Catatan

Lempeng Kelapa @Gerai #30 Siti Rafeah, Pekan Nenas

Imej
Lempeng Kelapa @Gerai #30 Siti Rafeah, Pekan Nenas. Singgah sarap jap. Semua pakat nak merasa lempeng kelapa ni. Layan ajer ler. Mulanya nak sarap nasi kerabu je kat usop ulu pulai. Sekali tutup daa.. dah sampai ke pekan nenas je nak sarap jer.

Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan

Imej
Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan Suasana suram mengiringi pemergian Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Jalan Langgar di sini pukul 6.40 petang. Almarhum yang merupakan isteri kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat selepas gering sejak sekian lama dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 10.15 pagi. Upacara bacaan tahlil disempurnakan oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad. Sebelum disemadikan, jenazah Almarhum dibawa menggunakan pedati melalui Lebuh raya Darul Aman menuju ke Jalan Sultan Badlishah sebelum dibawa ke Makam Diraja. Almarhum kemudiannya di­sembahyangkan dan disemayam di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit bagi penghormatan terakhir. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat memberi penghormatan terakhir. T

Back To Nature 2015 Throwback - Fiqri ke klinik

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Fiqri ke klinik. Sehari sebelum raya. Demam. All the doktor dah balik kampung. Sib baik abam tan kat pulai ni masih open. Tu pun kami the last patient dia. Selesai ja, terus tutup klinik. Alhamdulillah. Bayaran dikenakan. RM11. Wahhh... Nganga mulut jap.

Back To Nature 2015 Throwback - This Is Baling

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - This Is Baling. Meronda jap ikut jalan lebuhraya durian burung sungai limau. Suasana sawah padi di kaki gunung baling, sungai ketil.

The new Colours Of Life header

Imej
The new Colours Of Life header. Tadi. Masa petang tadi la. Sesambil dok nengok design-design tu. Sesekali dok terpandang design sendiri, yang dah lama sangat dah. 2006 last aku wat renew. Masa tu anak baru 2. Syafinaz baru lahir. Sekarang dah 4. Sian dua lagi kan. Asalnya nak ubah layout blog lagi. Tapi last last aku mikio, baik aku tukar header ajer ler. Layout pun baru 2 tahun kot. Nenanti la bila aku rasa dah boring baru aku tukar layout baru. Apa pun... layan la official header baru aku ni. Ehehehe... Yang pasti makin lama makin aku susah nak cari gambo aku sendiri. Wakakaka.

Salam Aidiladha 1436h 2015

Imej
Salam Aidiladha 1436h 2015 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya! Esok den dah mulo cuti. Tapi tak balik kampung huhuhu. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari

Imej
Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula Isnin sehingga 27 Sept berikutan kemangkatan Raja Puan Muda Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, pada 10.15 pagi tadi. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat pengisytiharan kemangkatan itu di Wisma Darulaman berkata, Tunku Hajjah Raudzah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering. "Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah serta seluruh Kerabat DiRaja," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata, jenazah Tunku Hajah Raudzah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 3 petang ini dan disemayamkan untuk penghormatan terakhir di tempat yang sama mulai 4 petang hingga 5 petang. Jenazah Raja Puan Muda Kedah itu kemudiannya akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar pada jam 6 petang

Kiosk Informasi JPN Johor - From sketches to reality

Imej
Kiosk Informasi JPN Johor - From sketches to reality. Seharian jugak lepak bersama ni. Brief. Storyboard. Design. Bincang. Dan masa senggang tu. Lepak wat pemurnian bajet dan kertas kerja. Tetap nak kena submit Ahad ni. Bersama prototaip kiosk ni lah kan. Lupa pulak nak snap gambo yasmin. Pasal dia wat kije kat meja yang agak jauh dari meja kitaorang nih.

Bengkel Pemurnian Bajet Kerajaan Negeri

Imej
Bengkel Pemurnian Bajet Kerajaan Negeri. Ahad. Bengkel SJQ. Kesinambungan dari bengkel yang lepas. Sambung pemurnian mengikut format kerajaan negeri.

Jenjalan santai Sabtu

Imej
Jenjalan santai Sabtu. Leh tahan jugak merayap Sabtu ni. Merayap ke Maybank. Corner ikut SMK Medini. Silap besar sebab ada Bon Odori kat situ. Masak jap layan parking bertingkek-tingkek. Singgah Mydin belanja bulan. Balik nak singgah tailor. Sekali tutup la pulak. Langsung ke Bazar Bukak Bonet Gelang Patah.