Catatan

Back To Nature 2015 Throwback - Jenjalan Ngutip Rambutan

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Jenjalan Ngutip Rambutan. Keliling rumah jap. Layan udara segar di sawah. Layan gunung. Dan yang paling penting. Nak makan buah rambutan fresh petik dari pokok.

Back To Nature 2015 Throwback - Ketupat Daun Palas

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Ketupat Daun Palas. Makin diasah ilmu oleh nenek kedah. Makin mantap skill wat ketupat daun palas. Kipidap.

Gerai Jamaliah on tapau sarap

Imej
Gerai Jamaliah on tapau sarap. Sesaja gi sini pagi ni. Lama no tak gi. Alhamdulillah buka pagi ni tatkala banyak kedai dan gerai yang dah tutup. Tapau mihun, mee dan nasi goreng. Tak lupa roti kosong dan telur. Dah balik baru teringat yang aku ni puasa. A bit lebih sikit la beli tadi kan. Ehehehe. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara

Imej
Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara. Nak gamble time time nak raya ni tak berapa best. Semalam bawak dia ke Klinik 1Malaysia. Jamin bukak punya. Demam. Dah semalaman merengek ja. Campur semalam, dah dua malam. Semoga cepat sembuh ye nak. Tak sempat nak ngambik gambo pun. Tinggal mama kat depan. Aku gi cari parking. Masuk dah setel dah pun. Aku sorang jer kot kat dalam tu, Parking penuh pasal ni kawasan flat nusantara. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini

Imej
Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu. Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak. "Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama. Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. "Mungkin suka

Doa Arafah

Imej
Doa Arafah. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah. Maklumat dari MAIS - Waktu wuquf di Arafah sempena waktu doa mustajab adalah 5.15pm (M'sia) hingga 11.15pm (M'sia) pada hari 23 Sept (Rabu). Makluman bagi sesiapa yg ingin doa bersama. Versi BM Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah

Pejabat Tanah Johor Bahru - Urusan Suratan Hakmilik

Imej
Pejabat Tanah Johor Bahru - Urusan Suratan Hakmilik. Alhamdulillah. Dipermudah dan selesai juga akhirnya. Pejabat Tanah ni letaknya berhadapan dengan Larkin Sentral bagi yang tak tahu. Hehehe.

Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas

Imej
Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Alang alang kat pekan nenas, makan aje kat asam pedas madu tiga. Leh tahan jugak ramainya orang masa kami singgah semalam. Dan makin bertambah bila masa berganjak ke tengahari.

Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Pasar Selasa Pekan Nenas. Lepak jap kat sini pagi tadi. Leh tahan luasnya kawasan ni. Penuh dengan segala jenis busana. Patutnya ianya juga dikenali dengan nama Pasar Tudung. Letaknya bebetul bersebelahan dengan Masjid Pekan Nenas. Ambil masa yang agak lama juga untuk tawaf keseluruhan kawasan ni. Pergghhh!!!! Layannn...

Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 94 Penerima

Imej
Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 94 Penerima Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 terutama pada Tuan Haji Aminudin bin Adam Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang turut menerima pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M.) Senarai penuh penerima boleh didapati melalui pautan berikut : http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/content/article?layout=edit&id=64 KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 kepada 94 penerima. Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu yang berlangsung di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas. Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Pengerusi UNITAB Medic Sdn Bhd