Catatan

Taklimat Pengurusan Rekod yang sistematik dan pengendalian dokumen terperingkat JPN Johor 2014

Imej
Taklimat Pengurusan Rekod yang sistematik dan pengendalian dokumen terperingkat JPN Johor 2014. Pagi tadi. Bertempat di Dewan Seminar, JPN Johor. Banyak ilmu diperolehi. Terima kasih pada kedua-dua penceramah. Jemputan khas dari Arkib Negara dan CGSO. Jom kita layan foto.

My first bekal

Imej
My first bekal. Bukan aku tak suka bawak bekal. Tapi aku memang jarang makan. So, kalau bawak pun kekadang aku lupa makan. So. Tu sebab utama aku tak bawak bekal. Nak jadi cerita. Pagi ni mama ada buat bihun untuk jualan kat sekolah dia. Siap tapau untuk aku. Alamak. Aku takut tak termakan aje. Tapi. Sebab isteri sendiri dah susah payah tapaukan khas, aku mesti amik. Mesti makan. Dan. Alhamdulillah. Dapat gak aku makan. Walaupun masa lunch la tapi. TQ yang.

Beg baru untuk adik inaz

Imej
Beg baru untuk adik inaz. Kelmarin ngadu. Tali beg dah rabit sikit. Semalam ngadu lagi. Adik rasa berat la angkat beg ni. Pagi ni ngadu lagi. Last last janji la nak beli beg baru petang karang. Sampai ja rumah lepas kije, dah comel dah menanti aku. Patut la kata mama dia. Terus gi Taman Nusantara. Pasal mama pun ada benda nak beli kat FreshMart tu. Masuk kedai. Terus tengok beg. Suka hati adik inaz la nak yang mana. Satu satu dia belek. Last last amik yang lain. Kaler oren jugak macam adidas yang dia dok sandang tu. Sebelum balik sempat ngidam nak makan steamboat la pulak. Layan jangan tak layan.

Belimbing Buluh bos

Imej
Belimbing Buluh bos. Lepak lepak peningkan kepala. Nak cari solution. Bos lak bawak belimbing buluh. Sepelastik tuh. Makan ni nescaya selesai masalah. Lain masalah aku buat. Habih aku modelkan belimbing besi ni ngan dua model tersohor. Memula ngan wana. Dapat segenggam. Pastu nak kasi luke skywalker pun glamer. Tapi sebijik ajer la. Cari yang paling kecik. Jadiii... Last last bukannya makan. Diposing posing yang banyak. Ehehehe... Dapat la gumbira jap kepala otak yang berserabut ni.

Tersekat di jalan buntu kejap hari ni

Imej
Tersekat di jalan buntu kejap hari ni. Aduhhh.. Ingatkan sebelum lunch dah boleh setel. Sekali... Flash CS6 nyer coding sangat saaangat berbeza ngan versi last aku pakai. Aduhhh.. dah nak kena study balik. Banyak lak tu. Setakat tween and what-so-ever still aku takde masalah. Part coding ja nak kena master balik ni. Banyak yang stuck. Sampai aku terpaksa mula balik from scratch. Poning poning. Harap esok ada sinar yang gemilang. Hopefully.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PEGAWAI-PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Imej
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PEGAWAI-PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Layari blog yang dibangunkan khusus untuk persidangan kali ini dengan melayari url berikut  http://persidanganppdmalaysia2014.blogspot.com/ untuk mendapat informasi terkini, maklumat terperinci dan bahan persidangan. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Imej
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai pr

Mohamed Azmin Menteri Besar Selangor Yang Baharu

Imej
Mohamed Azmin Menteri Besar Selangor Yang Baharu SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali telah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi BERNAMA di Shah Alam, Isnin petang. "Ya saya sahkan surat pelantikan (sebagai menteri besar baharu) telah diserahkan kepada Mohamed Azmin hari ini. "Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya. Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa. --BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN MATHEMATICS & BAHASA TAMIL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN MATHEMATICS & BAHASA TAMIL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Kertas ujian Mathematics dan Bahasa Tamil UPSR 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!

Imej
#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda! Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan. Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015. Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keuta