Catatan

Sumbangan Anak Yatim PPD Johor Bahru - Prep

Imej
Tarikh : 25 Ogos 2010 Masa : 11.00 pagi sampai balik Tempat : Tempat parking dan bilik mesyuarat Mood : mood nak kenduri Tengah aku dok nyetel kerja tetiba henpon bunyik. Cik kerol, sila alihkan keter putih cik kerol tu. Nanti kalau calar cik kerol gak yang nangis. Ooo yeker.. team pasang kemah dah sampai rupanya. Semua keter kat tempat parking kena kosongkan, pasal 4 kemah beso nak dinaikkan. Kang tak pasal-pasal kereta tercedera. Pastu 2 kemah lagi dipasang depan bilik mesyuarat. Petangnya pulak, ustaz zaidi lak panggil. Jom rengrakan. Kita angkat sumbangan kepada anak yatim esok nih. Jommm.. 4 keter penuh ngan beras dan keperluan dapur nak kena dikosongkan. Perghhh.. Leh tahan pinggang aku petang nih.. Sib baik ramai gak yang nolong. Kalau tidak.. ada mc esok hari nih.. Pas setel ngangkat tu sempat posing lagi tuh. hahahaha.. Yang pasti, aku balik lam keadaan peluh masih menyimbah.. pergghhh.. Takpe.. Lupa lak nak cakap.. Jakel yang sponsor semua beras dan keperluan dapur

Sesi rakaman sampaikan aidilfitri

Imej
Tarikh : 25 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Galeri PPD Mood : Alamak tuan Pagi ni cik Ajis kita dah bawak orang dari RTM. Buat rakaman suara untuk sesi sampaikan sempena raya ni. Kiranya suara kitaorang akan on air lah nanti. So, pagi ni suara-suara lunak merdu pegawai di ppd ni akan dirakam sorang-sorang dan diedit sebelum menungu masa disiarkan malam raya nanti di radio apa aku tak ingat. Key rul.. giliran ko la pulak.. Tak nak la. Suara aku tak best. Aku nak amik gambo jer.. Pas tu terus aku kuar.. Kik kik kik.. dah dari azali, aku paling tak suka mender-mender cenggini.. Kasi la orang lain.. Suara aku ni bak kata cikgu aku dulu, cam ada emas lam mulut; tapi bila dia dah start cakap.. hmmm.. tak tau la nak cakap.. Klik untuk cerita penuh cik ridzuan sedang merakamkan suaranya Cik azhar ni buat apa la pulak.. gi rakam suara sana gi Cik ajis tengah mengira bilangan fail-fail suara orang ppd Nanti-nanti la edit cik ajis.. Enjoice...Sharing i

Cabut gigi bawah pulak

Imej
Tarikh : 24 Ogos 2010 Masa : 6.00 petang Tempat : Klinik Gigi Gelang Patah Mood : Seram-seram sejuk Sampai jer rumah, dengar mama dah membebel. Abang tau tak hari ni iqa tak gi sekolah agama. Apasal? Katanya sakit gigi la pulak. Semalam sakit kaki. esok ntah apa la pulak yang sakit ni. Memang la iqa tu senang sakit kaki, tetambah bila ada pj kat sekolah dia, malam mesti ngadu punya. Ni sakit gigi ni kita bawak jer la ke doktor gigi. Esok kita nengok camner. So, gerak la kitaorang ke klinik gigi. Sampai jer sana, terus masuk. Sib baik. Sempat gak berbuka kat rumah ni. Cabut dua batang gigi bawah dia yang sakit tu, satunya pasal gigi bawah dia dah tumbuh 2 batang, gigi lama masih ada; tu yang sakit tuh.. Kena RM20.. sebatang 10 wooo.. doktor tanya nak balik tak gigi. Takpa la, doktor simpan la gigi tu... Klik untuk cerita penuh Welcome to klinik gigi.. wooo.. seram wooo... Sementara tunggu turn.. sib baik orang tak ramai Ziqri sibuk lak nak main.. M

Taklimat SiSP1

Imej
Tarikh : 24 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan SKAT, JB Mood : Gitu-gitu jer Pagi ni, macam biasa; donlod data sekolah, semak ralat; buat analisa. Pergghh.. Suruh abang salleh call sekolah yang masih ada ralat-ralat kelakar, ralat yang dah tak patut ada. Sekali Cik Jamal masuk. Rul, awak kasi taklimat SiSP1 kat PKHEM pagi ni boleh.. Huh.. Tak maklum pun pasal ni. Boleh. Awak kasi jer taklimat. Slot awak jam 9.30 pagi. Terus mood aku jadi macam Schumacher bawak keter.. Nak setelkan analisa ralat emis la dulu kan. Setelkan dari yang terbanyak sampai yang tarak langsung. Suruh abang salleh call bermula dari yang banyak dulu.. Pastu terus aku gi SKAT. Pagi ni sebenarnya taklimat pendaftaran pelajar tahun 6 ke KAA, KRK dan SBP. Tapi pasal dah dimasukkan slot aku, aku taruk ajer la. Bentang pasal SiSP1, masalah yang berlaku lebih kurang, dan apa sepatutnya tindakan sekolah. Persoalan semua Cik Amir yang jawab.. Yelah.. aku bahagian teknikal, taklimat aku memang lebih ke tek

Merayap cari Tauhu Sumbat

Imej
Masa : 6.00 petang Tempat : Pasar Ramadhan Taman Nusa Perintis Cuaca : Suam-suam kuku Kes : Iqa nak makan tauhu sumbat Kisahnya semalam, memang tauhu sumbat yang dibeli tu hilang; ntah salah letak, ntah terbuang. Sampai ke sahur memang tak jumpa. Petang ni pulak, Iqa dah membebel kempunan nak makan tauhu sumbat. So, kitaorang kuar naik motor jer; kes senang nak parking. Alih-alih, bukan setakat tauhu sumbat, siap beli ice blended lagi. Klik untuk cerita penuh Hai.. Takkan sampai tertido nunggu ice blended kot. Orang lain pun posa jugak la iqa Leh tahan gak ramainya orang petang ahad nih Waaa.. memang ramai.. Tak perasan lak brader baju merah tu asik dok nengok aku jer Deretan tebu yang sedia diproses.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Giant Bukit Indah

Imej
Pagi ni masa dok selak-selak paper, sekali nampak la pulak susu dutch lady 4,5,6 murah. RM18 jer.. Wahh.. Ini sudah boleh borong nih. Dan memang bebudak ni lebih minum susu dari makan nasi. Sebulan sorang 3 bungkus pek 1kg tau. Pagi petang siang malam dok menggonggong botol susu jer kejermya. Sempat dok borak lagi tu ngan mama, nak pergi giant mana. Mulanya ingatkan nak pergi giant pulai utama, yang dekat taman u tu; sekali mama cadang kita pergi giant bukit indah jer la. Pasal asyik dok nengok jer dari tesco nun. Masuknya tak pernah pun. So, bermula la cerita kitaorang menyerbu ke giant bukit indah.. Klik untuk cerita penuh Dah setel sumer.. jom kita bertolak.. tu pun iqa ngan adik sempat gaduh lagi nak duduk mana.. pening-pening Alamak.. nampak la pulak bukti inaz tak posa.. jeng jeng jeng.. botol susu bertutup kuning Dah sampai pun giant nih. Cam biasa.. aku pilih parking berbumbung Sebelah kanan pintu ada kedai juai keter. Ada savvy tu kat showroom