Catatan

Google's Header : 40th Anniversary of Earth Day

Imej
Sekejap jer.. Umur aku pun tak dapat nak kejor lagi. Rupanya dah tahun keempat puluh manusia di dunia ni menyambut hari bumi. Nak tahu lebih klik sini . ps : Sebenornya google pakai header ni semalam.. Tapi aku tak sempat nak hapdet web.. sibuk ngan nkra jer.. hihihi Enjoice...Sharing is power!!!

Google's Header : 20th Anniversary of Hubble Telescope Launch by Nasa

Imej
Semalam google letak earth day, hari ni pasal hubble teleskop lak. Apa kebendernyer hubble ni.. Kalau nak tahu lebih gi ler ker wikipedia .. Enjoice...Sharing is power!!!

Operasi : Ariel 4 tingkat

Imej
Dah lama dah ariel 4 tingkat aku ni terbalik. Tapi pasal takde tangga masa tu la.. Terus tak naikkan balik. Pastu kes takde masa la pulak. Pagi ni macam best lak untuk tegakkan semula ariel 4 tingkat aku yang terbalik lepas ribut lama dulu.. Ambik tangga.. ucu yang naik. Pastu aku naik dan kait jer turun ke bawah.. Dah tinggal lagi dua tingkat, ucu take over. Besi penyokong memang dah patah tiga. Pergghh.. giler.. pastu ucu gi beli besi baru yang lebih kuat. Masalah dia.. camner nak pasang balik. Memang berat giler.. mana taknya.. ariel ada 4 tingkat.. memang untuk aku amik channel singapore dan indon. Last-last taruk jer ler kat atas bumbung melintang jer cenggitu. Of coz la dah alih-alih ariel ke semua arah dulu kan.. Test kat tv... yeaayyy.. dah dapat tengok tube.. iqa ngan inaz la yang paling gumbira. tube ni cam disney channel kat astro tu.. yippeee.. Enjoice...Sharing is power!!!

Taman Permainan Taman Nusantara

Imej
Pagi Sabtu ni bawak la bebudak ni kuar main ke taman permainan. Aku bawak gi taman kat taman nusantara jer. Tapi banyak lak demand bebudak ni.. nak gi hutan bandar.. aku cakap.. bebudak lain nak kuar main yang dekat-dekat ni pun susah. Cuba bersyukur sikit. Tapi dedua cam tak puas hati. Tapi main jugak. Tak sampai lima minit dedua nak buang air kecik.. Haaa.. tu la.. Tuhan marah kalau orang tu tak tau bersyukur. Pas tu terus kami balik rumah jer. Tapi dedua memang dapat pengajaran betul hari ni. Dapat main 5 minit jer. Aku pun tak suka jugak sebab sekeping jer gambo yang bebetul aku ambik.. yang dedua tu, paham-paham jer la sendiri Enjoice...Sharing is power!!!

Sesaja sakat Ziqri

Imej
Asyik nak berkepit jer ngan mama dia. Minum susu, tidur berdakap, minum susu, tidur berdakap. Pagi ni sesaja bagi dia susu botol sikit, pas dah tidur letak lam katil dia. Sekali dia dah sedar. Pantang takde orang dakap.. Mesti menjerit punya. Aku sesaja amik kamera. Amik gambo dia.. tapi tak lama la. Sempat la amik gambo dia walau over expose gitu. Takpa, jerit-jerit tu kan eksesais jantung dia.. Enjoice...Sharing is power!!!

Sound driver tak berfungsi???

Imej
Dah download driver bunyi yang betul. Dah install. Tapi masih tak bunyi. Jenuh gak aku cari penyelesaian. Tapi laptop hp mini aku ni masih tak bunyi jugak. Sangat pelik. Sama cam laptop memember yang diinstall. Semalam, kebetulan aku ada masa yang terluang; aku habiskan malam aku dengan mencari penyelesaian sebenar kenapa kebanyakan laptop yang diinstall dengan windows xp professional tak boleh diinstall sound driver dia ngan senang. Tapi ni lebih kepada laptop hp mini aku ni la. Sampai tertido cari solution. Segala forum aku redah, sampaila aku terborak ngan sorang mamat nih. Dan terjawab la segala persoalan. Sebabnya aku tak serajin mamat ni. Dia tukar sistem dari xp home jadik xp professional. Pasal tak bunyi dia tukar balik xp home. Masa tu baru dia perasan sesuatu. Sound driver, khasnya HP punya memang depend pada Microsoft UAA Bus Driver for High Definition Audio atau singkatan dia UAA. Biasanya bila install dari CD installer ehem-ehem.. mender nih takde bersama. Tu sebab kekad

