Catatan

Ujian di pagi Isnin

Imej
Ujian di pagi Isnin. Waahhhh... Pagi ni lain macam pulak jalan ni yer. Keluar je ke jalan besar. Dah jem lain macam kat sebelah sana. Sib baik aku ke kiri. Apa pun yang jadi kat depan sana mudah mudahan dipermudah. Sampai sekolah sekali lagi jem. Chain reaction lah kan. Paling best. Sampai opis. Hehehe. Marilah kita exercise ye. Harap dapat disegerakan urusan pembaikannya.

KIPMart Getaway 20160213

Imej
KIPMart Getaway 20160213. Ngantor iqa ke STF tadi. Baliknya singgah ke KIPMart. Nak beli uniform adik inaz. Dia masuk Tunas Puteri dan esok kena full uniform. Gi Outpost untuk uniform. Pastu singgah kedai kasut sebelah untuk kasut hitam dia. Pakat nak makan Marrybrown. Layankan aje ler. Sebelum balik singgah medan selera layan tarian singa jap.

Destinasi Cinta Fareez Fareeda

Imej
Destinasi Cinta Fareez Fareeda. Selamat Pengantin Baru Is. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tak sempat nak jumpa sebab memasing ada urusan memasing.

Pesawat Milik APMM Bantu Padam Kebakaran Di Gunung Baling

Imej
Pesawat Milik APMM Bantu Padam Kebakaran Di Gunung Baling. BALING, 12 Feb (Bernama) -- Sebuah pesawat Bombardier CL 415P milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digunakan bagi membantu memadam kebakaran di Gunung Baling yang bermula semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Suffian Alias berkata operasi memadam kebakaran menggunakan pesawat itu dijangka dimulakan kira-kira 3.45 petang ini. "Kami akan bekerjasama dengan APMM untuk memadam kebakaran ini. Punca kebakaran masih belum diketahui," katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Syariffuddin Yusof berkata semua aktiviti pendakian dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada operasi tersebut. "Orang ramai dilarang berada atau mendaki Gunung Baling sehingga diberitahu," katanya. Kebakaran yang bermula sejak 2.40 petang semalam itu belum dapat dipadamkan sepenuhnya, setakat petang ini, memaksa kesemua aktiviti pendakian dihenti

Ejen ‪#‎KAVIN‬ dan ‪#‎CHILOK‬ kecundang di Minggu 3 Maharaja Lawak Mega 2016

Imej
Ejen  ‪#‎KAVIN‬ dan ‪#‎CHILOK‬ kecundang di Minggu 3 Maharaja Lawak Mega 2016. Tema minggu ini adalah "Bollywood". Layanzzz... #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia

Imej
Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia MOSTI Anjur Pertandingan Cipta Logo, Slogan, Lagu Sempena Pengkomersilan Malaysia 2016. KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu bersempena dengan Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016. Menurut kenyataan MOSTI pada Jumaat penyertaan itu dibuka mulai 11 Feb hingga 29 Feb. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama boleh menyertai pertandingan itu sama ada secara solo atau berkumpulan. Penyertaan adalah percuma. MOSTI menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada juara mencipta logo, RM2,000 kepada juara mencipta slogan dan RM5,000 kepada juara mencipta lagu. Selain itu, terdapat dua hadiah saguhati sebanyak RM500 untuk setiap kategori itu. Syarat dan borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Mosti www.mosti.gov.my -- BERNAMA LATAR BELAKANG YAB Dato’ Sri Mohd Najib

Poliklinik Gelang Patah Last Kopek Check-In

Imej
Poliklinik Gelang Patah Last Kopek Check-In. Sian Iqi. Bawak ke klinik. Tu pun dah agak lewat la. Sib baik klinik masih nak terima. Alhamdulillah. Kami keluar ja terus tutup.

Mydin Anjung Ration Hunting

Imej
Mydin Anjung Ration Hunting. Tak tau la kebudaks la ni kenai dak istilah ration ni. Kalau dulu kami kat maktab memang ni ler istilah dan barang dicari bila nak balik semula ke asrama. Ration jangan tak ration. Setel kat sini gerak ke Talent pulak untuk alat tulis.

Bunga Telur Abam Is

Imej
Bunga Telur Abam Is. Mak Ani bawak petang tadi untuk Kenduri Abam Is esok. Dari tali plastik nih. Cantik jugak ye dah jadi bunga telur gini.

Syafiqah 13th Birthday

Imej
Syafiqah 13th Birthday. Simple je. Small small ngan rakan-rakan terdekat yang dapat hadir. Buat pun lebih awal sebab hari sebenarnya Iqa dah ada kat STF. Dapat la jumpa balik rakan rakan sambil kongsi pengalaman masing-masing. Happy 13th Birthday Syafiqah.