat susur tun aminah tu. Sejam jugak aku layan jalan dari jb ke impian emas. huhuhuhu. Sampai aje terus dilayan. Staf yang layan aku namanya Stephanie. Borak borak. Bagi detail. Cerita problem bagai. Setel. Masuk ICU. Taktau lagi bila setel. Kena tunggu tech tengok dulu. Kita tunggu call ajer ler. Aku suruh servis sekali pasal abam printer ni dah nak masuk 5 tahun dah ni. Hehehe.

Bengkel Ujilari Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor

Imej
Bengkel Ujilari Sistem Pengurusan Penetapan Mesyuarat JPN Johor. Bengkel ujilari pertama melibatkan semua editor. Gerak sama dengan mesyuarat data. Ingatkan dapat join sama. Dapat lah share gambo yang dikongsi oleh Pn Azmah. Hope for the best.

Bengkel Kerja Persediaan Verifikasi dan Pengesahan Sistem Pengurusan Sekolah Data 30 April 2016

Imej
Bengkel Kerja Persediaan Verifikasi dan Pengesahan Sistem Pengurusan Sekolah Data 30 April 2016. Bertempat di Bilik Mesyuarat Gelenggang. 4 sektor mewakili 4 data asas utama. Diharapkan data yang dihasilkan untuk kutipan April ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Bulanan Mac - "Umur Dunia"

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Bulanan Mac - "Umur Dunia". Ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanafi bin Abdul Rahman. Mantan PP Bahasa Arab JPN Johor. Banyak perkara menarik dikongsikan terutama part doa akhir tu.

Layan Bulan on Gerhana Bulan Penumbra 20160323

Imej
Layan Bulan on Gerhana Bulan Penumbra 20160323. Malam yang tak berapa nak menyebelahi. Awan tebal. Sekali ja terselak jap. Mana taknya. Setiap masa aku kuar bersama inaz dan iqi. Tak nampak aaa. takpe. kita kuar semula 20 minit lagi. Cam tu la dari jam 7.50 malam. Alhamdulillah. Jam 9.06 malam terselak jap. Kejap ja. Masa nak zoom dah tutup balik. Bukan rezeki.

Majlis Jamuan Teh Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Imej
Majlis Jamuan Teh Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Majlis dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 23 Mac 2016 Masa : 3.00 hingga 6.00 petang Tempat : Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru Seluruh rakyat Negeri Johor dipersilakan hadir bagi memeriahkan majlis ini. Foto dikongsi dari FB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok

Imej
Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok. PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Semua sekolah di seluruh negara termasuk di Perlis dan Kedah akan beroperasi seperti biasa esok (24 Mac) susulan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas dalam tempoh 72 jam sehingga hari ini berada di bawah 38 darjah Celsius. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan bahawa semua aktiviti luar bilik darjah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian. Kementerian turut meminta untuk pihak pengurusan sekolah memastikan bahawa bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah masing-masing. "Pihak pengurusan sekolah turut diminta untuk sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kepada murid akibat cuaca panas ini," kata kenyataan itu. Katanya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki memantau bagi memastikan pematuhan perkara berkenaan oleh pe

PENYETARAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) DENGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN LALUAN PELAJAR

Imej
PENYETARAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) DENGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN LALUAN PELAJAR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan salah satu usaha untuk menyediakan peluang dan laluan pendidikan kepada semua. Dalam hal ini, KPM juga ingin memaklumkan bahawa Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  bagi calon yang memperolehi : Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33, Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104, dan PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional. Melalui penyetaraan tersebut, pelajar lulusan Sijil Vokasional Malaysia yang layak akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional serta boleh memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga ke tahap tertinggi iaitu pada Tahap 4. Selain daripada itu, pelajar yang layak in

Pelaksanaan Program myLESEN

Imej
Pelaksanaan Program myLESEN. Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka khusus kepada orang ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen memandu yang sah dan terdiri daripada mereka yang berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar.  Program myLesen dengan kerjasama Institut Memandu bagi latihan menunggang motosikal kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.) ini dilaksanakan dengan objektif mewujudkan satu program komuniti berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) ke arah: melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah. memberikan manfaat kepada golongan belia dan mereka yang layak melalui insentif yang mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup. membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang memandu tanpa lesen memandu yang sah. menanam rasa hormat (respect of law) dan patuh kepada undang-undang sebagai budaya selamat oleh pengguna jalan r

Bayar Parkir MPJBT Guna SMS

Imej
Bayar Parkir MPJBT Guna SMS. Terbaeekkk!!!! ah. Tak sabo nak nunggu April. Sebelum ni jenuh jugak musing cari kedai juai kupon. Tetambah bila set kupon liao. Hahahaha. Tahniah UTM, tahniah MPJBT Sejumlah 500,000 penduduk di negeri Johor dijangka mendapat manfaat daripada sistem SMSParkir, sebuah sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini, hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M.Idrus berkata sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta. “Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon,” kata beliau kepada pemberita di UTM, di sini hari ini. Teknologi itu kemudiannya dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan dan teknologi, Zen Trillion Sdn Bhd., yang kini mer