Hadiah Mak Yang

Imej
Waaa.. jangan salah sangka. Bukan pisau ni yang mak yang kasi. Mak yang kasi iq 3d puzzle yang dari kayu tu. masalahnya.. mak yang beli yang cina mari punya. So, keluarla pisau pemotong aku yang dah lama aku simpan dari pandangan semua ni. Semua nganga.. waaa.. best aaa pisau abah. Ada yang leh potong garis, yang bulat. memacam la.. betul la.. ni antara habit aku dulu.. ukir kayu.. kicik-kicik jer.. pastu dah kerja malas nak ukir.. simpan dulu, sampai aku gila pasang gundam.. keluar la balik pisau ni. pasal aku potong pakai pisau ni.. dah jadi serbaguna lak pisau ni.. Lagi satu yang best pasal gambo ni adalah ... jeng jeng jeng.. nampak tak logo camel throphy tu.. ha.. tu datangnya dari pelindung tali boot camel yang pertama aku beli ngan duit gaji first aku. Kasut dia dah barai dah tahun 2002.. yang aku simpan hanyalah logo tu jer.. bukti aku memang pemakai boot tegar sejak dari aku mula masuk u lagi.. Walau memula aku pakai caterpillar, pastu dr. cardin, tapi camel memang sedap la.

Lawatan sambil belajar Mak Yang

Imej
Sabtu lepas, Mak Yang yang dinanti-nantikan iqa dan inaz telah tiba ke rumah. Iqa sempat tepon pagi tu untuk sesi mengepau mak yang dia. Tau apa dia pau.. Donat Big Apple. Hahaha.. aku pun tak tau tang mana yang sedap sangat donat nih.. Tapi mak yang datang kejap jer. Cam biasa.. Lepak sejam dua pastu beransur balik ke kampung pak yang kat air hitam. Apa pun tq bebanyak pasal datang jumpak anak menakan baru noo.. nanti bulan 12 pakat balik baling beramai-ramai la kita. Mak yang pun bagi present kat iqa dan inaz.. Nak tau padia.. tungguuuu... Hahahaha.. mak yang takut nak pegang baby lagi.. apa la.. asik nengok jer.. camner la kalau dapat baby nanti.. Enjoice...Sharing is power!!!

Opis baruku

Imej
Hari ni baru dapat settle down sikit kat opis. Baru dapat tune. Sebelum ni macam kelam-kabut sikit. Pagi ni aku amik sarapan dulu la. Pasal aku memang jenih susah nak makan. Kekurang dapat caber sampai tengahari kan. Sampai opis jam 7.10 pagi. Pergghh.. Maknanya selama ni aku sampai opis memang sebelum jam 7. Patut la nak punch pun tak leh lagi. Pintu kunci.. Hahaha.. Pengajaran.. sila betulkan balik jam kereta anda yang terreset masa bengong ituhari.. Pagi ni banyak gak yang dapat disettle. Sempat kemas & rearrange balik kedudukan meja segala. Yang best router bengong la pulak. Gara-gara ribut petir teruk semalam.. Last-last memang declare 1 ap & 1 switch bengong. Dah habis sesi pagi, pergi jap nengokkan kursus untuk ft kat pkg. Singgah jap sekolah lama amik buku iqa. Baru balik semula ke opis. Haaa.. leh tahan gak hari ni. Sekurang-kurang aku dah mula dapat tune dengan gaya hidup baru ni. :: Klik untuk cerita penuh :: Lelepak jap kat PKG nengokkan kursus video bebu

Hari terakhir iqa bergelar pelajar SKTTA1

Imej
Rabu lepas, aku memang kena gi PPD juga untuk proses lapor diri. Nak wat camner kan. Tapi nasib aku baik sikit pasal kebanyakan orang besar tiada. Jadi ambik surat arahan perlantikan dan sedia untuk lapor diri pagi esoknya. Pagi esoknya, iqa memang dah sedia maklum pasal proses perpindahan dia. Lepas hantar dia masuk kelas, terus aku uruskan borang-borang untuk proses pertukaran iqa ke sekolah baru dia. Dah settle kat sekolah langsung aku bergerak ke PPD. Dah agak, aku terus lapor diri dan terus bertugas hari pertama di sini. Minta kebenaran untuk menguruskan hal iqa selama dua hari dan dapat. Walau macamana pun bila on-call tetap kena pergi juga. Yang buat lama hari ni sebenarnya proses kat sekolah agama dia. Aku pergi, cakap pasal pertukaran; pastu kerani dia suruh aku datang balik pukul 3.30 petang. Waaahh.. lama tu. Pergi balik sekolah, cakap kat cikgu kelas, ambik iqa. Masa proses iqa salam ngan semua kawan dia tu aku gi jejauh; pasal nanti aku yang terlebih sedih. Lam setenga