Catatan

Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(15)dlm.SUKJ.99/7: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Imej
Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(15)dlm.SUKJ.99/7: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014. Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada Hari Ahad . Surat Makluman boleh dimuat turun di pautan bawah: http://www.johordt.gov.my/images/uploads/pekeliling/Surat_Makluman_Bil_15_dlm_SUKJ_997.pdf

Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(3)dlm.SUKJ.100-3/5/1 : Program Membudayakan Al-Quran

Imej
Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(3)dlm.SUKJ.100-3/5/1 : Program Membudayakan Al-Quran Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014. Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Program membudayakan Al-Quran diadakan pada hari Khamis dengan berpakaian baju Melayu . Surat Makluman boleh dimuat turun di pautan bawah: http://www.johordt.gov.my/images/uploads/pekeliling/Surat_Makluman_Bil_3_dlm_SUKJ_100317.pdf

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

Imej
BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima. Ni yang dinanti nantikan. Ni baru namanya data driven. Tak payah penat penat lagi beratur panjang. Pastikan maklumat akaun bank dikemaskini dalam portal rasmi, dan... automatik masuk akaun ja lepas ni. BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my . Kenyataan tersebut turut memberitahu

Chakde! India

Imej
Chakde! India. Baru lepas nonton kat TV3 sebentar tadi. Filem Yash Chopra tahun 2007 lakonan Shah Rukh Khan ni memang menarik. Kisah bekas kapten pasukan hoki India yang dipandang hina sebab menyebabkan kekalahan pasukan India pada Pakistan. Pastu dia train pasukan hoki wanita dan berjaya bawa mereka ke Piala Dunia serta memenanginya. Banyak cabaran yang diterima sebab dia dah dicop pengkhianat. Walaubagaimanapun dia berjaya atasi masalah masalah tu satu persatu. Memang best. ps : bila filem Malaysia akan sampai ke tahap cenggini ekkk...

Fifa World Cup Trophy Tour Malaysia 2014

Imej
Pameran Trofi Piala Dunia akan berada di Malaysia dari 3 hingga 5 Januari di PWTC. Trofi ini akan tiba pada 3 Januari di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, dengan beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh Coca Cola sebagai salah satu penaja Piala Dunia ini.

Paip bocor di jalan wawasan

Imej
Paip bocor di jalan wawasan. Aiseh. Sent from Samsung Mobile

Sesi makan cendol

Imej
Sesi makan cendol kat depan jalan utama. Dahaga pas main lompat lompat tadi.

Lompat lompat di taman permainan

Imej
Lompat lompat di taman permainan jap lepas sesi pendaftaran. si ziqri nak sangat main tadi. beria ria

Pendaftaran tadika nadi permata ziqri

Imej
Pendaftaran tadika nadi permata ziqri. Posing sama cikgu nadia. Posing ke si ziqri tu?

Sarap dulu

Imej
Sarap dulu. Nasi lemak kacang aje pagi ni. Send via mobile cap ayam aje