Catatan

Seharian berehat

Imej
Hari ni baru aku bebetul dapat minum ubat ikut sukatan yang betul. Hasilnya... Tidur sepanjang hari... Pergghhhh... Baru ingat nak minum ubat sebelah pagi esok. Ingatkan efek sepanjang hari ni, hmmmm... Memang kensel ajer la.

Seharian mensopping tingkap

Imej
Puas aku merayau hari ni. Yang pasti aku dah tau tesco ada drypers murah. Gi giant, beli baju the balqis. Gi jusco, beli baju ziqri; siap borong pasal after less jatuh rm10 selai. And not to forget drypers murah kat tesco.

Selamat Pengantin Baru Arifah

Imej
Petang tadi gi rumah encik firdaus. Adik ipar dia, arifah dah bergelar puan hari ni. Sederhana saja majlisnya, aku suka nengokkan. Cam masa aku kat baling la pulak rasanya. Encik kairul ngan orang rumahnya pun kebetulan ada masa aku sampai. Apa pun, tahniah pada arifah dan encik firdaus jugak..

Kawasan Bakau di Lebuhraya Pesisir

Imej
Hari khamis lagi aku dah perasan tempat ni. Tu yang masa balik petang jemaat tu aku leh berenti untuk snap some picas. Habis dah rata kawasan. Yang mengejutkan tu, ada titi la pulak kat bawah tu with some people on it; tu pun aku sedar kat rumah masa review balik the picas..

Insaf di pagi jemaat

Imej
Pagi semalam, lepas budaya quran; adanya wakil dari haluan. Haluan ni antara sukarelawan kita yang bergerak aktif di somalia. Lebih mudah, bertugas di kem dawaab ke gitu ler namanya. Turut bersama, ustaz yang aku sendiri dah lupa namanya, yang bertanggungjawab menjaga pelarian di kem tersebut. Dia bawak bersama gambar dan video situasi di kem tu. Memang sebak jugak la nengokkan. Jadi, korang boleh search pasal isu di somalia nih. Kalau mampu ringan ringankan la tangan buat sumbangan.

Gelanggang Raja Lawak 6 : Minggu 10 Akhir

Imej
Minggu kesepuluh, minggu akhir Raja Lawak 6. Berikut adalah senarai pemenang Raja Lawak 6 Juara : Shiro - RM100K Kedua : Zero - RM50K Ketiga : Cuit - RM30K Keempat : 2yol - RM10K

Jom checkup ke Mahmoodiah

Imej
Sebelah petang tadi gerak ke HSA. Setelah puas memikio, nak ke tak nak gi spital. Sekali dah sampai terus kena ke saringan, bukan saringan 1, saringan 2. Tak pernah pernah sampai ke saringan 2. Pastu kena check dari darah, ecg sampai la ke x-ray. Huhuhu. Part darah dah menyirap darah aku. Sampai pucat muka aku. Setel situ gi xray la pulak. Sekali doktor pelatih la pulak. Dah jadi lab rat la pulak aku. Pas dah setel kena ecg la pulak. Dah berselirat wayar kat body aku. Verdict dia, makan ubat lam tempoh seminggu. Kalau tak recover, kena datang balik.

The place with the most same signboard

Imej
Tempat ni memang penuh ngan sign. Dari nak masuk parking, sampai la ke nak masuk bilik. Tak kata apa... Dari dulu aku sampai sini, sampai ke la. Aku jumpa sign yang sama aje

Eh eh

Imej
Sekali masa nak ke bilik mesyuarat pagi tadi, boleh pulak nampak van van nestle kat bawah sana. Rupanya, dia buat amal sempena 100 tahun nestle, agaknya la kan. Sebab aku tak turun pun ke bawah. Kang sambung lagi batuk aku nih pekena air ais tuh

Sabak Awor here we come

Imej
Setelkan lambat sikit hari kedua ni. Yang penting semua kena beres sebelum dapat kita gi makan sebelah malamnya. Warung Wak Jos kat sabak awor jadi target malam ni. Kebetulan semua terplan yang sama. Semua pakat jumpa kat sana. Kekeke. Walau lari sikit target asal, dua birthday boy ada malam semalam sebenarnya; sapa lagi kalau bukan mat nor dan ziqri kan, tapi kira orait la. Makanan... Sampai tak dapat masuk lagi dah. Alhamdulillah. Sampai hotel semula. Sambung balik discussion, sambung balik penambahbaikan.